Khamis, 16 Februari 2012

BKPJM MENERIMA SUMBANGAN DARIPADA ANUGERAH GROUP COMPANY


Hayyu Thamin, 10 Feb 2012 - Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Di Mesir (BKPJM) telah menerima sumbangan daripada Anugerah Group Company bagi menjayakan program The Third Annual Festival Of BKPJM (INTIM'12) yang akan berlangsung pada 18 & 19 Feb 2012.
          Sumbangan telah disampaikan kepada Pengarah Program INTIM'12, saudara Kamal Arif bin Mohd Bakri melalui  wakil rasmi syarikat berkenaan, saudara Luqman Al-Hakim bin Abd Azis di pejabat BKPJM.
          Pihak kepimpinan BKPJM mewakili seluruh anak-anak Johor di Mesir merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sumbangan yang telah dihulurkan. Juga kepada ahli-ahli BKPJM yang turut sama menyumbang bagi menjayakan program tersebut.

Khamis, 24 November 2011

Kuliah Maghrib Khas BKPJM



    Bersempena dengan Awal Muharam dan Ma'al Hijrah, Unit Dakwah & Tarbiah BKPJM pada kali ini membawa hadirin sekalian kepada sebuah pembentangan tesis master yang akan dibentang oleh Saudara Rozlan bin Hamin, MA Aqidah Falsafah di American Open University. 

    InsyaAllah ia akan berlangsung selepas solat fardhu Maghrib berjama'ah pada hari Sabtu, 26 November 2011, bertempat di Dewan Asrama Pelajar Johor Raba'ah. Dengan ini, dijemput kepada semua ahli yang mempunyai kelapangan masa untuk hadir dan bersama-sama kita mengisi minda kita dengan ilmu. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda.