Johor Bahru, Johor -Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir membuat pertemuan dengan pihak Majlis Agama Negeri Johor Bahagian Zakat dalam menyuarakan permasalahan 8 orang pelajar-pelajar Johor di Mesir berkaitan dengan Zakat. Wakil Rasmi BKPJM Ustaz Mohd Helmi Bin Norisham (Penasihat BKPJM sesi 2014/2015) telah mengadakan pertemuan dengan Ustaz Azlan bin Abdullah pada 26 Nov 2014 dan juga dihadiri daripada Ahli Keluarga pelajar ke Majlis Agama Negeri Johor dalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku.Dengan pertemuan sebegini, menggambarkan peranan BKPJM berusaha dalam memperjuangkan hak anak-anak Johor di Mesir bertepatan dengan Usul Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM kali ke 32 yang telah disepakati bersama iaitu MEMPERTAHANKAN HAK ANAK_ANAK JOHOR DIMESIR ANTARA TINDAKAN MENJADIKAN BKPJM SEBAGAI SUARA RASMI ANAK-ANAK JOHOR KEPADA PIHAK BERWAJIB. Selain itu, dalam Pembawaan BKPJM pada sesi ini meletakkan Subtopik pertama iaitu SETIA BERSAMAMU BKPJM dibawah pecahan ke 3 PERANAN BKPJM PERTAHANKAN HAK ANAK-ANAK JOHOR DI MESIR.
BKPJM sentiasa komited dalam menyelesaikan masalah dikalangan anak-anak Johor di Mesir.Rabu, 3 Disember 2014
Rabu, 8 Oktober 2014
PERSADA 14 : Bukti BKPJM Terus Utuh
PERSADA 14 : Bukti BKPJM Terus Utuh
Program ini telah
berlangsung selama 3 hari berturut-turut.
Bermula dari 4 Oktober 2014 dan berakhir pada 6 Oktober 2014. Program
PERSADA 14 ini dimulakan dengan proses penyembelihan dan melapah kambing kacang
dan kambing biri-biri pada hari pertama yang berjumlah 34 ekor semuanya.
Manakala pada hari kedua, proses sembelihan diteruskan lagi dengan menyembelih
2 ekor unta.Sebahagian besar tempahan yang diterima oleh BKPJM adalah dari kenalan di Malaysia. Satu kejayaan buat BKPJM dalam mengendalikan program Aidiladha yang berskala besar, sekaligus dapat menghimpunkan hampir seluruh warga Johor di Mesir
PERSADA 14
dimeriahkan lagi dengan Majlis Hari Raya & Malam Anugerah Kecemerlangan
yang berlansung pada hari ketiga. Pelbagai pengisian yang menarik telah disusun
oleh BKPJM bagi meraikan kehadiran ahli yang terdiri daripada pelbagai bidang.
Majlis ini dimulakan ucapan Pengarah PERSADA 14, Ustaz Ahmad Helmi bin Subhan
dan diikuti dengan ucapan Yang DiPertua BKPJM 13/14, Ustaz Mohd Helmi bin Nor
Isham. Perasmian penutup PERSADA 14 telah disempurnakan oleh Ustaz Syed
Miftahul Ulum bin Syed Mustafa Kamal, Penasihat BKPJM 13/14 dengan ucapan dan
gimik perasmian. Beliau juga turut melancarkan gimik pelancaran “Muzakarah
Berkelompok”.
Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan
nasyid dari Al-Jawhary yang merupakan Johan Nasyid WARNA PMRAM. Dalam majlis ini juga, seramai 47 mahasiswa
telah menerima anugerah kecemerlangan daripada BKPJM di atas kejayaan mereka
pada peperiksaan yang lepas. Semoga program PERSADA 14 ini dapat menautkan
hati-hati anak Johor sama ada generasi baru mahupun yang lama. Wallahu ‘alam.
