KAHERAH, 20 Ogos 2009: Seluruh tenaga kerja Unit Penerangan dan Pernerbitan yang terdiri dari Krew Buletin Al Jauhar, Al Jauhar blog, Krew Sukej, Krew Al Isytaq dan Krew BCC mengalu-alukan perlantikan Dr Muhammad Yazid Hanzir sebagai Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP) BKPJM sesi 2009-2010.Perlantikan beliau dikatakan tepat dengan latar belakang serta kemahiran beliau. Seluruh warga UPP mengharapkan perlantikan beliau bagi meneruskan kesinambungan yang cemerlang dari saudara Syafiq Safwan Harith mantan Ketua UPP BKPJM sesi 2008-2009. Dengan perlantikan beliau sebagai ketua Unit Penerangan dan Penerbitan dilihat bakal mencetuskan momentum baharu dalam pentadbiran UPP.
Mesyuarat AJKT kali pertama bagi sesi 2009-2010 telah diadakan di Maktabah Asrama Pelajar Johor Hayyu Thamin dan dihadiri oleh kesemua AJKT dan dua wakil HEWI kecuali saudara Mohd Khairul Anwar Tajuddin, Zulfekri Abdullah dan Mohd Farhan Tamin yang masih berada di Malaysia.
Berikut adalah barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir yang lain bagi sesi 2009-2010:
Basir MohamedSyed Miftahul Ulum Syed Mustafa Kamal ditugaskan untuk memangku jawatan Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah. Jawatan Setiausaha Agung pula dipangku oleh saudara Mohd Nur Ahmad manakala jawatan Bendahari dipangku oleh saudara Muhammad Yazid Hanzir. - aljauhar
Yang DiPertua
(Lajnah Perancang)
Mohd Khairul Anwar Tajuddin
Timbalan Yang DiPertua
(Lajnah Dakwah dan Tarbiah)
Zulfekri Abdullah
Setiausaha Agung
(Lajnah Pendaftaran)
Mohd Nur Ahmad
Timbalan Setiausaha Agung
(Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Sukan)
Mohd Farhan Tamin
Bendahari
(Lajnah Ekonomi)
Ahmad Daniel Mohmad Hassan
Ketua Unit Pengetahuan dan Bimbingan
Muhammad Yazid Hanzir
Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan
Syed Miftahul Ulum Syed Mustafa Kamal
Ketua Unit Kebajikan dan Tabung Derma
Muhammad Khaidir Hanizan
Ketua Unit Sambutan dan Rehlah
Mohd Amin Sailan
Ketua Unit Perumahan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan