Khamis, 20 Disember 2007

Bantulah Mereka!


Dua cahaya mata saudara Mohd Razi bin Musa, adik Hajar dan Khaulah telah mengidap penyakit GLAUKOMA KONGENITAL yang boleh mengakibatkan buta pada mata dua anak beliau.

Saudara Mohd Razi bin Musa yang merupakan penuntut M.A. Usuluddin Pengkhususan Tafsir, American Open University, Kaherah Mesir akan pulang ke Malaysia pada 25 Januari 2008 atas tujuan pembedahan mata kedua-dua anak beliau. Lokasi pembedahan yang dicadang adalah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras Kuala Lumpur.
Kos rawatan untuk kedua-dua cahaya mata beliau dianggarkan berjumlah RM 12,000.00.

Justeru,
PMRAM di bawah Badan Kebajikan Dan Tabung Derma telah melancarkan kutipan derma kilat khusus untuk mengumpulkan sumbangan bagi membiayai kos rawatan dan pembedahan ke atas kedua-dua anak saudara Mohd Razi bin Musa. PMRAM menggesa kepada seluruh ahli untuk memberikan sumbangan ikhlas kepada saudara Mohd Razi bin Musa bertepatan dengan roh pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Allah Ibrahim sekeluarga yang telah diabadikan dalam sambutan Hari Raya Idul Adha.

Kepada mana-mana individu sama ada di Malaysia mahupun di Mesir yang bermurah hati untuk memberikan sumbangan kepada saudara Mohd Razi bin Musa, boleh terus berhubung dengan PMRAM ataupun terus kepada saudara:

Nama: Mohd Razi bin Musa
Tel: +20106592769 @ +20166764502

atau terus menyumbang ke akaun HSBC milik saudara Mohd Razi bin Musa NO AKAUN: 032 036 832 011.

Ahad, 9 Disember 2007

PEPSI & COCA COLA contains Pork - Proven!!!



Sudah berapa lama kita telah dimaklumkan tentang wujudnya satu penipuan kandungan dalam Coca Cola atau pun Pepsi, tetapi perkara ini masih belum ada bukti yang jelas. Syarikat pengeluar Coca Cola sampai sekarang masih merashiakan ramuan sebenarnya dengan pelbagai alasan yang dikaitan dengan perniagaan.

Setiap bahan bergas, mengandungi tidak lebih daripada 2% alkohol dan ini telah disahkan oleh pihak JAKIM dan boleh menerima silil HALAL.

Edaran maklumat terbaru yang patut di baca bersama ialah ada kandungan ekstrak BABI.

Ahad, 18 November 2007

Mahasiswa Malaysia Di Mesir Digesa Untuk Lebih Berhati-Hati

18 November 2007, Hayyu Asyir - Seorang mahasiswa Malaysia dari Kedah, Muhammad Zamri bin Mustafa dipukul selepas beliau menunaikan solat Subuh di masjid. Kejadian malang ini berlaku disebabkan dua orang lelaki berkulit hitam bertindak memaksa Zamri untuk menyerahkan wang kepada mereka.

Zamri yang ketika itu tidak membawa sebarang wang telah ditumbuk dan dipukul dengan menggunakan batu sehingga beliau rebah. Beliau dikejarkan ke Hospital Rabiah Al-`Adawiyyah untuk mendapatkan rawatan. Walau bagaimanapun, keadaan beliau stabil.

Sehubungan itu, PMRAM menggesa kepada seluruh ahli untuk mengetatkan keselamatan diri khususnya pada waktu malam terutamanya di lokasi Hayyu Asyir, Madinat Nasr.khususnya dari Malaysia dan Indonesia. Para mahasiswa diminta untuk tidak berjalan berseorangan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

PMRAM akan cuba berbincang dengan pihak keselamatan Mesir dalam merangka tindakan bersama bagi menyelesaikan masalah jenayah yang menimpa ke atas warga Malaysia di Mesir.
Ini kerana banyak kes kecurian, rompakan dan peras ugut yang melibatkan para pelajar asing

Khamis, 8 November 2007

Selamat Berangkat

Pihak AJKT dan HEWI BKPJM sesi ini, mengucapkan selamat berangkat dan selamat menempuh pengajian di muhafazah masing-masing kepada mahasiswa dan mahasiswi baru.

