Jumaat, 26 Mac 2010

Takziah kepada Ustazah Renni sekeluarga

AJKT dan HEWI BKPJM 09/10, mewakili seluruh ahli BKPJM menyampaikan ucapan takziah kepada Ustazah Renni bte Miskan isteri kepada Ustaz Qistas bin Saja @ Mearaj atas pemergian ayahanda beliau ke pangkuan Ilahi pada 25 Mac 2010.

Semoga Allah Taala merahmati dan menempatkan arwah di dalam kalangan orang-orang yang soleh yang diganjarkan Syurga Firdausi.

Al-Fatihah.

Khamis, 11 Mac 2010

Takziah Kepada Us Rosni Bin Ali

AJKT dan HEWI BKPJM 09/10, mewakili seluruh ahli BKPJM menyampaikan ucapan takziah kepada Us Rosni Bin Ali atas kehilangan ayahanda beliau yang tercinta ke pangkuan Ilahi pada 7 Mac 2010 iaitu hari Ahad lalu. Semoga Allah Taala merahmati dan menempatkan arwah di dalam kalangan orang-orang yang soleh yang diganjarkan Syurga Firdausi.

Al-Fatihah.

Rabu, 10 Mac 2010

Al Fatihah


KAHERAH, 10 Mac 2010: Kerajaan Arab Saudi mengumumkan kewafatan Syaikh Al-Azhar Mohammed Sayed Tantawi, pada Rabu pagi, pada usia 82 tahun, setelah menderita serangan jantung selama kunjungannya ke ibukota Saudi, Riyadh; untuk bersama dalam upacara penghargaan Raja Faisal International Prize.

Tantawi dilahirkan pada 28 Oktober 1928 di Tama, Pentadbiran Suhaj. Mengambil pengajian Usuluddin di Al Azhar. Setelah lulus dia bekerja sebagai seorang tutor, sebelum tugas untuk mengajar di Libya selama empat tahun.

Tantawi menerima gelaran doktor falsafah (PhD) dalam tafsiran moden dan pada tahun 1966, ia juga bekerja di Madinah, dekan Sekolah Pra-sarjana Universiti Islam di sana.

Ia diangkat menjadi mufti Mesir pada 28 Oktober 1986 hampir sepuluh tahun, kemudian beliau dilantik sebagai Syeikh Al-Azhar Al-Sharif.


Khamis, 4 Mac 2010

Kedua-dua pasukan Johor terkandas dalam saingan kumpulan

MADINAT NASR, 4 Mac 2010: Kedua-dua pasukan futsal BKPJM yang terdiri dari pada Johor A dan Johor B tidak mencapai sasaran pada tahun ini. Ini kerana kedua-kedua pasukan ini terkeluar untuk ke pusingan kalah mati.

Gambar: Perlawanan di antara Johor A dan Dumyat A

Pasukan Johor A yang diketuai oleh saudara Abul Hussin Al Hadi Asyaari mendapat dua kemenangan dan dua kekalahan. Manakala pasukan Johor B yang diketuai oleh saudara Firdaus Ahmad pula dua kali seri dan 2 kali menerima kekalahan.

Perlawanan terakhir pasukan Johor A tadi menentang pasukan Sabah sedikit menimbulkan kekecohan dari sebahagian pemain, sehinggakan salah seorang pengadil perlawanan saudara Rosdi dari Kelantan mengalami kecederaan ringan. Bagaimanapun ianya cepat ditenangkan oleh pemain lain, pengadil perlawanan, pihak urusetia pertandingan dan para pengurus pasukan.

Pihak Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Sukan BKPJM mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ahli BKPJM yang dapat mewakili Johor ke pertandingan Futsal Piala Presiden ini. Semoga dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan ini dapat diterjemahkan kepada aspek lain sebagai seorang mahasiswa Islam.

Keputusan adalah seperti berikut:

Perlawanan Johor A

Kemboja (1) lwn Johor A (0)
Johor A (2) lwn Penang (0)
Dumyat A (0) lwn Johor A (1)
Johor A (1) lwn Sabah (3)

Perlawanan Johor B

K.Lumpur B (1) lwn Johor B (0)
Johor B (0) lwn Shoubra A (0)
Johor B (0) lwn Singapura B (0)
Selangor A (1) lwn Johor B (0)

-aljauhar

Isnin, 1 Mac 2010

Piala Presiden dibatalkan!

KAHERAH, 1 Mac 2010: Badan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir memaklumkan akan pembatalan kejohanan Piala Presiden PMRAM 2010. Kejohanan tersebut yang dirancang akan dilaksanakan di Iskan Tullab, Universiti Al Azhar, Seksyen 6 tergendala akibat sebab-sebab tertentu yang tidak dinyatakan pihak penganjur. Kenyataan rasmi pihak penganjur boleh di rujuk di www.bolapmram.blogspot.com.

Bagaimanapun, pihak penganjur tetap berusaha agar kejohanan ini diteruskan supaya tidak menghampakan para peserta. Setelah berusaha untuk mendapat venue yang lain gagal, akhirnya pihak penganjur menggantikan kejohanan piala presiden ini dengan pertandingan Futsal 7 sebelah di Nadi Madinat Nasr Ar Riadhi. Perlawanan akan bermula pada esok hari bermula pada 2 hingga 4 Mac 2010.

Pasukan Johor, melakukan menyuarat tergempar semalam bagi membincangkan situasi pasukan. Keputusan mesyuarat memutuskan pasukan Johor yang mewakili BKPJM akan menghantar 2 pasukan ke kejohanan tersebut. Saudara Mohd Nur Ahmad selaku Ketua Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Sukan dilantik sebagai pengurus pasukan menggantikan saudara Firdaus Ahmad, manakala Ungku Nabil Ungku Rahman dilantik sebagai Ketua Jurulatih menggantikan Abdul Rahsyid Ali.


Rata-rata para pemain menunjukan rasa hampa dan kecewa dengan pembatalan ini. Namun dengan semangat 'satu fikrah satu amal' para pemain tetap menghantar pasukan ke kejohanan futsal ini.-aljauhar