"Thaqafah Cemerlang Kesatuan Gemilang"
"Memposisi Mahasiswi Berintegriti Membentuk Generasi Bersinergi"
"Thaqafah Cemerlang Kesatuan Gemilang"
"Memposisi Mahasiswi Berintegriti Membentuk Generasi Bersinergi"
Sabtu, 28 Jun 2014
BERITA | MUZAKARAH BERKELOMPOK GABUNGAN "BERSANTAI KE AIN SUKHNAH"
AIN SUKHNAH 27 JUN 2014 - Unit Sambutan & Rehlah Badan
Kebajikan Pelajar–pelajar Johor di Mesir 2013/2014 dengan kerjasama Jabatan
Fasilitator BKPJM telah mengadakan program Muzakarah Berkelompok Gabungan dalam
satu jaulah ke Ain Sukhna. Program ini
dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli
muzakarah berkelompok setiap peringkat. Program ini mendapat sambutan yang
menggalakkan dengan penyertaan seramai 48 orang peserta.
Sebelum bertolak ke Ain Sukhna, peserta telah berkumpul di
Asrama Pelajar Johor Hayyu Thamin seawal jam 5.45 pagi bagi sesi pendaftaran
dan seterusnya memulakan perjalanan pada jam 7.00 pagi. Perjalanan yang
mengambil masa selama kira-kira 2 jam ini telah selamat sampai ke destinasi
pada jam 9.15 pagi.
Setibanya ke destinasi, peserta telah dikumpulkan dalam sesi taklimat
dan tentatif program yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Ariff Bin Haron
dan Ustaz Mohd Syafie Bin Musni yang masing-masing merupakan Ketua Unit Dakwah
Dan Tarbiah Badan BKPJM 13/14 dan Ketua Jabatan Fasilitator (JATA) BKPJM 13/14.
Pelbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang program
dijalankan. Diantaranya ialah pertandingan membina bangunan manusia dan tazkirah
persediaan menghadapi ramadhan oleh setiap peserta. Program berakhir pada jam
2.30 petang dengan semua peserta bersiap sedia untuk pulang ke kaherah. Sebelum
bertolak pulang, peserta berpeluang untuk bergambar bersama sebagai tanda
kenang-kenangan.
Semoga program yang telah dijalankan ini mendapat keredhaan
Allah dan seterusnya mencapai objektif yang ditetapkan di samping dapat mengeratkan
ukhwah antara semua peserta.
“THAQAFAH CEMERLANG KESATUAN GEMILANG”
“MEMPOSISI MAHASISWI BERINTEGRITI MEMBENTUK GENERASI
BERSINERGI”
Khamis, 26 Jun 2014
Kejohanan Piala Exco '14 disambut meriah
24 dan 25 Jun 2014,Nadi Syabab Musallas,Lajnah Kebudayaan , Kesenian dan Sukan telah mengadakan Kejohanan Piala Exco BKPJM 2014 bertemakan "Lestari Ukhuwah di lapangan Riadhah"
Seramai 200 orang telah mengikuti sepanjang program kejohanan piala exco ini dijalankan.program ini telah disertai oleh anak- anak negeri johor dan bkan taakhi(perlis dan perak)
2 acara sukan telah dipertandingkan iaitu futsal dan bola tampar.
Program ini bermula pada hari rabu bersamaan 24 jun 2014.program ini telah dirasmikan oleh badan pengurus angkat PMRAM cawangan johor ustaz hafiz naem bin ridzuan.pertandingan futsal dan bola tampar bermula selepas sahaja selesai perasmian dijalankan...
Sebanyak 10 pasukan telah menyertai pertandingan futsal dan 5 pasukan untk pertandingan bola tampar dalam kejohanan piala exco ini..
Pada hari pertama, pertandingan futsal berjalan dengan rancak dan lancar kerana setiap kumpulan ingin merebut tiket ke separuh akhir begitu juga pada acara bola tampar.
Program diteruskan lagi pada hari kedua diperingkat separuh akhir dan akhir bagi kategori futsal dan bola tampar.bagi kategori futsal tempat ketiga dimenangi oleh bkan taakhi dari negeri perlis,tempat kedua dimenangi oleh penjara sungai buloh dan juara kejohanan piala exco bkpjm pada tahun ini dimenangi oleh malay sailang
Untk kategori bola tampar,tempat ketiga dimenangi oleh malay sailang.tempat kedua dimenangi oleh bkan taakhi dari negeri perak dan juara dalam kejohanan piala exco bagi kategori bola tampar dimenangi oleh d'zikron.