Pihak pimpinan BKPJM amat berharap mahasiswa/wi dapat menyesuaikan diri di muhafazah masing-masing dan memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada Dewan-Dewan Perwakilan Mahasiswa-Mahasiswi masing-masing.

Isnin, 22 Oktober 2007

Al Fatihah

21 Oktober 2007 (Kaherah, Mesir) - "kalau saya mati, kebumikan saya di sini", Demikian gurauan yang dibuat oleh Allahyarham Zaid bin Muhamad dihadapan sahabat-sahabat dua hari sebelum kemalangan ngeri yang menimpa arwah. Kejadian berlaku di lebuh raya Solah Salim bersebelahan dengan jalan Darrasah. Allahyarham dikatakan sedang dalam perjalanan pulang daripada Masjid Syeikh Zaki Ibrahim selepas selesai menghadiri majlis tadarus Al-Quran yang dijemput oleh Syeikh Abdul Azim Sulthan Sya'aban.

Allahyarham adalah mahasiswa muadalah (twinnig-program KIAS dan Al Azhar) yang baru sahaja sampai ke Mesir. Merupakan pelajar muadalah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) jurusan Syariah dan berasal daripada jitra Kedah. Berumur 22 tahun dan telah pun menduduki peperiksaan tahdid mustawa samada berada di tahun 3 atau 4 jurusan Syariah Islamiah, Kaherah. Allayarham Zaid bin Muhamad tiba di Mesir pada tanggal 18 Septembar 2007 bersama rombongan KIAS, Nilam puri.

Kemalangan berlaku selepas solat Zohor. Allahyarham dilanggar sebuah chevrollet ketika cuba melintas jalan bersama dengan seorang teman yang bernama Mohd Ridhuan Abdul Razak. Allahyarham dikatakan bersungguh-sungguh mengajak kawannya melintas lebuh raya Solah Salim meninggalkan kawan-kawan yang lain yang sedang berjalan dibelakang bersama Syeikh Abdul Azim Sulthan Sya'aban.

Ketika melintas Allahyarham memegang tangan Mohd Ridhuan dan apabila berada ditengah-tengah jalan besar tersebut beliau melepaskan tangan sahabatnya dan sedikit terkebelakang daripada sahabatnya Mohd Ridhuan. Ketika itulah datang sebuah Chevrollet yang dipandu laju lalu melanggar allahyarham sehingga melayang 10 meter dari tempat kejadian. Allahyarham Zaid Muhamad meninggal dunia serta-merta sejurus kemalangan di tempat kejadian akibat hentakan kuat dikepala.

Jenazah allahyarham dibawakan ke tempat bedah siasat di Muqattam 2 jam selepas kejadian. Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam A'syir dan disembahyangkan di dataran Kompleks Melayu Hayyul A'sir selepas solat Zohor, keesokan harinya.

Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?


Jumaat, 12 Oktober 2007

Aidilfitri BKPJM 1428

Aidilfitri Pertama (13 Oktober 2007)

Open House Aidilfitri Rumah Johor

Tempat: Asrama Pelajar Johor, H8.

Masa: 7 Pagi


Aidilfitri Kedua (14 Oktober 2007)

Sukan Ria Di AidilFitri

SEHUBUNGAN DENGAN ITU ANDA BOLEH MENDAPATKAN BORANG DAN SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DARIPADA PIHAK URUSETIA:

NUR ASRAF B.HASHIM
RUMAH JOHOR (0108631623)
MOHD FIRDAUS B.AHMAD
HAYYU ASYIR (0106295593)

Tempat: Suq Sayarat, H10

Masa: 7.30 pagi



Aidilfitri Ketiga (15 Oktober 2007)

Gema Aidilfitri BKPJM 1428

Tempat: Dewan Ibnu Sina, Asrama Pelajar Johor, H8.

Masa: 5.30 Petang (Solat Maghrib di sini)

Pakaian: Siswa (baju melayu lengkap)
Siswi (menutup aurat)

Ikhwah dan Akhawat Ahli BKPJM dijemput hadir!!!
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Ahad, 7 Oktober 2007

Badar Al Kubro BKPJM 1428

Majlis Badar Al Kubro
***
Tadarus dan Khatam Al Quran
***
Tazkirah Badar Al Kubro
***
Ifthor Jamai'e
***


Tarikh: 7 Oktober 2007
Hari: Ahad
Masa: 4 Petang
Tempat: Dewan Ibnu Sina, APJ

Ahli-Ahli BKPJM Dijemput Hadir!!!

Rabu, 26 September 2007

Kenapa Mahasiswa Baru Di Mesir Perlu Dihalang Memasuki Rumah Anak Negeri?

Setiap tahun Mesir akan menerima kedatangan ramai mahasiswa baru yang melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar sama ada di Kaherah atau di cawangan-cawangan Al-Azhar di seluruh Mesir. Saban tahun kedatangan mereka akan disambut oleh PMRAM bersama BKAN (Badan Kebajikan Anak Negeri). Mereka akan ditempatkan di setiap rumah negeri sebelum dihantar ke tempat pengajian yang dipohon oleh setiap mahasiswa dan mahasiswi.

Namun begitu, berlaku suasana yang tidak sihat apabila sebahagian mahasiswa baru tidak dibenarkan memasuki Asrama Rumah Negeri dengan alasan rumah negeri sudah penuh dan pelbagai alasan yang lain. Suasana ini dapat dilihat di beberapa negeri seperti Selangor dan Terengganu. Kedatangan pegawai hal ehwal pelajar (HEP) sebelum ini dilihat ingin membantu memudahkan urusan–urusan pelajar telah bertukar menjadi tembok besar kepada para mahasiswa untuk mendapat tempat di rumah negeri masing-masing.

Perkara ini jelas terbukti apabila 11 orang pelajar Universiti Darul Iman (UDM) yang tiba pada 16 September baru-baru ini dihalang memasuki Rumah Negeri dengan pelbagai alasan. Tidak cukup dengan itu, tindakan yang sama dilakukan ke atas pelajar-pelajar Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) seramai 49 orang yang terpaksa mencari rumah-rumah sewa yang berdekatan dalam tempoh yang singkat pada masa yang sama harga rumah ketika ini melambung tinggi dan begitu sukar untuk didapati dengan mudah.

Begitu juga suasana yang berlaku kepada pelajar-pelajar Selangor. Kita melihat bahawa semua pelajar yang disisihkan daripada Rumah Negeri adalah pelajar-pelajar persendirian. Jika difikirkan dengan baik, para pelajar yang datang secara persendirian inilah yang patut diutamakan dari sudut menjaga kebajikan mereka. Namun perkara yang sebaliknya berlaku.

Pujian yang tinggi patut diucapkan kepada Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir kerana sudi menyediakan tempat kepada 11 orang pelajar Terengganu yang menerima nasib malang ini. Begitu juga kepada beberapa individu yang tidak loket memberikan rumah sewa mereka sebagai tempat persinggahan pertama bagi pelajar-pelajar baru untuk meneruskan usaha menuntut ilmu di bumi barakah ini.

Bagi PMRAM, kedatangan para pegawai yang ditugaskan untuk menyelia rumah-rumah negeri sepatutnya adalah untuk memudahkan urusan kebajikan para mahasiswa dan bukan untuk menyukarkan. Satu ketika dahulu, walaupun para pegawai tidak ada untuk menyelia rumah negeri, para mahasiswa yang diwakili oleh Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dapat menjaga kebajikan para pelajar dengan begitu baik. Sepatutnya suasana harmoni ini perlu kembali diwujudkan tanpa ada unsur-unsur ugutan terhadap pelajar.

Semoga kebajikan dan kebebasan para mahasiswa tidak akan tercalar disebabkan tindakan beberapa orang pegawai rumah negeri. PMRAM akan cuba sedaya mungkin untuk memberikan kebajikan kepada seluruh warga Malaysia di bumi Mesir ini.

Sumber dari: PMRAM

Sabtu, 22 September 2007

Festival Konvokesyen & Anugerah Mahasiswa/wi Cemerlang


PMRAM mengalu-alukan seluruh graduan, graduanita dan mahasiswa cemerlang yang berminat untuk menyertai Festival Konvokesyen & Anugerah Mahasiswa/wi Cemerlang yang akan diadakan pada 20 Oktober 2007.

Tarikh tutup penyertaan pada 1 Oktober 2007.

