Rabu, 26 September 2007

Kenapa Mahasiswa Baru Di Mesir Perlu Dihalang Memasuki Rumah Anak Negeri?

Setiap tahun Mesir akan menerima kedatangan ramai mahasiswa baru yang melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar sama ada di Kaherah atau di cawangan-cawangan Al-Azhar di seluruh Mesir. Saban tahun kedatangan mereka akan disambut oleh PMRAM bersama BKAN (Badan Kebajikan Anak Negeri). Mereka akan ditempatkan di setiap rumah negeri sebelum dihantar ke tempat pengajian yang dipohon oleh setiap mahasiswa dan mahasiswi.

Namun begitu, berlaku suasana yang tidak sihat apabila sebahagian mahasiswa baru tidak dibenarkan memasuki Asrama Rumah Negeri dengan alasan rumah negeri sudah penuh dan pelbagai alasan yang lain. Suasana ini dapat dilihat di beberapa negeri seperti Selangor dan Terengganu. Kedatangan pegawai hal ehwal pelajar (HEP) sebelum ini dilihat ingin membantu memudahkan urusan–urusan pelajar telah bertukar menjadi tembok besar kepada para mahasiswa untuk mendapat tempat di rumah negeri masing-masing.

Perkara ini jelas terbukti apabila 11 orang pelajar Universiti Darul Iman (UDM) yang tiba pada 16 September baru-baru ini dihalang memasuki Rumah Negeri dengan pelbagai alasan. Tidak cukup dengan itu, tindakan yang sama dilakukan ke atas pelajar-pelajar Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) seramai 49 orang yang terpaksa mencari rumah-rumah sewa yang berdekatan dalam tempoh yang singkat pada masa yang sama harga rumah ketika ini melambung tinggi dan begitu sukar untuk didapati dengan mudah.

Begitu juga suasana yang berlaku kepada pelajar-pelajar Selangor. Kita melihat bahawa semua pelajar yang disisihkan daripada Rumah Negeri adalah pelajar-pelajar persendirian. Jika difikirkan dengan baik, para pelajar yang datang secara persendirian inilah yang patut diutamakan dari sudut menjaga kebajikan mereka. Namun perkara yang sebaliknya berlaku.

Pujian yang tinggi patut diucapkan kepada Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir kerana sudi menyediakan tempat kepada 11 orang pelajar Terengganu yang menerima nasib malang ini. Begitu juga kepada beberapa individu yang tidak loket memberikan rumah sewa mereka sebagai tempat persinggahan pertama bagi pelajar-pelajar baru untuk meneruskan usaha menuntut ilmu di bumi barakah ini.

Bagi PMRAM, kedatangan para pegawai yang ditugaskan untuk menyelia rumah-rumah negeri sepatutnya adalah untuk memudahkan urusan kebajikan para mahasiswa dan bukan untuk menyukarkan. Satu ketika dahulu, walaupun para pegawai tidak ada untuk menyelia rumah negeri, para mahasiswa yang diwakili oleh Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dapat menjaga kebajikan para pelajar dengan begitu baik. Sepatutnya suasana harmoni ini perlu kembali diwujudkan tanpa ada unsur-unsur ugutan terhadap pelajar.

Semoga kebajikan dan kebebasan para mahasiswa tidak akan tercalar disebabkan tindakan beberapa orang pegawai rumah negeri. PMRAM akan cuba sedaya mungkin untuk memberikan kebajikan kepada seluruh warga Malaysia di bumi Mesir ini.

Sumber dari: PMRAM

Sabtu, 22 September 2007

Festival Konvokesyen & Anugerah Mahasiswa/wi Cemerlang


PMRAM mengalu-alukan seluruh graduan, graduanita dan mahasiswa cemerlang yang berminat untuk menyertai Festival Konvokesyen & Anugerah Mahasiswa/wi Cemerlang yang akan diadakan pada 20 Oktober 2007.

Tarikh tutup penyertaan pada 1 Oktober 2007.

