Untuk makluman semua ahli BKPJM satu Majlis Menandatangani Perjanjian Pembelian Rumah Johor yang baru akan diadakan seperti butiran berikut:
Hari : Khamis
Tarikh : 7 hb Jun 2007
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Malaysia Abasiah Kaherah
Sehubungan dengan itu kami mengalu-alukan kehadiran ahli BKPJM (terutamanya di Kaherah) supaya dapat menghadirkan diri pada malam tersebut.
Segala kerjasama yang diberikan , pihak kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Pakaian (Lelaki)
-Pakaian sut gelap
-berkasut hitam
Pakaian (Perempuan)
-berjubah
-tudung berwarna krim
Perhatian:
Kepada mereka yang bersetuju untuk menghadirkan diri ke majlis ini , sila sahkan kehadiran anda sebelum 6 Jun 2007 . Anda boleh menghubungi :
Kaherah :
YDP BKPJM - 0106109675
TYDP BKPJM - 0121119263
S/U BKPJM - 0108938737
Muhafazah :
Sila berhubung melalui mandub/mandubah masing-masing.
Sekian,untuk makluman.
Ahad, 3 Jun 2007
Makluman Terkini : Majlis Menandatangani Perjanjian Pembelian Rumah Johor
0 komen. Hantar Komen? Klik Sini
Kategori YDP
Rabu, 30 Mei 2007
Keputusan majoriti hakim 2:1 tolak permohonan Lina Joy
PUTRAJAYA, 30 Mei - Akhirnya, keputusan yang dinanti-nanti umat Islam tercapai apabila majoriti hakim 2:1 menolak permohonan Azlina Jailani, 42, untuk membuang status agamanya daripada kad pengenalan beliau.
Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim bersama seorang lagi hakim Dato' Alauddin Dato' Mohd Sheriff mengetepikan permohonan Azlina, yang lebih popular dengan nama Lina Joy, manakala seorang lagi hakim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Dato' Richard Malanjun membenarkan permohonan tersebut.
Keputusan yang ditunggu-tunggu itu disambut dengan gemuruh takbir oleh lebih 500 umat Islam yang hadir sejak awal pagi di perkarangan Mahkamah Persekutuan, dekat sini.
Walaupun permohonan Lina Joy seolah-olah tiada kaitan dengan isu menukar agama tetapi implikasi sebenarnya adalah berkaitan hal murtad, yang begitu sensitif kepada umat Islam.
Menurut keputusan mahkamah, Lina Joy, yang telahpun menukarkan agamanya kepada Kristian, perlu mendapatkan sijil pengisytiharan daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia tidak lagi menganut agama Islam sebelum Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh menggugurkan perkataan "Islam" dalam kad pengenalannya.
Ahmad Fairuz berkata JPN berhak untuk mengenakan syarat kepada Lina Joy memintanya mengemukakan sijil atau deklarasi atau satu perintah daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia keluar daripada Islam sebelum bertindak menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.
Menurut laporan Bernama, Lina mengemukakan rayuan itu kepada Mahkamah Persekutuan setelah Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada 19 Sept 2005 menghalangnya daripada menggugurkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya dengan alasan bahawa tindakannya keluar daripada Islam tidak mendapat pengesahan daripada Mahkamah Syariah atau pihak berkuasa Islam yang lain.
Permohonan kepada Mahkamah Rayuan itu dilakukan setelah Mahkamah Tinggi, pada April 2001, menetapkan bahawa sebagai seorang Muslim, dia tidak boleh keluar daripada Islam, dan soal keluar daripada Islam, perlu diputuskan oleh Mahkamah Syariah.
Lina menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad, sebagai responden.
Pada 2 Feb 1997, dia memohon kepada JPN untuk menukar namanya kepada Lina Joy dengan alasan dia telah menganut agama Kristian tetapi permohonan itu ditolak pada 11 Ogos 1997.
0 komen. Hantar Komen? Klik Sini
Kategori YDP