Program berakhir dengan ucapan penutup daripada YDP BKPJM dan perasmian penutup disampaikan oleh badan pengurus angkat PMRAM ustaz solihin bin abdullah . Kemudian diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada setiap pasukan yang menyertai kejohanan tersebut dan hadiah disampaikan oleh badan pengurus angkat PMRAM cawangan johor ustaz salihin bin abdullah kepada para pemenang. Dan diakhiri dengan sesi bergambar dan bersurai.
"Thaqafah Cemerlang,Kesatuan Gemilang"
"Memposisi Mahasiswi Berintergriti,Membentuk Generasi Bersinergi"
"Memurnikan Pemikiran,Melestarikan Kesatuan
Seramai 200 orang telah mengikuti sepanjang program kejohanan piala exco ini dijalankan.program ini telah disertai oleh anak- anak negeri johor dan bkan taakhi(perlis dan perak)
2 acara sukan telah dipertandingkan iaitu futsal dan bola tampar.
Program ini bermula pada hari rabu bersamaan 24 jun 2014.program ini telah dirasmikan oleh badan pengurus angkat PMRAM cawangan johor ustaz hafiz naem bin ridzuan.pertandingan futsal dan bola tampar bermula selepas sahaja selesai perasmian dijalankan...
Sebanyak 10 pasukan telah menyertai pertandingan futsal dan 5 pasukan untk pertandingan bola tampar dalam kejohanan piala exco ini..
Pada hari pertama, pertandingan futsal berjalan dengan rancak dan lancar kerana setiap kumpulan ingin merebut tiket ke separuh akhir begitu juga pada acara bola tampar.
Program diteruskan lagi pada hari kedua diperingkat separuh akhir dan akhir bagi kategori futsal dan bola tampar.bagi kategori futsal tempat ketiga dimenangi oleh bkan taakhi dari negeri perlis,tempat kedua dimenangi oleh penjara sungai buloh dan juara kejohanan piala exco bkpjm pada tahun ini dimenangi oleh malay sailang
Untk kategori bola tampar,tempat ketiga dimenangi oleh malay sailang.tempat kedua dimenangi oleh bkan taakhi dari negeri perak dan juara dalam kejohanan piala exco bagi kategori bola tampar dimenangi oleh d'zikron.
Program berakhir dengan ucapan penutup daripada YDP BKPJM dan perasmian penutup disampaikan oleh badan pengurus angkat PMRAM ustaz solihin bin abdullah . Kemudian diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada setiap pasukan yang menyertai kejohanan tersebut dan hadiah disampaikan oleh badan pengurus angkat PMRAM cawangan johor ustaz salihin bin abdullah kepada para pemenang. Dan diakhiri dengan sesi bergambar dan bersurai.
"Thaqafah Cemerlang,Kesatuan Gemilang"
"Memposisi Mahasiswi Berintergriti,Membentuk Generasi Bersinergi"
"Memurnikan Pemikiran,Melestarikan Kesatuan
Sabtu, 7 Jun 2014
PIMPINAN BKPJM MENZIARAHI ANAK JOHOR YANG TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN DI ISKANDARIAH
ISKANDARIAH, 4 JUN 2014 – Seluruh warga Malaysia di Mesir digemparkan dengan
berita kemalangan yang menimpa enam orang mahasiswi dari Fakulti Pergigian Universiti
Iskandariah pada 3 Jun 2014. Kejadian berlaku sewaktu mereka dalam
perjalanan menuju ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia. Menurut
maklumat, van yang dinaiki hilang kawalan apabila kenderaan mereka dihimpit
oleh sebuah lori lalu melanggar pembahagi jalan. Dua daripada mereka berasal
dari Johor iaitu Fatin Inani Bt Mohd Noh dan Siti Shahirah Bt Abdul Jalil
merupakan mahasiswi Tahun Tiga Fakulti
Pergigian.
