Khamis, 1 Januari 2009

Selamat Datang Ust Ahmad Hanif

Barisan AJKT dan HEWI Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir ( BKPJM ) serta seluruh warga BKPJM yang menuntut di Bumi Anbiyak ini mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Ustaz Ahmad Hanif Bin Naim, Pegawai yang ditugaskan di Asrama Pelajar Johor yang baru, di Rab'ah berkuatkuasa tahun ini.

Beliau yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah jam 5.30 pagi tadi ( 1 Januari 2009 ) bersama isteri dan anak-anaknya disambut oleh AJKT dan AJKT HEWI BKPJM. Beliau akan bertugas selama dua (2) tahun.

Besar harapan warga BKPJM agar segala urusan akan bertambah mudah dan lancar dengan adanya pegawai yang baru.