Ahad, 16 September 2007

Hari Taklimat Mahasiswa Muadalah (HATIM) 2007

Universiti Al-Azhar sekali lagi akan mengadakan imtihan Tahdid Mustawa bagi para mahasiswa dan mahasiswi muadalah untuk menentukan tahap pencapaian akedemik setiap mahasiswa/wi yang akan bergelar Azhari/ah. Jesteru itu, pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir akan mengadakan program Hari Taklimat Mahasiswa Muadalah (HATIM) 2007 pada 20 September 2007 (Khamis) di Haflah Kubro, Universiti Al Azhar Hayyu Sadis jam 10.00 pagi yang bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada seluruh mahasisiwa/wi sesi kemasukan 2007/2008 cara-cara terbaik untuk menghadapi peperiksaan Tahdid Mustawa.

Antara agenda HATIM 2007 adalah seperti berikut:

  1. Mengadakan peperiksaan percubaan tahdid mustawa bagi mahasiswa/wi muadalah sesi kemasukan 2007/2008.
  2. Memberikan pendedahan dan penerangan cara-cara terbaik untuk menghadapi peperiksaan tersebut.
  3. Slot bersama Badan Pengurus PMRAM 2007.

Peperiksaan Tahdid Mustawa akan dijalankan pada 23 September 2007 (Ahad) jam 10 pagi bertempat di Universiti Al-Azhar, Sayyidina Husain di bangunan kuliah masing-masing (bagi mahasiswa) dan Universiti Al-Azhar Hayyu Sadis (bagi mahasiswi).

Para mahasiswa dan mahasiswi muadalah diminta membawa pasport ketika peperiksaan Tahdid Mustawa. PMRAM mendoakan kejayaan kalian. Semoga berjaya.

Sabtu, 15 September 2007

Syeikh Nuruddin Kembali Lagi Untuk Perjuangan Ilmu Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) akan mengadakan majlis perasmian bagi pengajian yang akan disampaikan oleh Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari pada Sabtu, 15 September jam 4.00 petang bertempat di dewan Ibnu Sina, Rumah Johor Hayyu Thamin.

Pengajian akan berlangsung selama tiga minggu sepanjang bulan Ramadhan di Rumah Johor, Hayyu Thamin.

Download jadual? KLIK SINI

Kenapa kali ini di Rumah Johor? Tidak di Kompleks Melayu Hayyu A'syir? Jawapannya ada di sini

Khamis, 13 September 2007

Ifthor Jamaei

Majlis Berbuka Puasa BKPJM 1428

Tarikh: 13 September 2007

Hari: Khamis

Masa: 5.00 petang

Tempat: Dewan Ibnu Sina, Asrama Pelajar Johor.

SEMUA AHLI DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI!

Rabu, 12 September 2007

Soalan Peperiksaan Tahdid Mustawa Untuk Para Pelajar Muadalah

Sebagaimana yang telah diketahui, para pelajar Muadalah yang akan datang ke Universiti Al-Azhar untuk terus ke tahun tiga dan tahun empat akan menduduki peperiksaan Tahdid Mustawa yang akan melayakkan mereka untuk berada di tahun tiga ataupun tahun empat ataupun sebaliknya.

PMRAM dibawah Lajnah Pendidikan menyediakan kepada seluruh para pelajar muadalah contoh-contoh soalan dari Universiti Al Azhar yang pernah dijawab oleh para mahasiswa muadalah sesi lepas.

Berikut adalah soalan peperiksaan Tahdid Mustawa yang pernah dikeluarkan oleh Universiti Al-Azhar:

Segala Soalan-soalan yang lepas boleh rujuk di SINI.

Sabtu, 8 September 2007

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Ramah Mesra Bersama YB Dato' Pengarah JAJ

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar
dan
Ramah Mesra
bersama
Yang Berhormat Dato' Hj Zalil bin Hj Baron
Pengarah Jabatan Agama Johor

1.00 Tengahari
27 Syaaban 1428 bersamaan 9 September 2007

Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah

Pakaian: Siswa (Kemeja, Seluar Slack, berkasut)
Siswi (Kemas)

Jamuan Makan Juga Disediakan

Pengangkutan Disediakan, maklumat seperti mana berikut:

Mantiqah Zahra dan Asyir
(tempat menunggu di Suk Sayarat/kedai asob)

Mantiqah Sabik
(Rumah Fauzi Hamim)

Mantiqah Thamin dan Manhal
(tempat menunggu di Rumah Johor)

Rabu, 15 Ogos 2007

IKLAN UMUM MAT KALI KE 25


KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN

Rabu, 8 Ogos 2007

Forum Perdana Israk wal Mi'raj

Forum Perdana Israk wal Mi'raj
(Edisi Taakhi Johor dan Perlis)

Hari:
Khamis

Masa:
8.30 malam

Tempat:
Dewan Ibnu Sina, Asrama Pelajar Johor

Ahli Penel:
YBhg Ustaz Redzuan Ishak, Yang DiPertua KPP

YBhg Ustazah Aida Jamian, Setiausaha Agung DPMI

Kelas Tafaqquh Fiddin

Unit Pengetahuan dan Bimbingan telah mengadakan kelas Tafaqquh Fiddin sepertimana berikut:

Pengajian kitab Muqaranatul Adyan

Tenaga pengajar: Al Fadhil Ustaz Mohd Hafiz Mansor, Penasihat BKPJM

Hari: Setiap Isnin Masa: Selepas Magrib

Tempat: Dewan Ibnu Sina, Asrama Pelajar Johor


Pengajian kitab Sirah Nabawiyah (Dr Mustafa As Siba'i)

Tenaga pengajar: Al Fadhil Ustaz Hairul Nizam Mat Husain, Presiden PMRAM

Hari: Setiap Rabu Masa: Selepas Maghrib

Tempat: Dewan Ibnu Sina, Asrama Pelajar Johor

Khamis, 26 Julai 2007

Himpunan Mahasiswa Tahun Akhir 2007


Sila Klik Pada Gambar Untuk Besarkan!

The 50th Anniversary Of Malaysia's National Day

Kejohan Piala Malaysia! Johor dah siap belum untuk berentap?

Sila Klik Pada Gambar Untuk Besarkan!

Jumaat, 20 Julai 2007

Seminar Ilmu Falak Berjaya

KAHERAH: Seminar Imu Falak, anjuran bersama Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir, Keluarga Pelajar Perlis, Dewan Perwakilan Mahasiswa Mahasiswi Mansurah dan Dewan Perwakilan Mahasiswa Zaqaziq tekah berjaya dilaksanakan. Ianya berlangsung selama dua hari, 18 dan19 Julai 2007.

Seminar ini juga adalah atas kerjasama Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir, Nadwah Ulama Islam Mesir Malaysia, Jabatan Mufti Negeri Johor dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah. Ianya dijalankan di Dewan Asrama Rumah Melayu Abbasiyah.

Seminar ini telah menjemput tiga orang pembentang kertas kerja. 2 pembentang dari Mesir dan seorang dari Malaysia. Al Fadhil Ustaz Haji Hanafiah Abdul Razak dari Jabatan Mufti Negeri Johor adalah pembentang utama dalam seminar ini. Sebanyak 4 kertas kerja telah dibentang dengan jayanya.

Seminar ini dianjurkan atas sebab kesedaran yang tercetus berikutan kurangnya tenaga yang mahir dengan ilmu falak ini di Malaysia. Namun seminar ini hanya boleh merungkai pengenalan ilmu falak menurut perspektif Islam. Ianya tidak boleh terhenti di sini sahaja, pengajiannya perlu diteruskan dari masa ke semasa.

Bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada tenaga-tenaga penggerak seminar ini. Dua hari bagaikan tidak cukup. Bagaimanapun syukur atas pengenalan ilmu ini.

Jumaat, 13 Julai 2007

SAMBUTAN HARI KELUARGA BKPJM 2007


TENTATIF PROGRAM

HARI KELUARGA BKPJM 06/07


(IKHWAH)

15 JULAI 2007

7.00 pagi : Ping Pong (Double)

: Sepak Takraw

16 JULAI 2007

2.00 tgh hari : Bowling

8.30 mlm : Bakar Sate

Ahad, 24 Jun 2007

Makluman : Ahli BKPJM yang akan pulang ke Malaysia.

Suatu perjumpaan bersama ahli Badan Kebajikan Pelajar Johor DiMesir yang akan pulang ke Malaysia akan diadakan seperti butiran berikut :

Hari : Sabtu

Tarikh : 30 Jun 2007

Masa : 1:30 petang

Tempat : Dewan Ibnu Sina Asrama Pelajar Johor.

Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk membincangkan gerak kerja program di Malaysia antaranya:

1) Program Bakti Siswa Al-Azhar ( PBSA )
2) Simposium Pelajar Islam Johor ( SPIJ )

Kerjasama dan kehadiran sahabat-sahabat amat dialu-alukan bagi melancarkan gerak kerja program.

Sekian, untuk makluman.

Ahad, 3 Jun 2007

Makluman Terkini : Majlis Menandatangani Perjanjian Pembelian Rumah Johor

Untuk makluman semua ahli BKPJM satu Majlis Menandatangani Perjanjian Pembelian Rumah Johor yang baru akan diadakan seperti butiran berikut:

Hari : Khamis
Tarikh : 7 hb Jun 2007
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Malaysia Abasiah Kaherah

Sehubungan dengan itu kami mengalu-alukan kehadiran ahli BKPJM (terutamanya di Kaherah) supaya dapat menghadirkan diri pada malam tersebut.

Segala kerjasama yang diberikan , pihak kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Pakaian (Lelaki)
-Pakaian sut gelap
-berkasut hitam

Pakaian (Perempuan)
-berjubah
-tudung berwarna krim

Perhatian:

Kepada mereka yang bersetuju untuk menghadirkan diri ke majlis ini , sila sahkan kehadiran anda sebelum 6 Jun 2007 . Anda boleh menghubungi :

Kaherah :

YDP BKPJM - 0106109675
TYDP BKPJM - 0121119263
S/U BKPJM - 0108938737

Muhafazah :

Sila berhubung melalui mandub/mandubah masing-masing.

Sekian,untuk makluman.

Rabu, 30 Mei 2007

Keputusan majoriti hakim 2:1 tolak permohonan Lina Joy

PUTRAJAYA, 30 Mei - Akhirnya, keputusan yang dinanti-nanti umat Islam tercapai apabila majoriti hakim 2:1 menolak permohonan Azlina Jailani, 42, untuk membuang status agamanya daripada kad pengenalan beliau.

ImageKetua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim bersama seorang lagi hakim Dato' Alauddin Dato' Mohd Sheriff mengetepikan permohonan Azlina, yang lebih popular dengan nama Lina Joy, manakala seorang lagi hakim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Dato' Richard Malanjun membenarkan permohonan tersebut.

Keputusan yang ditunggu-tunggu itu disambut dengan gemuruh takbir oleh lebih 500 umat Islam yang hadir sejak awal pagi di perkarangan Mahkamah Persekutuan, dekat sini.

Walaupun permohonan Lina Joy seolah-olah tiada kaitan dengan isu menukar agama tetapi implikasi sebenarnya adalah berkaitan hal murtad, yang begitu sensitif kepada umat Islam.

Menurut keputusan mahkamah, Lina Joy, yang telahpun menukarkan agamanya kepada Kristian, perlu mendapatkan sijil pengisytiharan daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia tidak lagi menganut agama Islam sebelum Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh menggugurkan perkataan "Islam" dalam kad pengenalannya.

Ahmad Fairuz berkata JPN berhak untuk mengenakan syarat kepada Lina Joy memintanya mengemukakan sijil atau deklarasi atau satu perintah daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia keluar daripada Islam sebelum bertindak menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.

ImageMenurut laporan Bernama, Lina mengemukakan rayuan itu kepada Mahkamah Persekutuan setelah Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada 19 Sept 2005 menghalangnya daripada menggugurkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya dengan alasan bahawa tindakannya keluar daripada Islam tidak mendapat pengesahan daripada Mahkamah Syariah atau pihak berkuasa Islam yang lain.

Permohonan kepada Mahkamah Rayuan itu dilakukan setelah Mahkamah Tinggi, pada April 2001, menetapkan bahawa sebagai seorang Muslim, dia tidak boleh keluar daripada Islam, dan soal keluar daripada Islam, perlu diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Lina menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad, sebagai responden.

Pada 2 Feb 1997, dia memohon kepada JPN untuk menukar namanya kepada Lina Joy dengan alasan dia telah menganut agama Kristian tetapi permohonan itu ditolak pada 11 Ogos 1997.

Selasa, 29 Mei 2007

Solat Hajat Agar Lina Joy Kalah!