Fatin Inani Binti Mohd Noh, kini berada di Hospital Nur Islam Camp Caesar
dan telah selesai menjalani pembedahan plastik dibahagian muka dan rahangHHH. Menurut kenalannya, beliau akan dibenarkan pulang setelah
keadaaannya kembali stabil. Manakala Siti Shahirah Binti Abdul Jalil pula, ketika
dilawat beliau sedang menerima rawatan (lung drainage) akibat udara yang
terperangkap diantara paru-paru dan dadanya di Hospital Al-Miri dan kini dalam
keadaan stabil. Beliau ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital
berkenaan dan sedang menunggu waktu untuk menjalani pembedahan.
Badan Kebajikan Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) diwakili oleh Yang di-
Pertua BKPJM 13/14, Ustaz Mohd Helmi Bin Nor Isham bersama Ketua Hewi BKPJM
13/14, Ustazah Nurhaslinda Bte Gazali serta beberapa orang AJKT dan HEWI BKPJM
13/14 menziarahi mahasiswi Fakulti Pergigian yang terlibat dengan kemalangan
tersebut di Hospital yang ditempatkan. Turut hadir bersama, Penasihat BKPJM
13/14, Ustaz Syed Miftahul Ulum Bin Syed Mustaffa Kamal , serta
mandub BKPJM di Iskandariah Dr.Mohd Alham Bin Abdul Rahim.
Pihak BKPJM telah menyalurkan sedikit bantuan kepada mangsa kemalangan
tersebut. BKPJM mengucapkan takziah kepada pelajar perubatan yang ditimpa
kemalangan tersebut dan mendoakan agar dikurniakan kesihatan dan diberi
ketabahan untuk menghadapi ujian ini.
"THAQAFAH CEMERLANG KESATUAN GEMILANG"
"MEMPOSISI MAHASISWI BERINTERGRITI , MEMBENTUK GENERASI BERSINERGI"
"THAQAFAH CEMERLANG KESATUAN GEMILANG"
"MEMPOSISI MAHASISWI BERINTERGRITI , MEMBENTUK GENERASI BERSINERGI"
Sabtu, 26 April 2014
MAJLIS TAUSIYYAH BERSAMA SYEIKH RIF'AT FAUZI
RABAAH
EL-ADAWIYAH - 24 APRIL 2014 , Unit Pengetahuan dan Bimbingan (UPB) Badan Kebajikan
Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) telah menganjurkan MajlisTausiyyah bersama
Syeikh Rif'at Fauzi pada malam Jumaat yang lepas. Ianya adalah bersempena dengan
musim peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Majlis telah diadakan di
AsramaPelajar Johor Rabaah serta telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan
dikalangan ahli Johor sendiri dan juga ahli-ahli cawangan PMRAM yang lain.
Majlis dimulakan dengan bacaan qasidah
selepas Maghrib dan solat hajat secara berjemaah selepas solat Isyak. Solat hajat
yang dilakukan adalah bersempena peperiksaan yang bakal dilalui oleh
mahasiswa-mahasiswi Al-Azhar pada awal Mei ini.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan
daripadaTimbalan Yang Dipertua BKPJM, UstazUsamah bin Aris yang juga merupakan
pemangku Yang DiPertua Ustaz Mohd Helmi bin Nor Isham. Seterusnya,majlis diteruskan
lagi dengan kalam taujihat daripada syeikh Rif'at Fauzi. Antara intipati yang
disampaikan beliau adalah berkenaan dengan sifat sabar dan taqwa.Beliau juga telah
menyatakan bahawa sifat sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dengan ketaatan serta
sabar dengan kemaksiatan. Pada akhir majlis tersebut,beberapa soalan telah diajukan
kepada syeikh.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh
syeikh serta sesi bergambar bersama syeikh bagi ikhwah. Majlis berakhir sekitar
jam 10.30 malam.
Semoga
program ini dapat mengeratkan ukhwah sesama ahli BKPJM serta PMRAM cawangan
yang lain seterusnya memberikan seribu satu keberkatan dalam kehidupan setiap dari
tetamu yang hadir.
