KAHERAH: Seminar Imu Falak, anjuran bersama Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir, Keluarga Pelajar Perlis, Dewan Perwakilan Mahasiswa Mahasiswi Mansurah dan Dewan Perwakilan Mahasiswa Zaqaziq tekah berjaya dilaksanakan. Ianya berlangsung selama dua hari, 18 dan19 Julai 2007.Seminar ini juga adalah atas kerjasama Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir, Nadwah Ulama Islam Mesir Malaysia, Jabatan Mufti Negeri Johor dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah. Ianya dijalankan di Dewan Asrama Rumah Melayu Abbasiyah.
Seminar ini telah menjemput tiga orang pembentang kertas kerja. 2 pembentang dari Mesir dan seorang dari Malaysia. Al Fadhil Ustaz Haji Hanafiah Abdul Razak dari Jabatan Mufti Negeri Johor adalah pembentang utama dalam seminar ini. Sebanyak 4 kertas kerja telah dibentang dengan jayanya.
Seminar ini dianjurkan atas sebab kesedaran yang tercetus berikutan kurangnya tenaga yang mahir dengan ilmu falak ini di Malaysia. Namun seminar ini hanya boleh merungkai pengenalan ilmu falak menurut perspektif Islam. Ianya tidak boleh terhenti di sini sahaja, pengajiannya perlu diteruskan dari masa ke semasa.
Bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada tenaga-tenaga penggerak seminar ini. Dua hari bagaikan tidak cukup. Bagaimanapun syukur atas pengenalan ilmu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan