HAYYU
SADIS, 16 November- Badan Kebajikan
Pelajar Johor di Mesir telah mengadakan"FUTSAL BKPJM" dibawah Unit Perumahan (Lajnah Kebudayaan,
Kesenian dan Sukan). Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada ahli dan seramai 50 orang ahli
yang telah menjayakan program tersebut
Program
ini telah dijalankan pada waktu malam bermula jam 10 malam sehingga 12 pagi
bertujuan untuk mengisi masa lapang ahli-ahli Johor, sama ada ahli dari
Pengajian Islam mahupun pelajar Sains Kesihatan. Sebanyak 8 kumpulan telah
dibahagikan sama rata bagi mewujudkan semangat persaingan di setiap kumpulan.
Sepanjang
program diadakan, peserta telah bermain dengan penuh kesungguhan, disiplin dan
kerjasama yang baik dalam pasukan untuk beroleh kemenangan. Antara objektif
yang telah diletakkan dalam program ini adalah mengeratkan silaturrahim antara
anak-anak Johor di Mesir, sekaligus dapat mengasah bakat anak-anak Johor
terhadap sukan futsal ini.
Islam
menggalakkan umatnya bersukan kerana
pepatah arab ada menyebut “otak yang cerdas datangnya dari badan yang
sihat”. Allah S.W.T. sangat menyukai
orang yang kuat tubuh badan, dalam hadis Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud ”orang beriman yang
kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah S.W.T. dari orang beriman yang
lemah, kedua-duanya ada kebaikan”