AIN SUKHNAH 27 JUN 2014 - Unit Sambutan & Rehlah Badan
Kebajikan Pelajar–pelajar Johor di Mesir 2013/2014 dengan kerjasama Jabatan
Fasilitator BKPJM telah mengadakan program Muzakarah Berkelompok Gabungan dalam
satu jaulah ke Ain Sukhna. Program ini
dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli
muzakarah berkelompok setiap peringkat. Program ini mendapat sambutan yang
menggalakkan dengan penyertaan seramai 48 orang peserta.
Sebelum bertolak ke Ain Sukhna, peserta telah berkumpul di
Asrama Pelajar Johor Hayyu Thamin seawal jam 5.45 pagi bagi sesi pendaftaran
dan seterusnya memulakan perjalanan pada jam 7.00 pagi. Perjalanan yang
mengambil masa selama kira-kira 2 jam ini telah selamat sampai ke destinasi
pada jam 9.15 pagi.
Setibanya ke destinasi, peserta telah dikumpulkan dalam sesi taklimat
dan tentatif program yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Ariff Bin Haron
dan Ustaz Mohd Syafie Bin Musni yang masing-masing merupakan Ketua Unit Dakwah
Dan Tarbiah Badan BKPJM 13/14 dan Ketua Jabatan Fasilitator (JATA) BKPJM 13/14.
Pelbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang program
dijalankan. Diantaranya ialah pertandingan membina bangunan manusia dan tazkirah
persediaan menghadapi ramadhan oleh setiap peserta. Program berakhir pada jam
2.30 petang dengan semua peserta bersiap sedia untuk pulang ke kaherah. Sebelum
bertolak pulang, peserta berpeluang untuk bergambar bersama sebagai tanda
kenang-kenangan.
Semoga program yang telah dijalankan ini mendapat keredhaan
Allah dan seterusnya mencapai objektif yang ditetapkan di samping dapat mengeratkan
ukhwah antara semua peserta.
“THAQAFAH CEMERLANG KESATUAN GEMILANG”
“MEMPOSISI MAHASISWI BERINTEGRITI MEMBENTUK GENERASI
BERSINERGI”











