Mesyuarat Agung Tahunan, Badan Kebajikan Pelajar-Pelahar Johor Di Mesir kali ke 26, telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Septermber 2008 bersamaan 6 Ramadhan 1429 lalu. Walaupun bilangan ahli tidak mencukupi untuk membolehkan MAT berlangsung, namun, persetujuan majeroti ahli yang hadir agar MAT tetap diteruskan sepertimana yang dijadualkan.
Bermula seawal jam 7.00 pagi untuk proses pembuangan undi bagi calon Ahli Jawatankuasa Tadbir BKPJM sesi 2008/2009. Waktu dua jam pertama iaitu bermula jam 7.00 pagi sehingga jam 9.00 pagi adalah waktu pembuangan undi bagi ahli sekitar Kaherah dan daripada jam 9.30 pagi sehingga jam 11.30 pagi untuk ahli muhafazah. MAT kali ini dirasmikan oleh Ust Khairul Anwar Bin Ismail, Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir, PMRAM.
MAJOROTI UNDIAN CALON
Pada sesi ini, seramai lapan orang calon bertanding untuk mengisi tujuh jawatan kepimpinan BKPJM. Calon YDP dan HEWI menang tanpa bertanding.
Sebanyak 112 undian diterima, tujuh daripadanya undi rosak. Setelah proses undian tamat dan pengumuman rasmi undian calon telah diumumkan oleh Pengarah SPR BKPJM, Ust Muhammad Anuar Bin Muhammad Kamal. Mendahului bilangan undi, Ustaz Zulfekri Bin Abdullah sebanyak 104 undi, Ustaz Mohd Khairul Anwar Tajuddin dan Ustaz Mohd Syafiq Safwan Bin Haris masing-masing 100 undian. Ustaz Nuruddin Zanki Bin Hamzah, 95 undian, Ustaz Farhan Tamin 93 undian, Ustaz Mohd Nur Bin Ahmad, 90 undian, Ustaz Nabhan Bin Mohd Nor 79 undian dan Ustaz Shahrul Nizam Aris 74 undian.
Maka, kesemua calon kecuali Ustaz Shahrul Nizam Aris terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa Tadbir BKPJMsesi 2008/2009.
Mesyaurat ditawaquf sementara pada jam 6.00 petang untuk berbuka puasa dalam disambung semula selepas solat Maghrib. Mesyuarat selesai pada jam 9.30 malam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan