Program ini dirancang khas bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan motivasi ahli supaya lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan nanti. Program yang bermula jam 5.00 petang dengan solat maghrib berjamaah, tazkirah dan solat hifzi, disertakan juga dengan program motivasi khas "talk show" yang bakal menampilkan panel yang tidak asing dikalangan ahli BKPJM iaitu TSUA PMRAM, Ustaz Hanafi Zulkapli dan Dr. Mohd Haikal Idris. Pengarahnya, Ustaz Zulfekri Abdullah mengharapkan agar seluruh ahli BKPJM dapat hadir untuk turut serta menjayakan program.
Khamis, 11 Disember 2008
BKPJM anjur program Bicara Motivasi Dan Malam Munajat
Program ini dirancang khas bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan motivasi ahli supaya lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan nanti. Program yang bermula jam 5.00 petang dengan solat maghrib berjamaah, tazkirah dan solat hifzi, disertakan juga dengan program motivasi khas "talk show" yang bakal menampilkan panel yang tidak asing dikalangan ahli BKPJM iaitu TSUA PMRAM, Ustaz Hanafi Zulkapli dan Dr. Mohd Haikal Idris. Pengarahnya, Ustaz Zulfekri Abdullah mengharapkan agar seluruh ahli BKPJM dapat hadir untuk turut serta menjayakan program.
Selasa, 9 Disember 2008
Aidil Adha disambut meriah di APJ
KAHERAH- 8 Desember: Program korban sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha peringkat BKPJM meriah dan mendapat sambutan ahli. Program yang bermula seawal jam 9 pagi yang dimulakan dengan gotong royong menyembelih binatang korban hingga jam 10 malam yang diakhiri dengan jamuan.Program ini mengumpulkan semua ahli BKPJM samaada baru atau pun lama. Gandingan ahli kuliah Al-Azhar dan Perubatan menyerlahkan kemesraan dan semangat kerjasama serta setiakawan melalui gotong royong ini. Rata-rata mereka berpuas hati dan mengharapkan semangat ini terus berkekalan demi kesinambungan BKPJM dan demi memastikan ukhuwwah yang dibina tidah mudah runtuh dengan anasir-anasir negatif. "saya berpuas hati, dan saya seronok" ujar ketua penasihat BKPJM, Ustaz Muhd Hairi Hamzah.
Klik di sini untuk melihat gambar sepanjang program.
Ahad, 7 Disember 2008
Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha BKPJM
Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha peringkat Badan Kebajikan Pelajar Pelajar Johor Di Mesir (BKPJM), akan diakan pada hari Isnin, 8 Disember 2008, di Asrama Pelajar Johor bermula selepas solat sunat Aidil Adha.
Majlis ini dimulakan dengan sembelih binatang korban ecara bergotong royong dan aqiqah. Tahun ini, sebanyak dua ekor unda, sembilan ekor kambing biri-biri dan empat ekor kambing kacang.
Menurut pengarahnya, Ust Mohd Nur Bin Ahmad (gambar kiri) majlis akan bermula selepas solat sunat dan akan berakhir dengan jamuan bersama ahli selepas solat Isyak. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu yang sudi memilih BJPJM sebagai platform menjayakan korban dan akikah masing-masing.

Dalam masa yang sama, Yang Dipertua BKPJM, Ust Firdauz Noh (gambar kanan) menyatakan harapan beliau agar semua ahli BKPJM dapat hadir bagi bersama bergotong royong memeriahkan lagi majlis. " Saya harap, majlis ini menjadi satu wadah penyatuan ahli yang kian renggang dan menjadi satu titik tolak untuk memastikan kesinambungan BKPJM sesama ahli akan kian utuh" ujar beliau.
Bersamalah kita menjayakannya.
0 komen. Hantar Komen? Klik Sini
Kategori SUA
Rabu, 29 Oktober 2008
Delegasi Kerajaan Johor Selamat Tiba Di Mesir
KAHERAH- Rombongan Kerajaan Negeri Johor yang diketuai oleh YB Datuk Maulizan Bin Bujang, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Koperasi Dan Usahawan, Pelajar dan Pengajian Tinggi Negeri Johor, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada 28 Oktober 2008, jam 10.10 malam.Delegasi Kerajaan Negeri yang bertujuan untuk melawat serta memantau perkembangan terkini pendidikan anak-anak Johor yang menuntut di Mesir.
Para delegasi dijadualkan akan berada di Iskandariah untuk memantau perkembangan anak-anak Johor di Iskadariah dan satu majlis ramah mesra akan diadakan di Kedutaan Malaysia Iskandariah pada 29 Oktober 2008.
Seterusnya, majlis yang sama akan diadakan di Asrama Pelajar Johor Kaherah pada 2 November 2008.
Seluruh warga Johor di sini mengucapkan selamat datang kepada YB Datuk Maulizan Bujang serta ahli rombongannya.
0 komen. Hantar Komen? Klik Sini
Kategori UPP
Selasa, 9 September 2008
SAF KEPIMPINAN BKPJM 2008/2009
BADAN KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR JOHOR DI MESIR SESI 2008/2009
AHLI LEMBAGA PENASIHAT
Ust Mohd Hairi Bin Hamzah
Ust Mohd Yazid Bin Pardi
Ust Syafiq Bin Zulakifli
Ust Herlina Binti Syarial
YANG DIPERTUA ( LAJNAH PERANCANG )
Firdauz Bn Noh
TIM. YANG DIPERTUA (LAJNAH DAKWAH & TARBIYAH)
Basir Bin Mohamed
SETIAUSAHA AGUNG
Nuruddin Zanki Bin Hamzah
TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG ( LAJNAH KEBUDAYAAN, KESENIAN & SUKAN )
Mohd Khairul Anwar Bin Tajudin
BENDAHARI ( LAJNAH EKONOMI )
Nur Asraf Bin Hasim
UNIT PENGETAHUAN DAN BIMBINGAN
Zulfekri Bin Abdullah
UNIT PENERANGAN & PENERBITAN
Muhammad Syafiq Safwan Bin Harith
UNIT KEBAJIKAN & TABUNG DERMA
Mohd Nabhan Bin Md Noor
UNIT SAMBUTAN & REHLAH
Mohd Nur Bin Ahmad
UNIT PERUMAHAN
Mohd Farhan Bin Tamin
SAF KEPIMPINAN HEWI
KETUA HEWI
Nor Amelia Binti Mustafah
TIMBALAN KETUA HEWI ( UNIT DAKWAH & TARBIYAH )
Khairunnisaa Binti Zulkarnain
SETIAUSAHA
Masyitah Binti Razali
BENDAHARI ( LAJNAH EKONOMI )
Umi Kalsum Binti Mohamed Uyob
UNIT PENGETAHUAN & BIMBINGAN
Hanisah Binti Muslim
UNIT PENERANGAN & PENERBITAN
Siti Umairah Binti Samsudin
UNIT KEBAJIKAN & TABUNG DERMA
Nur Aliaa Binti Ahmad
UNIT SAMBUTAN & REHLAH
Mariana Binti Din
UNIT PERUMAHAN
Shahidah Binti Mohamad
0 komen. Hantar Komen? Klik Sini
Kategori SUA
MAT BKPJM kali ke 26 selesai sudah
Bermula seawal jam 7.00 pagi untuk proses pembuangan undi bagi calon Ahli Jawatankuasa Tadbir BKPJM sesi 2008/2009. Waktu dua jam pertama iaitu bermula jam 7.00 pagi sehingga jam 9.00 pagi adalah waktu pembuangan undi bagi ahli sekitar Kaherah dan daripada jam 9.30 pagi sehingga jam 11.30 pagi untuk ahli muhafazah. MAT kali ini dirasmikan oleh Ust Khairul Anwar Bin Ismail, Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir, PMRAM.
MAJOROTI UNDIAN CALON
Pada sesi ini, seramai lapan orang calon bertanding untuk mengisi tujuh jawatan kepimpinan BKPJM. Calon YDP dan HEWI menang tanpa bertanding.
Sebanyak 112 undian diterima, tujuh daripadanya undi rosak. Setelah proses undian tamat dan pengumuman rasmi undian calon telah diumumkan oleh Pengarah SPR BKPJM, Ust Muhammad Anuar Bin Muhammad Kamal. Mendahului bilangan undi, Ustaz Zulfekri Bin Abdullah sebanyak 104 undi, Ustaz Mohd Khairul Anwar Tajuddin dan Ustaz Mohd Syafiq Safwan Bin Haris masing-masing 100 undian. Ustaz Nuruddin Zanki Bin Hamzah, 95 undian, Ustaz Farhan Tamin 93 undian, Ustaz Mohd Nur Bin Ahmad, 90 undian, Ustaz Nabhan Bin Mohd Nor 79 undian dan Ustaz Shahrul Nizam Aris 74 undian.
