Kaherah,
24 Sept – Badan Kebajikan pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) telah mengadakan pertemuan bersama Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Johor
di Mesir, Ustaz Tn. Hj Husni Tamrin bin Md. Syarif turut serta Tn. Hj. Maulan b. Asmoni, Pengurus
Rumah Johor Mesir bagi mendapatkan perincian
berkaitan dengan kehadiran mahasiswa/wi baru Johor ke Mesir bagi sesi
2013/2014.
Dalam
pertemuan selama satu jam tersebut, BKPJM telah diwakil oleh Yang DiPertua
BKPJM, saudara Mohamad Syakirin b. Mohd Khalid, Penasihat BKPJM, saudara
Muhammad Yazid b. Hanzir dan juga wakil Badan Pengurus Persekutuan Melayu
Republik Arab Mesir (PMRAM), saudara Mohamad Naqib b. Mohd Bakhudin.
Respon
dan hasil yang diperolehi dalam pertemuan tersebut, pihak Pegawai HEP Johor
telah meminta BKPJM ke Education Malaysia Egypt (EME) bagi membuat semakan nama
mahasiswa/wi baru serta mendapatkan kepastian maklumat mereka samada telah
sampai ke Mesir ini atau tidak. Ini memudahkan bagi proses pengurusan
Peperiksaan Kelayakkan (Imtihan Qabul)di Mesir.
“Jika
ada dikalangan mahasiswa/wi yang tekad
untuk datang ke Mesir saya akan menguruskan penempatan bagi keselesaan mereka
dan berkaitan dengan zakat mereka boleh membuat permohonan sekiranya iklan
permohonan tersebut telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) di
sini,” ujar beliau.
Ustaz
Tn. Hj Husni Tamrin bin Md. Syarif juga menegaskan
bahawa MAIJ tidak melarang mahasiswa/wi untuk datang secara persendirian
sekiranya mendapati borang maklumat mereka sudah berada di sini. Cuma,
sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, risiko adalah di bawah tanggungan individu itu sendiri.
“ Kami BKPJM
sentiasa sedia bekerjasama dengan pihak Pegawai HEP Johor dalam membantu
pengurusan dan menyambut mahasiswa/wi baru ke Mesir selagimana ianya tidak melanggar dasar kami,” jelas saudara
Mohamad Syakirin b. Mohd Khalid, YDP BKPJM.
Selain itu, perkara
yang dibawa sama dalam pertemuan tersebut mengenai maklum balas temuduga zakat bagi
pelajar-pelajar yang telah ditemudga pada bulan Mac yang lalu. Tn. Hj. Maulan
berkata,”Urusan zakat tersebut telahpun diuruskan, cuma setakat ini pejabat HEP
Johor belum lagi menerima sebarang senarai nama dan duit daripada MAIJ”.
BKPJM amat
berbesar hati dan mengalukan kehadiran mahasiswa/wi baru ke bumi Mesir ini.
Bahkan BKPJM cuba sedaya yang termampu bagi membantu daripada sudut kebajikan
mahasiswa/wi baru.
"KEFAHAMAN MELAHIRKAN GERAKAN MEMANGKIN KESATUAN"
"MENYEMAT IZZAH MERIBAT UKHUWWAH"
"MENYEMAT IZZAH MERIBAT UKHUWWAH"
