KAHERAH, 31 Oktober 2015 – Badan Kebajikan Pelajar Johor di
Mesir (BKPJM) di bawah Unit Sambutan dan
Rehlah telah mengadakan lawatan ke Abu Ila' , gedung pakaian musim sejuk
yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan pelajar Malaysia di Mesir. Lawatan
telah dijalankan pada 31 Oktober yang lalu. Lawatan ini bertujuan sebagai
persediaan buat para ahli, terutama pelajar-pelajar baru untuk menghadapi musim
sejuk yang bakal tiba tidak lama lagi.
Sebuah bas mini telah ditempah yang memuatkan 47 orang
siswa, termasuk diiringi fasilitator muzakarah berkelompok, Ustaz Yassarudin bin Samsul. Rombongan ini telah
bertolak jam 4.45 petang dan tiba di Abu
Ila' pada jam 5.45 malam setelah melalui
lalu - lintas yang agak sesak.
Para peserta rombongan sangat teruja sepanjang lawatan
berlangsung. Pelbagai perkara baru telah mereka pelajari terutama cara
berkomunikasi dalam berjual – beli dengan masyarakat Arab Mesir. Ikatan Ukhuwah
persaudaraan sesama ahli juga semakin erat.
“Lawatan ini sememangnya aktiviti tahunan yang dijalankan
oleh Unit Sambutan dan Rehlah bagi
memastikan kebajikan ahli – ahli BKPJM sentiasa terjaga,” ujar Saudara Aizat
Bin Shahadan selaku Ketua Unit Sambutan dan Rehlah pada sesi 2015/2016.
Rombongan selamat
tiba di Asrama Rumah Johor Hayyu Thamin pada jam 9.30 malam.
" Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan "
"Kebajikan dan Perpaduan"
"Kebajikan dan Perpaduan"
"Setia bersamamu BKPJM"


Tiada ulasan:
Catat Ulasan