Maka, kesemua calon kecuali Ustaz Shahrul Nizam Aris terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa Tadbir BKPJMsesi 2008/2009.
Mesyaurat ditawaquf sementara pada jam 6.00 petang untuk berbuka puasa dalam disambung semula selepas solat Maghrib. Mesyuarat selesai pada jam 9.30 malam.
0 komen. Hantar Komen? Klik Sini
Kategori SUA
Selasa, 2 September 2008
UNDIAN AJKT BKPJM SESI 2008/2009
Kepada semua ahli BKPJM yang bertadaftar, anda berhak untuk membuang undi untuk memilih calon AJKT BKPJM sesi 2008/2009.
Cara undian ;
1. Pengundi hendaklah mengundi HANYA tujuh (7) daripada lapan (8) calon yang bertanding.
2. Pengundi hendaklah memangkah calon yang dipilih HANYA pada kotak yang disediakan.
3. Pengundi HANYA berhak membuang undi sekali sahaja.
Waktu membuang undi ;
Jam 7.00 pagi hingga jam 9.00 pagi : Untuk ahli sekitar Kaherah. **
Jam 9.30 pagi hingga jam 11.30 pagi ; Untuk ahli sekitar muhafazah
**nota ;
1) Waktu tersebut adalah waktu muktamad yang dutetapkan oleh pihak SPR BKPJM.
2) Bagi ahli muhafazah, jika telah berada di Kaherah seawal waktu undian untuk ahli sekitar
Kaherah, anda juga boleh mengundi pada waktu itu TANPA menunggu waktu undian ahli
Muhafazah.
3) Bagi calon YDP BKPJM dan HEWI BKPJM, calon MENANG TANPA BERTANDING.
Senarai calon AJKT dan HEWI BKPJM 2008/2009
( **klik pada gambar untuk besarkan)
0 komen. Hantar Komen? Klik Sini
Kategori SUA
CADANGAN USUL SEMPENA MAT BKPJM KALI KE 26
Jika anda mempunyai sebarang usul untuk dibahaskan dalam MAT yang akan datang, sila serahkan usul cadangan anda kepada Setiausaha Agung BKPJM sebelum atau pada Jumaat, 5 September 2008 bersamaan 5 Ramadhan 1429.
Sila nyatakan pada usul anda butiran berikut
1) Nama
2) No Keahlian BKPJM
sebarang cadangan usul boleh dihantar sendiri di Pejabat BKPJM atau melalui e-mail ;
0 komen. Hantar Komen? Klik Sini
Kategori SUA
Rabu, 27 Ogos 2008
LANJUTAN TEMPOH PENAMAAN CALON AJKT/AJK HEWI BKPJM 2008/2009
SURUHANJAYA PILIHANRAYA BKPJM TELAH BERSETUJU UNTUK MENANGGUHKAN TARIKH TUTUP PENCALONAN AJKT DAN HEWI BKPJM SESI 2008/2009 SEHINGGA:
0 komen. Hantar Komen? Klik Sini
Kategori SUA
Selasa, 26 Ogos 2008
PENAMAAN CALON AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKPJM 2008/2009
DAPATKAN BORANG PENCALONAN DARI :-
AJK SPR DI PERPUSTAKAAN RUMAH JOHOR (IKHWAH)
AJK SPR DI SYAQAH 5 (AKHAWAT
Atau WAKIL SPR DI MUHAFAZAH:
Shoubra :AMALUDDIN ARSHAD
Tanta :MUHD ANUAR KAMAL
Mansurah :NORAZIMAH ARBAIN
:AMIR HAMZAH KAMIL
Dumyat :MUHAMMAD IQBAL MD NOH
Zaqaziq :MOHD NASHARUDDIN
Shibin :NOR AZAM MOKHTAR
Iskandariah :NORASYIKIN KAMARUDDIN
Damanhur :MARWAN MOHD NOR
0 komen. Hantar Komen? Klik Sini
Kategori SUA
Selasa, 15 Julai 2008
Isnin, 23 Jun 2008
Tawaran Biasiswa Dari AmanahRaya | Tarikh Tutup 30 JUN ini!
Dear all,
Please be informed that AmanahRaya is offering scholarship on Islamic Studies for students who are interested to further their studies in the Universiti of Al-Azhar, Mesir. Attached is the scholarship advertisement that is going to be published in Utusan Malaysia & Berita Harian.
For any query pertaining to this scholarship, please do not hesitate to contact Cik Nik Noor Hayati at 03-20557626 or Netty at 03-20557625.
Thanks & regards,
Regards,
Hairin Herlina Abdul Halim
Senior Executive (Estate Administration Unit)
AmanahRaya Legacy Services Sdn Bhd
Wisma AmanahRaya, No.2, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.
Direct Line : 03-20557612
Isnin, 9 Jun 2008
Agihan Zakat: Lakukan sendiri atau pemerintah?
Terdapat persoalan di dalam kotak soalan berkenaan dengan bayar zakat kepada pusat zakat. maka ini jawapannya dlm mazhab Imam Syafie:-
Harta zakat ada terbahagi pada dua bahagian:
Bahagian pertama: Harta yang tersembunyi (Amwal Batinah) iaitu zakat emas perak (termasuk zakat harta), harta tersorok dalam tanah (rikaz) dan zakat fitrah.
Harta-harta seumpama ini boleh dibayar zakat dengan diberi terus kepada orang-orang yang berhak menerimanya tanpa melalui pemerintah. Pemerintah tidak boleh meminta tuan harta mengeluarkan zakat kepada pemerintah kecuali melihat tuannya tidak membayar zakat; maka ketika itu pemerintah hendaklah memerintahnya supaya mengeluarkan zakat kepada yang berhak.
Jika tuan harta tidak mahu mengeluarkan maka wajib imam menuntut zakat harta tersebut seperti mana wajibnya mencegah kemungkaran. Ini berdasarkan apa yang diucapkan oleh saidina Usman r.a ketika beliau berkhutbah di mimbar Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Ini adalah bulan untuk kamu mengeluarkan zakat. Sesiapa yang ada hutang hendaklah dia lunaskan supaya hartanya bersih dari hutang dan dapat membayar zakat hartanya." (Riwayat Baihaqi - Sahih)
Harta ini boleh di wakilkan kepada pihak lain (individu atau agensi swasta) untuk diserahkan kepada pihak yang layak (asnaf yang lapan) , diserahkan kepada pemerintah dan boleh diberikan terus kepada yang layak tanpa perantara. Memberinya terus kepada penerima lebih baik dari diwakilkan. Diserahkan kepada pemerintah untuk mengagihkannya lebih baik dari diwakilkan kepada pihak lain.
Jika pemerintah itu adil maka lebih baik diberikan kepada pemerintah berdasarkan hadis mauquf dari Ibnu Umar r.a :
Menyerahkan zakat kepada pemimpin yang adil lebih baik dari mengagihkan dengan sendiri kerana bila zakat telah diberikan kepada pemerintah maka tanggung jawab pemilik harta sudah selesai walaupun pemerintah tidak menunaikan tanggungjawabnya untuk mengagihkan zakat.
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a:
Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w: " Apabila aku telah membayar zakat kepada wakilmu adakah aku telah lepas dari tanggung jawab ku (dalam zakat) kepada Allah dan Rasulnya?"
Rasulullah s.a.w menjawab:
Maksudnya: "Ya. Jika kau sudah membayar zakat kepada wakilku maka engkau telah lepas dari tanggungjawabmu kepada Allah dan RasulNya. Engkau akan mendapat pahala zakat dan jika zakat tidak diagihkan kepada yang berhak maka dosanya kepada yang orang yang melakukan perkara tersebut." (Riwayat Ahmad)
Adapun jika diagihkan sendiri dikhuatiri diserahkan kepada orang yang tidak layak. Lagipun pemerintah yang adil lebih mengetahui priority bagi penerima-penerima zakat. Kalau pemimpin yang zalim hendaklah diagihkan sendiri.
Bahagian kedua: Harta yang nampak (Amwal Zahirah) iaitu zakat binatang, tanaman, buah-buahan dan harta galian. Jika pemerintah tidak memintanya maka pemilik boleh mengagihnya sendiri. Jika pemerintah memintanya maka wajib diberikan kepada pemerintah sekiranya pemerintah yang adil. Ini adalah berdasarkan suruhan Allah kepada pemerintah:
Maksudnya: "Hendaklah kamu ambil zakat daripada harta-harta orang Islam..." (103: at-Taubah)
Kalau rakyat enggan maka pemerintah boleh memerangi mereka dan menghukumnya.
Adapun sekiranya pemerintah itu zalim dalam mengagihkan zakat maka pemilik harta boleh mengagihkannya sendiri atau diberikan kepada pemerintah. Mengagihkan sendiri lebih baik. Ini sekiranya pemerintah zalim itu tidak mewajibkan kepada rakyatnya untuk membayar kepada mereka.
Jika pemerintah zalim itu meminta dengan cara mewajibkan maka wajib dibayar zakat ini (amwal zahirah) kepada pemerintah.
Kewajipan kepada pemerintah untuk melantik pemungut-pemungut zakat kerana Rasulullah s.a.w mengutuskan Umar bin Khattab untuk memungut zakat (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Rujukan: Al-Muktamad Fil Feqhis Syafie oleh Dr Muhjammad Zuhaili.
Rabu, 4 Jun 2008
Mahasiswa Islam Harapan Ummah
السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه
أما بعد .
Allah Taala berfirman di dalam al-Quran Surah al-Zumar ayat 9 yang berbunyi:
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ
Kita adalah masyarakat yang terpilih yang telahpun dinobatkan oleh Allah sebagai satu kelompok masyarakat yang diberikan peluang untuk menuntut ilmu di Perlembahan Nil ini. Majoriti mahasiswa dan mahasiswi di Mesir ini adalah penuntut pengajian Islam manakala yang berbaki adalah mahasiswa dan mahasiswi daripada bidang perubatan. Sekalipun wujud perbezaan antara dua displin ilmu ini namun perbezaan yang wujud tidak dapat menafikan bahawa kita semua tanpa berkecuali adalah seorang mahasiswa dan masyarakat pelajar yang sedang membina karisma ilmu agar kewujudan kita pada masa hadapan adalah satu hadiah terulung buat masyarakat manusia khususnya di
Maka seyogia bagi seluruh mahasiswa di Perlembahan Nil ini agar bersyukur kepada Allah yang telah memberikan kepada kita semua satu peluang untuk meraih sebanyak ilmu pengetahuan yang ada di dataran bertuah ini.
Ilmu Adalah Segalanya.
Saya menyeru kepada seluruh mahasiswa Malaysia di Mesir agar kembali mengkoreksi diri dari sudut ketekunan kita dalam menuntut ilmu. Sebagai seorang manusia yang bergelar mahasiswa dan penuntut ilmu, gelaran ini sudah cukup untuk mencerminkan tindak-tanduk dan aktiviti harian kita yang sepatutnya dan sewajibnya sepanjang keberadaan kita di Mesir ini. Tidak selayaknya kita sebagai seorang mahasiswa Islam yang berada di menara gading terulung; al-Azhar al-Syarif dan universiti-universiti pengajian perubatan hanya menjadikan aktiviti ilmu, belajar mengkaji dan mentelaah sebagai aktiviti sampingan. Sekiranya begitu, saya berpandangan bahawa kita adalah seorang pelancong yang datang ke Mesir untuk bersiar-siar lalu disebabkan wujud beberapa minit yang berbaki, kita habiskan minit-minit waktu yang berbaki untuk meninjau-ninjau apa yang dikebumikan di dalam buku-buku dan hasil tangan para ulama dan ilmuan silam.
Sepanjang pengamatan saya selama saya berada di Mesir, saya mendapati para mahasiswa Islam di Mesir secara majoriti adalah masyarakat pelajar yang malas dan sering membuang masa. Kehidupan harian mereka dihabiskan dengan berbual-bual kosong, melayari kehendak mereka menerusi pelayaran internet, menghujani badan dengan aktiviti sukan, menonton filem sama ada filem tersebut adalah filem yang baik atau sebaliknya, tidur dan berkhayal. Walaupun tidak dinafikan bahawa wujud beberapa individu pelajar yang tahu tugas rasminya sebagai seorang pelajar, namun bilangan kerdil ini tidak dapat membaham lautan manusia Malaysia Mesir yang lebih banyak membuang dan menyia-nyiakan masa daripada memetik ilmu yang meranum.
