Kaherah, 15 Ogos – Kebajikan dan perpaduan
bertepatan dengan cogan kata Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir
(BKPJM) sehingga kini terus memainkan peranan dalam mengambil berat terhadap
isu keselamatan yang berlaku. BKPJM telah membuat pertemuan bersama
mahasiswa/wi yang menghuni di Asrama
Pelajar Johor Rabaah (APJ 4) dan Asrama Pelajar Johor Hayyu Thamin (APJ 8) bagi
memberi penerangan berikutan isu semasa
Mesir yang sedang bergolak dan tidak stabil.
Dalam pertemuan tersebut, Yang DiPertua BKPJM,
Mohamad Syakirin bin Mohd Khalid menasihati kepada semua penghuni APJ 4 dan APJ
8 agar sentiasa mematuhi pekeliling dan panduan semasa yang dikeluarkan oleh
KBMK. Selain itu juga YDP BKPJM menekankan agar pertingkatkan keselamatan
sesama ahli dan elakkan untuk keluar daripada premis jika tiada keperluan yang
mendesak.
Tambahan pula, BKPJM juga telah
memaklumkan kepada para penghuni premis mengenai pembukaan 2 bilik operasi keselamatan,
sebuah bilik operasi di APJ 4 bagi mahasiswi manakala sebuah lagi di APJ 8 bagi mahasiswa. Bilik
operasi keselamatan ini telahpun mula berfungsi pada hari ini sehinggalah
keadaan Mesir kembali stabil. Bilik operasi keselamatan berperanan bagi
memudahkan penyusunan dan penyelarasan maklumat ahli-ahli yang berada di bumi
Mesir ini.
Bagi sebarang permasalahan yang dihadapi
terus hubungi ke talian Hotline YDP BKPJM, Mohamad Syakirin bin Mohd Khalid
(+20111-6452564) atau Pemangku Ketua Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKPJM ke
talian (+20112-6320224). BKPJM terus perkukuh agenda kebajikan.
“KEFAHAMAN MELAHIRKAN GERAKAN MEMANGKIN KESATUAN”
“MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN”




Tiada ulasan:
Catat Ulasan