Pertemuan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara AJKT BKPJM dengan Badan Pengurus PMRAM yang baru dilantik pada sesi ini. BKPJM mengucapkan jutaan terima kasih kepada PMRAM atas kesudian menerima BKPJM sebagai tetamu.
Pertemuan tersebut dimulakan dengan ucapan pendahuluan yang disampaikan oleh YDP BKPJM, Saudara Yazid bin Hanzir. Seterusnya pengenalan diri setiap AJKT BKPJM dan Badan Pengurus PMRAM untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Kemudian ucapan daripada BP Angkat BKAN Johor iaitu saudara Abdul Naafiq Taqiuddin Mohd Roslan, Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa disusuli dengan ucapan daripada saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi, Timbalan Presiden juga BP Angkat BKAN Johor selaku wakil Presiden. Kemudian, sesi ramah mesra dan soal jawab antara kepimpinan BP PMRAM dan AJKT BKPJM untuk saling berta’aruf dan bertukar-tukar pandangan.
Di akhir pertemuan, BKPJM penyampaikan sedikit cenderahati kepada Badan Pengurus PMRAM dan sesi bergambar sebagai tanda kenangan. -aljauhar


Tiada ulasan:
Catat Ulasan