Sampai bila kita akan terus lena dalam kealpaan ini? Apakah seorang petani boleh dianggap sebagai seorang petani sekiranya dia hanya memperuntukkan 5 minit dalam sehari untuk memegang tumbuh-tumbuhan di ladang sedangkan waktunya yang berbaki dihabiskan di rumah, di kedai kopi dan sebagainya?
Apakah sebenarnya faktor yang menyebabkan mahasiswa Islam di Mesir khususnya lesu dalam arena memperkukuhkan diri dengan ilmu?
Saya mempunyai satu pandangan dan pandangan ini pastinya akan memerahkan cuping-cuping telinga banyak pihak. Walau bagaimanapun apa salahnya untuk saya bentangkan pandangan ini di hadapan masyarakat intelek untuk dikaji sejauh mana kebenarannya.
Bagi saya, selain daripada sikap malas dan tiada jati diri dalam jiwa para mahasiswa, saya berpandangan bahawa faktor ketidaklayakan untuk bergelar seorang pelajar universiti adalah sebab utama mengapa kebanyakan mahasiswa Islam di Mesir acuh tidak acuh dalam menggali ilmu pengetahuan di Mesir. Maafkan saya kalau kalam ini memang kasar namun apa salahnya untuk kita renungi bersama mana tahu ada yang tersentak lalu kembali memulakan langkah sebagai seorang penuntut ilmu agama.
Lihat ya. Bukankah ada di kalangan kita yang memiliki nilai sijil yang rendah sehingga dia tidak layak untuk menduduki mana-mana universiti di Malaysia, lalu apabila sijil yang dimiliki tidak diterima oleh mana-mana universiti di Malaysia, dia terus bergegas ke universiti-universiti di Mesir untuk memaksa universiti-universiti tersebut memberikan gelaran 'mahasiswa' kepadanya. Ini bermaksud universiti Al-Azhar dan universiti-universiti lain yang ada di Mesir ini hanyalah sebagai kuda tunggangan kepada orang ini agar dia diberikan title ilmu sedangkan sepanjang dia berada di Mesir, dia hanya berfoya-foya dan membuang masa tanpa ada rasa bersalah kerana tidak melunaskan tanggungjawab sebagai seorang penuntut ilmu.
Pastinya orang yang tidak layak bergelar sebagai mahasiswa sebuah universiti tidak akan dapat menjiwai nilai ilmu dan semangat yang ada dalam sukma seorang penuntut universiti. Kalau begitu tidak mustahillah sekiranya dia hanya menjadi pelancong sepanjang dia berada di Mesir. Kalaulah pandangan saya ini ada benarnya, maka fenomena kemalasan yang cukup ketara di Mesir ini adalah natijah daripada masalah ini. Semestinya kita tidak akan mampu untuk meminta daripada seorang individu yang tidak layak untuk bergelar seorang pelajar universiti pada hakikatnya untuk menjiwai perjuangan dan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa yang menggendong amanah ilmu buat manusia seajmainnya. Maafkan saya di atas pandangan yang tidak sedap untuk didengar ini.
Saya merintih dan menangis di atas kemalasan dan kebodohan kalian. Saya menyeru kalian untuk menyahkan kemalasan dan sikap acuh tidak acuh yang telah mendarah daging dalam tubuh kalian lalu terus bersiap untuk menjadi seorang yang ada jati diri dan kesedaran. Walaupun mungkin kalian tidak bernasib baik dalam merangkul sijil yang hebat semasa kalian di
Ingat! Esok lusa Allah akan mempersoalkan tindakan kalian yang menghabiskan wang zakat dan wang keluarga sedangkan ilmu yang dipertanggungjawabkan hilang entah ke mana.
Kalian sendiri yang perlu untuk menjawabnya.
Maafkan saya,
_____________________________________________________________
(*) Beliau merupakan mantan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2006/2007 dan 2007/2008.
