Ahad, 22 Mac 2009

BAZAR SELAT TEBRAU

Sabtu,20 Mac-Bazaria Johor menjelma kembali dengan beraneka juadah yang baru tersedia, bermula pada 15 mac yang lalu. Kali ini ia diberi nama Bazar Selat Tebrau yang pasti menjanjikan pelbagai juadah enak masakan Selat Tebrau. Sebanyak 13 buah gerai telah dibuka,.4 daripada gerai tersebut merupakan gerai akhawat manakala yang selebihnya dari kalangan ikhwah.Bazar yang selamat dijalankan selama 4 hari berturut-turut itu telah mendapat keuntungan yang besar bagi menjana ekonomi BKPJM. Ia bermula pada jam 1.00 petang dan berakhir pada jam 11.00 malam.

Pelbagai juadah telah dijual antaranya Satey, Nasi Ayam, Nasi Lemak, Roti Canai dan sebagainya termasuk Kuew Teaw yang paling banyak mendapat sambutan. Sementara itu pertandingan juga telah diadakan seperti teka gula-gula, makan buah epal, cabutan bertuah dan pertandingan gerai terbaik. Pada kali ini, gerai terbaik telah dimenangi oleh gerai A & A kitchen dibawah kelolaan Ustaz Roslan Hamim dan Ustaz Azrin Saion manakala pertandingan lain pula seperti teka gula-gula telah dimenangi ustazah Siti Amaliatun Solehah dan makan buah epal telah dimenangi oleh Ustazah Farah Atikah.

Walaupun pada hari pertama bazar kurang mendapat sambutan, namun kedatangan coster daripada muhafazah Iskandariah pada hari kedua telah menghangatkan lagi suasana Bazar Selat Tebrau. Kemeriahan bazar ini diceriakan lagi dengan kehadiran mahasiswa-mahasiswi Mesir dari seluruh negeri termasuk juga sebahagiannya daripada muhafazah yang berdekatan. Pemilihan lagu juga dibuat dikalangan ikhwah mahupun akhawat. Ramai yang mengambil kesempatan ini dengan membuat pemilihan lagu sambil memberi ucapan kepada rakan -rakan mereka.

"Semoga ukhuwah kita terjalin hingga ke akhir hayat." inilah harapan daripada salah seorang ahli jawatan kuasa bazar iaitu Ustazah Syarifah Masykurah. Semoga dengan harapan ini dapatlah kita mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita tanpa perlu ada persengketaan. Program ini berakhir dengan membersihkan kawasan tersebut sebelum pulang ke rumah mereka.

Selasa, 10 Mac 2009

PAKAR : Pembaharuan Untuk Kecemerlangan Ahli

Seperti mana saban tahun, Panitia Kecemerlangan Akademik ( PAKAR ) yang merupakan sebuah unit di bawah Unit Pengetahuan dan Bimbingan BKPJM, akan mengadakan operasi gerak gempur bagi meningkatkan tahap kecemerlangan akademik di kalangan ahli BKPJM.

Namun pada kali ini, modus operandi unit PAKAR agak berbeza berbanding semester-semester sebelum ini. Jika sebelum ini, hala tuju pemantapan akademik yang dibuat oleh unit ini berteraskan kelas-kelas tutorial yang dibuat oleh para tutor, namun untuk semester ini ,PAKAR mengetengahkan modus operandi yang baru, berbeza dan lebih segar untuk para ahli.

Pada kali ini unit PAKAR cuba untuk memfokuskan kepada teknik belajar berkumpulan (study group) sebagai teras utama. Keputusan ini diputuskan setelah perbincangan berkenaan pro dan kontra metodologi ini yang dibuat antara jawatankuasa unit berserta dengan ketua-ketua jabatan setiap kuliyyah. Keputusan diambil sebulat suara oleh ahli unit PAKAR berdasarkan keberkesanan dan signifikan yang dapat dihasilkan menerusi kaedah 'study group'.

Selain mewujudkan suasana perbincangan dan perkongsian ilmu, study group dilihat sebagai medium utama untuk mengukuhkan lagi kemahiran ahli dalam membaca kitab sendiri tanpa menadah makna dan pemahaman daripada para tutor.

Walaubagaimanapun, kelas tutorial tetap akan dijalankan memandangkan kedua-dua kaedah ini (study group & tutorial) mempunyai kekuatan masing-masing. Bezanya, pada semester ini kelas tutorial akan berjalan awal iaitu sekitar bulam Mac, dan para tutor dikehendaki menghabiskan silibus selama sebulan. Setelah tamat sesi tutorial sepanjang bulan Mac, bermulanya pada bulan April hingga sebelum peperiksaan pula adalah waktu untuk para ahli berdiskusi dalam study group mereka.

Pihak PAKAR tidak akan membiarkan perjalanan study group berlalu begitu sahaja antara ahli kumpulan, tetapi para tutor juga dikehendaki duduk bersama-sama dengan mereka dan menjadi pembimbing agar segala kefahaman dalam sesi diskusi tidak terkeluar dari kefahaman yang sebenar. Ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat ilmiah dan menghidupkan kembali hubungan dua hala (memberi dan menerima) antara para tutor dan ahli kumpulan.

Segala ini dilakukan untuk memantapkan lagi teknik pembacaan kitab oleh para ahli serta tidak terlalu bergantung kepada kelas tutorial yang diadakan. Unit PAKAR juga mahukan ahli bersedia untuk menerima pembaharuan ini. Para ahli perlu belajar untuk berdikari dan tidak terlalu bertongkat kepada abang senior semata-mata kerana prinsip PAKAR adalah lebih cenderung untuk menyokong supaya segala permasalahan dan ketidakfahaman dalam akademik ditanyakan terus kepada para pensyarah (masyeikh) di bilik kuliah.

Anda boleh memuat turun jadual toturial yang telah disediakan di ruangan " Kongsi BKPJM " (format PDF).

Isnin, 9 Mac 2009

CERAMAH MAULIDUR RASUL

Rumah Johor Hayyu Thamin, Ahad, 8 Mac - Satu ceramah khas telah diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1430 H bersamaan 2009 M. Ceramah yang disampaikan oleh dua tetamu daripada Universiti Teknologi Mara, kampus Bandaraya Johor Bahru iaitu Dr Hj Ahmad Bin Che Yaacob dan Ustaz Mohd Ali Bin Mohd Don.

Ceramah berkisarkan motivasi dan semangat belajar sekitar satu jam tiga puluh minit ini mendapat sambutan mahasiswa Al-Azhar dan perubatan yang menetap di rumah Johor juga rumah-rumah sewa yang lain.

Ust Hj Ahmad Hanif, pegawai HEP Johor menyatakan harapannya agar segala bentuk ilmu dan nasihat yang diberikan dapat dimanfaatkan oleh mahasiswa/wi yang hadir.