KUALA LUMPUR, 29 Mei- Terkini! Satu solat hajat akan diadakan di Masjid Kampung Baru, malam ini selepas solat Isyak bagi tujuan bermunajat sebagai ikhtiar terakhir menjelang keputusan kes Azlina Jailani yang akan diputuskan di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya esok.

Pengerusi Mesyuarat Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Yusri Mohammad, berkata kes ini sangat menarik perhatian dan tumpuan pelbagai pihak dan umat Islam khasnya kerana ia berkemungkinan memberi kesan yang besar kepada kedudukan Islam dalam Perlembagaan dan undang-undang Malaysia.

Yusri berkata, pihak pimpinan Pembela akan turut hadir ke mahkamah pada keesokan hari bersama para peguam untuk mendengar keputusan mahkamah.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai yang hadir mendengar keputusan penting ini, agar dapat memelihara suasana aman dan menjauhi apa-apa tindakan yang boleh mencetuskan suasana yang tidak sihat.

"Pembela berharap semua pihak dapat mengawal diri dan suasana dalam mengadapi perkembangan ini demi memelihara nama baik umat Islam dan negara. Kami ingin memberi jaminan kepada semua umat Islam yang prihatin yang Pembela akan terus berusaha untuk memelihara kedudukan Islam dan umatnya di Malaysia dengan izin Allah," tegas beliau.

Pembela juga ingin menasihatkan agar masyarakat amnya menjauhi mana-mana tindakan atau mesej liar dan provokatif yang mungkin dicetuskan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab berkaitan dengan pengumuman keputusan kes Azlina Jailani ini.

Ahad, 6 Mei 2007

MAKLUMAN TERBARU PENGAMBILAN CEK ZAKAT MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

Berikut dinyatakan tempat pengambilan cek zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor bagi sesi 2006-2007.Harap mendapat perhatian dan minta disebarkan kepada sahabat-sahabat yang lain.

ZON A: (BELUM DITENTUKAN)
Khusus untuk penerima zakat bagi muhafazah Tanta - Mansurah - Zaqaziq

ZON B:
Tarikh :7 Mei 2007
Tempat :Asrama Pelajar Johor Iskandariah
Masa :4.30 Ptg - 7.00 ptg
Khusus untuk penerima zakat bagi muhafazah Iskandariah - Damanhur - Dumyat

ZON C:
Tarikh :9 Mei 2007
Tempat :Asrama Pelajar Johor Kaherah Haiyu Thamin
Masa :4.30 Ptg - 11.00 mlm
Khusus untuk penerima zakat bagi muhafazah Kaherah - Shoubro serta mereka yang bermasalah untuk mengambil cek zakat bagi ZON A dan ZON B.

BAGI MEREKA YANG BERMASALAH UNTUK MENGAMBIL CEK PADA HARI DINYATAKAN, HARAP DAPAT MAKLUMKAN KEPADA YDP DI TALIAN 010-6109675 UNTUK TINDAKAN SELANJUTNYA.

Pihak kami memohon kemaafan atas kesulitan yg dialami.

SEGALANYA TERTAKLUK PADA PINDAAN!!!

Khamis, 26 April 2007

MAKLUMAN TERBARU: LAWATAN MAIJ DAN PENERIMAAN ZAKAT

Kepada,
SELURUH AHLI,
Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir.

Assalamualaikum.

LAWATAN RASMI ROMBONGAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR.

1. Untuk makluman seluruh ahli BKPJM, pihak Majlis Agama Islam Johor akan hadir pada 4hb Mei 2007 ini. Sehubungan dengan itu, pihak MAIJ dengan kerjasama pimpinan BKPJM akan mengadakan MAJLIS RAMAH MESRA sepertimana maklumat berikut:

MAJLIS RAMAH MESRA DI RUMAH JOHOR

TARIKH : 9 Mei 2007 (TERTAKLUK PADA PERUBAHAN)
MASA : 7.00 malam
TEMPAT : ASRAMA PELAJAR JOHOR, Hayyu Thamin, Madinat Nasr.

MAJLIS RAMAH MESRA KEDUA

TARIKH : 7 Mei 2007 (TERTAKLUK PADA PERUBAHAN)
MASA : Selepas solat asar
TEMPAT : ASRAMA PELAJAR SISWI JOHOR, Iskandariah,

2.
Bagi penerima zakat Johor 2007 pengambilan cek bagi zakat akan dimaklumkan kemudian. Sila ambil perhatian kepada penerima-penerima zakat tahun 2007.