1 komen. Hantar Komen? Klik Sini
Kategori PMRAM
Jumaat, 16 Mei 2008
Jumaat, 4 April 2008
Jumaat, 21 Mac 2008
Tentatif CELIK IT BKPJM 2008
SABTU | 15 RABIUL AWWAL 1429 | 22 MAC 2008
8.00 - 9.00 pg : Pendaftaran/Sarapan
9.00 - 9.15 pg : Perasmian Oleh YDP BKPJM
9.15 - 11.15 pg : SLOT PERTAMA (Kenali Blogspot)
11.15 pg – 2.00 ptg : Rehat (Makan, Solat)
2.00 – 5.00 ptg : SLOT KEDUA (Kenali Publisher)
AHAD | 16 RABIUL AWWAL 1429 | 23 MAC 2008
1.00 ptg – 3.00 ptg : SLOT KETIGA (Kenali Adobe Photoshop)
3.00 ptg – 4.00 ptg : Rehat (Makan dan Solat Asar)
4.00 ptg – 6.00 ptg : Sambungan Slot
6.00 ptg – 8.00 malam : Rehat (Makan dan Solat Magrib dan Isyak)
8.00 mlm – 10.00 mlm : Sambungan Slot
ISNIN | 17 RABIUL AWWAL 1429 | 24 MAC 2008
1.00 ptg – 3.00 ptg : SLOT KEEMPAT (Gaya dan Etika Penulisan Blog)
3.00 ptg – 4.00 ptg : Rehat (Makan dan Solat Asar)
4.00 ptg – 6.00 ptg : Sambungan Slot
6.00 ptg – 8.00 malam : Rehat (Makan dan Solat Magrib dan Isyak)
8.00 mlm – 10.00 mlm : SLOT KELIMA (Kenali Hardware)
: Penyampaian Cenderahati / Penutup / Bersurai
0 komen. Hantar Komen? Klik Sini
Kategori UPP
Khamis, 20 Mac 2008
Maulid Ar Rasul 1429
Perhatian kepada semua ahli Johor.
Anda dijemput untuk sama-sama memeriahkan lagi Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada hari ini,bagi memperingati Kekasih Allah junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Anda juga disarankan agar berpuasa untuk kita sama-sama berbuka puasa di Rumah Johor.
Tentatif progrtam pada hari ini adalah seperti berikut;
4.00-4.15p.m:
-Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
-Bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebagai pembuka majlis
4.15-5.45p.m:
-Bacaan berzanji yang akan diperdengarkan oleh;
1)Ustaz Mohd Faiz Abidin
2)Ustaz Mohd Hirzi Bin Bisman
3)Ustaz Shazrin Zikri Bin Ab Razak
-Marhaban yang akan diketuai oleh Ustaz Mior Muhammad Hazwan Bin Abdul Rani.
-Bacaan Qasidah yang akan diketuai oleh Ustaz Faizul Hadi B. Montalib
6.10-7.45p.m:
-Majlis berbuka puasa AJKT & HEWI BKPJM bersama ahli.
-Solat Maghrib berjemaah.
7.45-9.15p.m:
-Ceramah Maulidur Rasul yang akan disampaikan oleh Ustaz Hafiz Bin Mahmod (Ahli Lembaga Penasihat Keluarga Pelajar Kelantan Mesir KPKM)
Semua ahli dijemput hadir.
0 komen. Hantar Komen? Klik Sini
Kategori LDT
Rabu, 12 Mac 2008
Pekeliling Keselamatan Terkini PMRAM
Pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) memandang berat terhadap kes-kes samun, kecurian dan peras ugut bersenjata yang menimpa sebahagian mahasiswa
Para mahasiswi Malaysia khususnya diminta agar TIDAK KELUAR PADA WAKTU MALAM tanpa ditemani oleh beberapa pelajar lelaki (musyrif) demi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti rogol dan bunuh.
Oleh itu, sebagai langkah menjaga keselamatan diri individu ahli PMRAM di semua peringkat, pihak PMRAM mengharapkan setiap individu mengambil berat terhadap perkara-perkara berikut:-
1. Mahasiswi tidak dibenarkan sama sekali berada di luar rumah bermula dari waktu maghrib sehingga keesokan harinya. Sekiranya mahasiswi terdesak untuk keluar pada waktu malam, mereka wajib ditemani oleh beberapa orang pelajar lelaki (musyrif) yang ditetapkan oleh BKAN / DPM.
2. Memastikan rumah anda berkunci dari dalam sebelum anda tidur. Ini kerana ada beberapa percubaan untuk menceroboh rumah pada waktu malam ketika para pelajar sedang nyenyak tidur.
3. Dilarang membawa masuk warga arab tempatan atau asing ke dalam asrama BKAN atau rumah sewa demi keselamatan diri dan harta benda masing-masing.
4.