“MENGUKUHKAN
THAQAFAH AHLI”
“THAQAFAH CEMERLANG KESATUAN GEMILANG”
“THAQAFAH CEMERLANG KESATUAN GEMILANG”
Jumaat, 4 April 2014
KUNJUNGAN HORMAT AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKPJM 13/14 KE PEJABAT PMRAM
KAHERAH,2 APRIL 2014- Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan
Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir (BKPJM) sesi 2013/2014, telah mengadakan majlis kunjungan
hormat ke pejabat Persekutuan Melayu Republik arab Mesir (PMRAM) yang diketuai
oleh Yang DiPertua BKPJM 13/14, Ustaz Mohd Helmi Bin Nor Isham. Kunjungan
diadakan seusai solat asar. Dalam kunjungan tersebut turut dihadiri oleh
Presiden PMRAM dan beberapa Badan Pengurus PMRAM selaku tuan rumah.
Kunjungan ini
bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pimpinan BKPJM dengan pimpinan
PMRAM. Selain itu, dapat bersuai kenal dengan sesi kepimpinan baru PMRAM.
Disamping itu juga, dapat menjayakan usul yang telah disepakati dalam mesyuarat
agung tahunan BKPJM kali ke 31 iaitu “MEMPERTAHANKAN KEBERSAMAAN BKPJM DENGAN
PMRAM MELALUI TINDAKAN MENDOKONG PMRAM SEBAGAI WADAH KESATUAN MAHASISWA”.
Majlis
dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi majlis disusuli dengan ucapan
alu-aluan oleh Yang DiPertua BKPJM
13/14. Majlis diserikan lagi dengan
ucapan daripada Presiden PMRAM 2014 Ustaz HanifulFuad Bin Hussin. Turut
diadakan sesi dialog antara pimpinan PMRAM dan BKPJM.
Ucapan
penghargaan dan terima kasih oleh Yang DiPertua BKPJM mewakili seluruh kepimpinan
BKPJM 13/14 buat PMRAM diatas kesudian menerima kunjungan hormat ini. Dalam
ucapan Presiden PMRAM beliau telah menekan beberapa perkara antaranya
mengharapkan kepimpinan BKAN khususnya
BKPJM agar menjiwai PMRAM dalam setiap tindak tanduk kerja yang dilakukan.
Selain itu, menjadi duta PMRAM diperingkat BKAN.
Sebelum
mengakhiri majlis, bacaan doa rabitah telah diperdengarkan oleh Ustaz Muhammad
Ariff Bin Haron agar majlis ini bertambah berkat sekaligus mengeratkan
silaturrahim sesama pimpinan BKAN dan PMRAM. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan.
"Thaqafah Cemerlang Kesatuan Gemilang"
"Memposisi Mahasiswi berintegriti, Membentuk Generasi bersinergi"
S.M.S | Senat Fakulti, Malam Qiamullail, Senam J-Robik
APJ RABAAH , 25 MAC 2014 – Ketua
Unit Pengetahuan dan Bimbingan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) dengan kerjasama
Ketua Unit Dakwah dan Tarbiah HEWI dan Ketua Unit Perumahan (LKKS) HEWI Badan
Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) sesi 2013/14 telah menganjurkan program Senat
Fakulti, Malam Qiamullail, dan Senam J-Robik (SMS).
Objektif utama program ini adalah untuk
meningkatkan pengetahuan ahli sekaligus menjayakan usul Mesyuarat Agung Tahunan
BKPJM kali ke 31 iaitu “Mengukuhkan Thaqafah Ahli “. Tambahan pula secara tidak langsung dapat menghidupkan biah
solehah melalui qiammullail dan penyampaian tazkirah oleh pimpinan hewi .
Bahkan dapat mentautkan ukhwah antara
ahli keluarga HEWI BKPJM .
