Seperti mana saban tahun, Panitia Kecemerlangan Akademik ( PAKAR ) yang merupakan sebuah unit di bawah Unit Pengetahuan dan Bimbingan BKPJM, akan mengadakan operasi gerak gempur bagi meningkatkan tahap kecemerlangan akademik di kalangan ahli BKPJM.Namun pada kali ini, modus operandi unit PAKAR agak berbeza berbanding semester-semester sebelum ini. Jika sebelum ini, hala tuju pemantapan akademik yang dibuat oleh unit ini berteraskan kelas-kelas tutorial yang dibuat oleh para tutor, namun untuk semester ini ,PAKAR mengetengahkan modus operandi yang baru, berbeza dan lebih segar untuk para ahli.
Pada kali ini unit PAKAR cuba untuk memfokuskan kepada teknik belajar berkumpulan (study group) sebagai teras utama. Keputusan ini diputuskan setelah perbincangan berkenaan pro dan kontra metodologi ini yang dibuat antara jawatankuasa unit berserta dengan ketua-ketua jabatan setiap kuliyyah. Keputusan diambil sebulat suara oleh ahli unit PAKAR berdasarkan keberkesanan dan signifikan yang dapat dihasilkan menerusi kaedah 'study group'.
Selain mewujudkan suasana perbincangan dan perkongsian ilmu, study group dilihat sebagai medium utama untuk mengukuhkan lagi kemahiran ahli dalam membaca kitab sendiri tanpa menadah makna dan pemahaman daripada para tutor.
Walaubagaimanapun, kelas tutorial tetap akan dijalankan memandangkan kedua-dua kaedah ini (study group & tutorial) mempunyai kekuatan masing-masing. Bezanya, pada semester ini kelas tutorial akan berjalan awal iaitu sekitar bulam Mac, dan para tutor dikehendaki menghabiskan silibus selama sebulan. Setelah tamat sesi tutorial sepanjang bulan Mac, bermulanya pada bulan April hingga sebelum peperiksaan pula adalah waktu untuk para ahli berdiskusi dalam study group mereka.
Pihak PAKAR tidak akan membiarkan perjalanan study group berlalu begitu sahaja antara ahli kumpulan, tetapi para tutor juga dikehendaki duduk bersama-sama dengan mereka dan menjadi pembimbing agar segala kefahaman dalam sesi diskusi tidak terkeluar dari kefahaman yang sebenar. Ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat ilmiah dan menghidupkan kembali hubungan dua hala (memberi dan menerima) antara para tutor dan ahli kumpulan.
Segala ini dilakukan untuk memantapkan lagi teknik pembacaan kitab oleh para ahli serta tidak terlalu bergantung kepada kelas tutorial yang diadakan. Unit PAKAR juga mahukan ahli bersedia untuk menerima pembaharuan ini. Para ahli perlu belajar untuk berdikari dan tidak terlalu bertongkat kepada abang senior semata-mata kerana prinsip PAKAR adalah lebih cenderung untuk menyokong supaya segala permasalahan dan ketidakfahaman dalam akademik ditanyakan terus kepada para pensyarah (masyeikh) di bilik kuliah.
Anda boleh memuat turun jadual toturial yang telah disediakan di ruangan " Kongsi BKPJM " (format PDF).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan