Ahad, 15 Ogos 2010

Takziah Buat Saudara Ahmad Luqman Bin Bukhari

Keratan akhbar Utusan Malaysia.
KAHERAH, 15 Ogos 2010: Ahli Jawatankuasa Tadbir dan  Hal Ehwal Wanita Islam BKPJM 2009/2010 mewakili seluruh ahli BKPJM mengirimkan ucapan takziah atas pemergian ibu kepada Saudara Ahmad Luqman Bin Bukhari pada pagi 14 Ogos 2010. 

Seluruh ahli BKPJM turut merasai kehilangan dan turut sama berdukacita dan berharap saudara Ahmad Luqman terus tabah dalam menjalani hari mendatang. Mudah-mudahan Allah SWT menempatkan ruh almarhumah di kalangan orang yang beriman dan ditempatkan bersama ahli syurga yang mulia.

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: ”Barangsiapa yang mengatakan Laa Ilaha Illalah dengan hanya mengharapkan redha Allah, lalu meninggal dalam keadaan seperti itu maka dia masuk syurga.

Barangsiapa yang berpuasa satu hari dengan hanya mengharapkan redha Allah,
lalu meninggal dalam keadaan seperti itu maka dia masuk syurga.

Barangsiapa yang bersedekah dengan suatu sedekah dengan hanya mengharapkan redha Allah lalu meninggal dalam keadaan seperti itu maka dia masuk syurga.”
(Riwayat Ahmad) - aljauhar

Selasa, 10 Ogos 2010

Sekilas di Bazar Sri Warisan Johor 2010



10 Ogos 2010 - Bermula pada 7 Ogos yang lepas, Bazar Sri Warisan Johor 2010 yang bertemakan "Kesatuan Ukhuwah Kemantapan Ekonomi" telah dilangsungkan di Asrama Pelajar Johor Rabaah yang mana mencipta sejarahnya sendiri apabila pertama kali diadakan di 'rumah baru' bagi anak-anak Johor di Mesir.

     Ia telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Hanif selaku Pegawai Kebajikan Pelajar Johor Mesir dan menerima sebanyak 12 penyertaan gerai yang berniaga sepanjang berlangsungnya Bazar Sri Warisan ini. Alhamdulillah, sambutan yang diberikan tidak kurang hebatnya walaupun lokasi bazar kali ini agak jauh dari penempatan pelajar-pelajar Malaysia khususnya dan warganegara lain amnya.

(sudut pengunjung)
(Barisan gerai di pihak ikhwah)














     Antara menu yang menarik perhatian pengunjung bazar adalah Nasi Lemak Mak Janda, Mee Bandung, Nasi Ayam Penyek, Astalavista Chicken Chop, Mee Rebus, Chicken Skeleton, ABC Special, Pop Ice Ramadhan, Cendol, Lemon Crush, dan pelbagai lagi menu yang semestinya menjadi pilihan pengunjung sepanjang tiga hari bazar berlangsung.

     Secara keseluruhannya, Bazar Sri Warisan Johor dianggap berjaya walau disana terdapat kekurangan di beberapa sudut. Tahniah diucapkan buat semua yang terlibat dalam menjayakan Bazar Sri Warisan Johor 2010 terutamanya saudara Farhan Tamin selaku Pengarah Bazar dan semua Ahli Jawatankuasa Bazar yang telah sedaya upaya menjayakan Bazar Sri Warisan Johor kali ini. -aljauhar.