5. Jangan melayan sebarang sapaan dan panggilan daripada bukan warga
6. Berhati-hati dengan orang berkulit hitam. Kes seorang pelajar lelaki yang dipukul di Hayyu `Asyir selepas solat Subuh dan kes seorang pelajar lelaki yang digertak dengan sebilah pedang di Hayyu Zuhur adalah melibatkan beberapa orang lelaki berkulit hitam.
7. Jangan melalui lorong-lorong gelap. Kebanyakan kes ugut bersenjata berlaku di lorong-lorong gelap yang dilalui oleh para pelajar.
8. Jangan mempamirkan barang-barang berharga anda di hadapan orang Arab seperti telefon bimbit, duit dan laptop.
9.
10. Tidak dibenarkan sama sekali mengambil wang di bank atau mesin-mesin ATM pada waktu malam.
11. Jangan membawa wang yang banyak sewaktu anda berada di luar rumah.
12. Pelajar lelaki yang menjadi peneman para siswi (musyrif) pada waktu malam tidak digalakkan berseorangan. PMRAM menggalakkan bilangan para pelajar yang menjadi musyrif adalah lebih dari seorang dan membawa tongkat.
13.
14. Utamakan nyawa anda sekiranya anda diperas ugut sama ada anda diacu dengan senjata atau tidak. Serahkan segala kepunyaan anda kepada penjenayah sekiranya keadaan terlalu mendesak. Jangan melawan.
15. Sekiranya anda berjaya melepaskan diri daripada penjenayah, sila menjerit agar dapat didengari oleh masyarakat setempat. Antara contoh jeritan adalah seperti berikut:
· النَّجْدَة !
· حَرَمِيّ !
· الْحَقُوْنِيْ !
· Help me!
· Tolong!
16. Sila simpan nombor-nombor berikut di dalam telefon bimbit anda. Hubungi pemilik-pemilik nombor berikut sekiranya perlu.
- Presiden PMRAM 010-5839069
- BKTD PMRAM 011-2356361
Zon Hayyu Sabi'
· YDP KPP (Perlis) 010-3960323
· YDP BKKIMM (Melaka) 010-6198564
· YDP KPKM (Kelantan) 010-2960431
· YDP KPIPM (Perak) 010-6563771
· YDP BKPPPM (P.Pinang) 010-5041230
Zon Hayyu Thamin
· YDP BKPJM (Johor) 010-6109675
Zon Asyir
· YDP MKKK (Kedah) 010-7617653
· YDP BKAKLM (K.L) 010-5470398
· YDP BKMIP (Pahang) 016-1921690
· YDP KPT (Terengganu) 010-5007486
17. Berikut adalah tempat-tempat bahaya yang pernah berlaku kejadian samun dan ugut bersenjata.
a) Suq Sayyarat Hayyu `Asyir.
b) Hayyu Zuhur.
c) Bawwabah 2 dan 3, Hayyu `Asyir.
d) Mahattoh Gami', Hayyu `Asyir.
e) Syari' al-Bukhari, Akhir Mahattoh Hayyu Sabi'
f) Hadiqah (kawasan lapang) yang berada di `Agiba Petrol (berdekatan dengan Rumah Negeri Sembilan dan Rumah Kelantan)
g) Kawasan yang berdekatan dengan Masjid Musa Ibnu Nusair
h) Hadiqah Dauliyyah.
Dikeluarkan oleh:
0 komen. Hantar Komen? Klik Sini
Kategori PMRAM
Sabtu, 16 Februari 2008
Rabu, 30 Januari 2008
Kem Latihan Penulis Siri 2
Program ini akan berlangsung selama 2 hari bermula pada 2 dan 3 Februari 2008 bertempat di Dewan Ibnu Sina, Asrama Pelajar Johor, Hayyu Thamin, Kaherah.
Mahasiswa dan mahasiswi Al-Azhar dijemput bagi sama-sama memeriahkan program ini. Setiap penyertaan akan dikenakan yuran sebanyak LE 15.00.
Pendaftaran dibuka sehingga 31 Januari 2008 (Khamis). Hantarkan maklumat pendaftaran anda kepada pmram30@yahoo.com atau hewipmram55@yahoo.com dengan menyertakan NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN, DAN NAMA BKAN/DPM anda.
Maklumat lanjut berkenaan program, sila klik di sini.
0 komen. Hantar Komen? Klik Sini
Kategori PMRAM