Ahad, 16 September 2007

Hari Taklimat Mahasiswa Muadalah (HATIM) 2007

Universiti Al-Azhar sekali lagi akan mengadakan imtihan Tahdid Mustawa bagi para mahasiswa dan mahasiswi muadalah untuk menentukan tahap pencapaian akedemik setiap mahasiswa/wi yang akan bergelar Azhari/ah. Jesteru itu, pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir akan mengadakan program Hari Taklimat Mahasiswa Muadalah (HATIM) 2007 pada 20 September 2007 (Khamis) di Haflah Kubro, Universiti Al Azhar Hayyu Sadis jam 10.00 pagi yang bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada seluruh mahasisiwa/wi sesi kemasukan 2007/2008 cara-cara terbaik untuk menghadapi peperiksaan Tahdid Mustawa.

Antara agenda HATIM 2007 adalah seperti berikut:

  1. Mengadakan peperiksaan percubaan tahdid mustawa bagi mahasiswa/wi muadalah sesi kemasukan 2007/2008.
  2. Memberikan pendedahan dan penerangan cara-cara terbaik untuk menghadapi peperiksaan tersebut.
  3. Slot bersama Badan Pengurus PMRAM 2007.

Peperiksaan Tahdid Mustawa akan dijalankan pada 23 September 2007 (Ahad) jam 10 pagi bertempat di Universiti Al-Azhar, Sayyidina Husain di bangunan kuliah masing-masing (bagi mahasiswa) dan Universiti Al-Azhar Hayyu Sadis (bagi mahasiswi).

Para mahasiswa dan mahasiswi muadalah diminta membawa pasport ketika peperiksaan Tahdid Mustawa. PMRAM mendoakan kejayaan kalian. Semoga berjaya.

Sabtu, 15 September 2007

Syeikh Nuruddin Kembali Lagi Untuk Perjuangan Ilmu Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) akan mengadakan majlis perasmian bagi pengajian yang akan disampaikan oleh Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari pada Sabtu, 15 September jam 4.00 petang bertempat di dewan Ibnu Sina, Rumah Johor Hayyu Thamin.

Pengajian akan berlangsung selama tiga minggu sepanjang bulan Ramadhan di Rumah Johor, Hayyu Thamin.

Download jadual? KLIK SINI

Kenapa kali ini di Rumah Johor? Tidak di Kompleks Melayu Hayyu A'syir? Jawapannya ada di sini

Khamis, 13 September 2007

Ifthor Jamaei

Majlis Berbuka Puasa BKPJM 1428

Tarikh: 13 September 2007

Hari: Khamis

Masa: 5.00 petang

Tempat: Dewan Ibnu Sina, Asrama Pelajar Johor.

SEMUA AHLI DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI!

Rabu, 12 September 2007

Soalan Peperiksaan Tahdid Mustawa Untuk Para Pelajar Muadalah

Sebagaimana yang telah diketahui, para pelajar Muadalah yang akan datang ke Universiti Al-Azhar untuk terus ke tahun tiga dan tahun empat akan menduduki peperiksaan Tahdid Mustawa yang akan melayakkan mereka untuk berada di tahun tiga ataupun tahun empat ataupun sebaliknya.

PMRAM dibawah Lajnah Pendidikan menyediakan kepada seluruh para pelajar muadalah contoh-contoh soalan dari Universiti Al Azhar yang pernah dijawab oleh para mahasiswa muadalah sesi lepas.

Berikut adalah soalan peperiksaan Tahdid Mustawa yang pernah dikeluarkan oleh Universiti Al-Azhar:

Segala Soalan-soalan yang lepas boleh rujuk di SINI.

Sabtu, 8 September 2007

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Ramah Mesra Bersama YB Dato' Pengarah JAJ

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar
dan
Ramah Mesra
bersama
Yang Berhormat Dato' Hj Zalil bin Hj Baron
Pengarah Jabatan Agama Johor

1.00 Tengahari
27 Syaaban 1428 bersamaan 9 September 2007

Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah

Pakaian: Siswa (Kemeja, Seluar Slack, berkasut)
Siswi (Kemas)

Jamuan Makan Juga Disediakan

Pengangkutan Disediakan, maklumat seperti mana berikut:

Mantiqah Zahra dan Asyir
(tempat menunggu di Suk Sayarat/kedai asob)

Mantiqah Sabik
(Rumah Fauzi Hamim)

Mantiqah Thamin dan Manhal
(tempat menunggu di Rumah Johor)