Program dimulakan dengan
alunan qasidah dan bacaan al quran pada jam 8.30 malam Seramai 3 orang ahli
panel dan seorang moderator dijemput untuk memberi pengisian iaitu Ustazah
Amira Afina binti Jamaluddin selaku wakil dari fakulti Syariah Islamiyyah , Ustazah
Nur Haslinda binti Ghazali selaku wakil
dari fakulti usuluddin, dan Ustazah Siti Nabilah binti Atan selaku wakil dari
fakulti Bahasa Arab . Antara pengisian menarik di dalam majlis adalah
penerangan tentang pengkuliahan dan sesi diskusi ahli mengikut pengkhususan
kuliah masing-masing. Bagi memeriahkan lagi acara pada malam itu, video
berbentuk tazkirah ditayangkan pada akhir slot Senat Fakulti.
Program diteruskan lagi dengan
Qiamullail pada keesokan harinya iaitu pada 26 Mac 2014 bermula pada jam 3.30
pagi dengan solat-solat sunat dan tazkirah pagi yang disampaikan oleh Ustazah
Hanisah binti Abdul Rani.
Program disambung dengan slot
Senam J-Robik dimulakan pada jam 7 pagi. Slot ini dikelola oleh Ustazah
KhairulIzzah yang dijemput khas dari BKAN Selangor. Sambutan yang diterima agak
memberangsangkan,bahkan sekaligus memberi kesedaran kepada ahli tentang
kepentingan bersukan untuk kesihatan di masa hadapan. Justeru ,program ini
secara tidak langsung dapat memberikan impak yang positif dalam menjayakan misi
HEWI BKPJM pada sesi ini ‘Memposisi Mahasisiwi Berintegriti ,Membentuk Generasi
Bersinergi’ .
Ahad, 23 Mac 2014
JAULAH KE FAYYOUM
RABAAH EL-ADAWEYA, 15 MAC 2014 – Ketua
Unit Sambutan Dan Rehlah Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir 2013/2014 telah menganjurkan program “Jaulah
Ke Kota Fayyoum”. Objektif utama program ini adalah selaras dengan usul Mesyuarat
Agung Tahunan BKPJM kali ke-31 iaitu “Mengukuhkan Thaqafah Ahli”. Sekaligus perjalanan
ini adalah untuk mengeratkan tali ukhuwah diantara ahli-ahli Johor sendiri.
Setelah ahli
berkumpul di perkarangan Asrama Rumah Johor Rabaah, perjalanan dimulakan pada
pukul 7.30 pagi. Destinasi yang pertama dijejaki adalah di Wady Rayyan. Di sini
terdapat tiga air terjun yang mana inilah satu-satunya air terjun semulajadi
yang berada di Mesir. Selain itu para ahli rombongan tidak ketinggalan untuk melawati
padang pasir kota Fayyoum yang mempunyai pasir yang sangat halus.
Perjalanan
diteruskan ke Istana Qorun. Terdapat beberapa peninggalan sejarah yang dapat
dilihat di istana ini. Setelah itu, perjalanan lagi diteruskan ke Bahar Qorun
yang terletak dua kilometer dari Istana Qorun.
Setelah hampir
tiga puluh minit di Bahar Qorun, perjalanan diteruskan ke Ain Sillien yang mana
terkenal dengan tempat melihat air mata air.Di dalamnya juga terdapat kebun
buahan-buahan yang menghasilkan jenis buah-buahan yang terbaik.
Diakhir
destinasi jaulah di Kota Fayyoum ini, para peserta rombongan melawati Kincir
Air Nabi Yusuf yang terletak di Bandar Fayyoum.Setelah menikmati keindahan di
situ, para peserta meneruskan perjalanan pulang ke Kaherah dan selamat tiba pada jam 8.30 malam.
Semoga dengan jaulah yang dianjurkan ini dapat meningkatkan
thaqafah dan pengetahuan tentang peninggalan para nabi juga dapat mengambil
ibrah dan hibrah sepanjang jaulah ini. Bertepatan dengan ayat Allah di dalam
surah AR-Rum:09. “Dan apakah
mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana
akibat orang-orang sebelum mereka yang telah mendustakan aku”.
