Hayyu Thamin, 10 Feb 2012 - Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Di Mesir (BKPJM) telah menerima sumbangan daripada Anugerah Group Company bagi menjayakan program The Third Annual Festival Of BKPJM (INTIM'12) yang akan berlangsung pada 18 & 19 Feb 2012.
Sumbangan telah disampaikan kepada Pengarah Program INTIM'12, saudara Kamal Arif bin Mohd Bakri melalui wakil rasmi syarikat berkenaan, saudara Luqman Al-Hakim bin Abd Azis di pejabat BKPJM.
Pihak kepimpinan BKPJM mewakili seluruh anak-anak Johor di Mesir merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sumbangan yang telah dihulurkan. Juga kepada ahli-ahli BKPJM yang turut sama menyumbang bagi menjayakan program tersebut.