3.
Segala maklumat lanjut sila hubungi YDP atau TYDP atau Setiausaha BKPJM.

Sekian, untuk makluman.


"KEBAJIKAN DAN PERPADUAN"

"GEMBLENG KEKUATAN PASAK KEILMUAN"


Yang menjalankan tugas,

MUHD HAIRI BIN HAMZAH
Yang DiPertua BKPJM 2007/2008

Rabu, 25 April 2007

RALAT

ASSALAMUALAIKUM

RALAT: SEDIKIT MAKLUMAN BERKENAAN DENGAN T-SHIRT DANA SYAQAH PMRAM.

T-SHIRT YANG BERWARNA UNGU TELAH DITUKAR KEPADA WARNA BIRU KEHITAMAN (BLUE-BLACK), KERANA MENGALAMI SEDIKIT MASALAH TEKNIKAL.

PIHAK PENGURUSAN MEMOHON MAAF DI ATAS APA YANG BERLAKU. KEPADA SIAPA YANG TELAH MEMBUAT TEMPAHAN T-SHIRT WARNA UNGU, BOLEH BERJUMPA TERUS KEPADA PIHAK PENGURUSAN:

(UST MOHD AKHMAL MOHD ALI)

ATAU HUBUNGI TERUS DI TALIAN 010 876 9138.

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.

CONTOH BLUE-BLACK ADALAH SEPERTI TERTERA:



CONTOH HADAPAN

CONTOH BELAKANG



Khamis, 19 April 2007

Majlis Kenduri Doa Selamat dan Kesyukuran serta Sumbangan.

Assalamualaikum.

Makluman kepada semua ahli BKPJM sekalian, anda dijemput unttuk hadir ke majlis ini seperti mana berikut:

Hari: Khamis (Malam ini)
Masa: Selepas Maghrib
Tempat: Asrama Pelajar Johor, Hayyu Thamin.

Segala pertanyaan, sila hubungi pihak YDP atau TYDP. Sekian.

Jumaat, 30 Mac 2007

T SHIRT EDISI DANA SYAQAH PMRAM

TEMPAHAN T SHIRT EDISI DANA SYAQAH PMRAM
MEMBELI SAMBIL BERAMAL
DAN MENYUMBANG KE DANA SYAQAH PMRAM
HARGA
TEMPAHAN: LE 20.00
LENGAN PENDEK: LE 32.00
LENGAN PANJANG: LE 35.00
SEBARANG TEMPAHAN TERUS KEPADA:
IKHWAH: USTAZ MOHD AKHMAL MOHD ALI (UKTD BKPJM)
NO TEL: 010 876 9138
AKHAWAT: USTAZAH NOR ILIYIYAINI ARIF (UKTD HEWI BKPJM)
WARNA: HITAM
SAMPLE DESIGN DEPAN

SAMPLE T SHIRT (DEPAN)


SAMPLE DESIGN BELAKANG


SAMPLE T SHIRT (BELAKANG)

WARNA: UNGU (PURPLE)

SAMPLE DESIGN DEPAN


SAMPLE T SHIRT (DEPAN)

SAMPLE DESIGN BELAKANG


SAMPLE T SHIRT (BELAKANG)











Selasa, 20 Februari 2007

PELANCARAN DANA SYAQAH PMRAM DAN TABUNG FILANTROFI MASSA PERINGKAT BKPJM

IKLAN PERTAMA




IKLAN KEDUA







KURSUS BLOG DAN DESIGN BKPJM '07

KURSUS BLOG DAN DESIGN BKPJM '07

TARIKH: 3-4 SAFAR 1428 BERSAMAAN 21-22 FEBRUARI 2007

MASA: 1.00 PETANG HINGGA 5.00 PETANG (RABU 21/02/07)
9.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG (KHAMIS 22/02/07)

TEMPAT: ASRAMA PELAJAR JOHOR, HAYYU THAMIN

YURAN PENYERTAAN: LE 8.00 (KERTAS KERJA DAN JAMUAN)

PENGISIAN: MEMBINA WEBLOG, PUBLISHER DAN ADOBE PHOTOSHOP

ANJURAN:
LAJNAH PENERANGAN DAN PENERBITAN
BADAN KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR JOHOR DI MESIR