Khamis, 26 Februari 2009

Ijtimak Perdana BKPJM 2009


KLIK PADA GAMBAR UNTUK LEBIH BESAR




Isnin, 9 Februari 2009

Wawancara Ringkas Bersama Tuan Haji Ahmad Hanif Hj Naim.

KEBAJIKAN, kesatuan dan kecemerlangan dalam pelajaran adalah elemen utama yang akan diberikan perhatian khusus oleh beliau. Keutaman dalam ketiga-tiga aspek ini perlu seiring bagi memastikan, mahasiswa dan mahasiswi kelahiran Universiti Al-Azhar Khasnya dan mana-mana uinersiti di Mesir amnya menjadi pakar rujuk utama masyarakat di Malaysia khasnya Johor.

Selain itu, beliau juga berhasrat untuk menyatukan seluruh pelajar negeri Johor yang diberada di Bumi Mesir ini tidak kira kuliah dan universiti, bersatu di bawah satu organisasi rasmi BKPJM agar segala bentuk kebajikan dapat disalurkan dengan telus.

Beliau yang dimaksudkan adalah Tuan Haji Ahamad Hanif Hj Naim, Pegawai Kebajikan Pelajar -Pelahar Johor Di Mesir yang pertama.

Semalam, admin al-jauhar.blogspot bersama seorang teman telah berkesempatan untuk mewawancara ringkas bersama beliau. Kemesraan dan keramahan jelas terbukti dengan layan baik serta halus tutur bahasanya. Bapa kepada lima orang cahaya mata ini jelas mempunyai matlamat besar untuk menyatupadukan mahasiswa / siswi di Mesir ini sama ada daripada fakulti agama di Al-Azhar atau Perubatan.

Jika ditanya apakah program awal yang mahu dilaksanakan, beliau menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan semua pelajar negeri Johor di Mesir ini sama ada di Kaherah ataupun mana-mana cawangan Al-Azhar dan Perubatan yang ada di Mesir. Beliau mahu semua maklumat pelajar Johor berada di dalam simpanan beliau agar setiap bentuk pertolongan kecemasan, bantuan serta kebajikan dapat diberikan secara adil dan telus.

Beliau menegaskan sebagai menjawab persoalan mengenai pandangan peribadi beliau terhadap pelajar-pelajar yang aktif dalam mana-mana persatuan di Mesir ini, bahawa, padanya, tiada masalah kerana, dengan aktif berpesatuan dan berorganisasi, ia dapat menambah kemahiran berorganisasi dan jika pula keMalaysia, tiada masalah untuk menceburkan diri dalam organisasi yang lebih besar kelak. Tetapi, pelajaran tidak wajar diketepikan. Jika hebat dalam penguruskan persatuan, hebat juga kecermalangan dalam pelajaran.

Beliau juga menegaskan selain daripada ilmu-ilmu daripada kuliah harian di kampus, ilmu-ilmu tafaqquh juga perlu dikejar untuk melengkapkan diri mendepani cabaran dan menjadi penawar kepada permasalahan ummah di Malaysia amnya juga Johor khasnya. Peningkatan penguasaan dalam bahasa arab juga perlu diambil perhatian kerana untuk menjadi ulama dan alim, tidak dapat tidak, perlu mahir dalam bahasa Arab. Beliau juga menyatakan, beliau akan berbincang bersama exco BKPJM yang berkenaan untuk mengadakan kelas membaca makalah dan akhbar berbahasa arab sebagai satu usaha mengukuhan berbahasa arab.

Akhirnya, sebagai nasihat kepada anak-anak Johor, belajarlah dengan bersungguh-sungguh dan pulanglah segera dengan membawa segulung ijazah dan ilmu yang bermanfaat kerana umat di Malaysia amnya dan Johor khasnya dahagakan ulamak dalam melentur jiwa mentaati dan memahami Islam dan ketelusan ajarannya.




Admin aljauhar.blogspot bersama Tuan Haji Hanif semasa sisi wawancara ringkas di kediaman rasmi beliau di Rumah Johor Rab'ah

Sabtu, 7 Februari 2009

Kronologi ringkas proses permindahan di Rumah Johor Rab'ah

BERITA TERBARU RUMAH JOHOR BARU

RABU,4 FEBRUARI 2009 - AJKT BKPJM Bahagian Perumahan, Ustaz Farhan Tamin telah mengadakan perjumpaan bersama para Ahli HEWI BKPJM bersama beberapa orang ustaz yang akan turut menghuni Rumah Johor Baru pada Isnin lepas bertarikh 2 Februari 2009 selepas solat Maghrib. Perjumpaan bertempat di Dewan Ibnu Sina ini tidak mengambil masa yang lama. Ustaz Farhan memberi penerangan ringkas mengenai Rumah Johor Baru dan memberikan sedikit pesanan untuk semua bakal penghuni Rumah Johor Baru. Badan Pengurus (BP) PMRAM, Ustaz Syafiq Zulakifli turut sama menghadirkan diri. Pertemuan diakhiri dengan bacaan Tsbih Kaffarah dan Surah Al-Asr.

PERJUMPAAN RINGKAS BERSAMA HEWI BKPJM

RABU, 4 FEBRUARI 2009 - Para Ahli HEWI BKPJM telah menghadiri perjumpaan bersama Ketua HEWI BKPJM, Ustazah Amelia Mustafa dan AJKT HEWI BKPJM Bahagian Perumahan, Ustazah Shahidah Mohamad selepas Isyak. Pertemuan ringkas ini dibuat di Perpustakaan Asrama Pelajar Johor (APJ) pada 2 Februari 2009 hari Isnin. Penerangan yang lebih mendalam mengenai Rumah Johor Baru Rabaah dan pembahagian penghuni setiap aras serta membincangkan kemuskilan dan menjawab soalan yang diajukan tentang perkara yang tidak difahami. Ustazah Amelia Mustafa mengumumkan nama penghuni bagi setiap aras. Semua yang hadir berpuas hati dengan penerang an dab jawapan yang diberikan. Perjumpaan ditamatkan dengan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr.

GOTONG - ROYONG PERDANA

RABU, 4 FEBRUARI 2009 - Satu gotong-royong perdana telah diadakan di Asrama Pelajar Johor (APJ), Hayyu Tamin pada 3 Februari 2009 hari Selasa pukul 10 pagi.Seramai 40 orang pelajar Ikhwah telah bekerjasama bagi menjayakan program ini dan program telah berjalan dengan lancar dan berakhir sebelum Zuhur. Mereka memindahkan semua barang - barang akhwat dan ikhwah yang akan menduduki Rumah Johor Baru Rabaah dan dibantu 2 buah lori yang telah membawa barangan itu ke sana. HEWI BKPJM menyediakan jamuan menyelerakan buat semua.