“THAQAFAH CEMERLANG, KESATUAN GEMILANG”
"MEMPOSISI MAHASISWI BERINTEGRITI
MEMBENTUK GENERASI BERSINERGI"
Khamis, 20 Mac 2014
DARI BKPJM UNTUK BKPJM (DBUB '14)
RABAAH EL-ADAWIYAH, 18 MAC 2014 – Badan
Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) telah menganjurkan program
Dari BKPJM Untuk BKPJM (DBUB) di Asrama Pelajar Johor Rabaah.Objektif utama
program ini bertujuan memberi peluang
kepada adik-beradik BKPJM memberikan pandangan dan idea serta menanamkan sikap
tanggungjawab ahli terhadap BKPJM, sekaligus menjiwai BKPJM sebagai persatuan
induk bagi anak-anak Johor di Mesir.
Program ini bermula dengan ucapan alu-aluan
pengerusi majlis dan ucapan Pengarah DBUB, Ustaz Usamah Bin Aris dan disusuli dengan pengenalan Ahli Jawatan
Kuasa Tadbir (AJKT) dan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKPJM sesi 2013/2014.Slot
seterusnya adalah ucaptama daripada Yang Di Pertua BKPJM, Ustaz Mohd Helmi Bin
Norhisham bertemakan “Thaqafah Cemerlang, Kesatuan Gemilang” dan ucaptama
daripada Ketua Hewi, Ustazah Nurhaslinda Binti Gazali yang membawa tema Hewi “
Memposisi Mahasiswi Berintegriti, Membentuk Generasi Bersinergi”.
Selesai ucaptama dari Yang Dipertua dan
Ketua Hewi BKPJM 13/14,majlis diserikan lagi dengan slot “Ice Breaking” yang
pertama kali dalam ucaptama kepimpinan dan memberi sedikit kelainan pada tahun
ini. Slot ini merupakan GKB untuk ahli membincangkan tema pembawaan BKPJM dan
HEWI sesi 13/14.Bagi memeriahkan lagi program,slot ini diteruskan dengan
nyanyian nasyid dari kumpulan Al-Jauhar dan di akhiri dengan bacaan doa
rabitah.
Semoga
dengan berlangsungnya program DBUB kali ini,seluruh ahli BKPJM dapat meneruskan
survival BKPJM dengan lebih baik dan merealisasikan tema sesi kali ini serta mengharapkan
ahli dapat menjiwai dan memupuk rasa cinta akan BKPJM di bawah slogan “BKPJM
KELUARGA KITA”.
“Thaqafah Cemerlang, Kesatuan Gemilang”
"Memposisi Mahasiswi Berintegriti, Membentuk Generasi Bersinergi”
0 komen. Hantar Komen? Klik Sini
Kategori DBUB '14
Sabtu, 15 Mac 2014
Ribat Tarbawi Menyucikan Hati
Kaherah,14 Mac 2014 –Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir13/14
melalui Unit Dakwah dan Tarbiah telah melaksanakan Ribat Tarbawi Perdana di
Asrama Pelajar Johor Rabaah. Antara objektif utama Ribat Tarbawi Perdana ialah
untuk meribat hati ahli BKPJM menerusi qiamullail yang dilaksanakan.Bahkan
ribat ini juga bertujuan menambah thaqafah ahli melalui tazkirah yang telah
disusun .
Program bermula seawal jam 4.00 pagi dimulai dengan alunan zikir
dan diikuti dengan solat-solat sunat dan solat subuh secara berjemaah.Program
diteruskan dengan tayangan video dan tazkirah subuh bertajuk “Kejatuhan
Khilafah Islamiah” yang disampaikan oleh Ustaz Muqri Bin Ibrahim. Seterusnya
program diakhiri dengan tayangan video berkaitan Sejarah Sultan Muhammad
Al-Fateh dan diserikan lagi dengan bacaan doa rabitah dari Ustaz Ainudddin Bin
Abu Jamil. Program diakhiri dengan sarapan dan bersurai.
Langgan:
Catatan (Atom)
































