Selasa, 29 Jun 2010

Al Fatihah

BATU PAHAT, 29 Jun 2010: Ayahanda kepada ahli BKPJM saudara Mohd Qistas,  Ustaz Hj Saja@ Mearaj bin Patani telah kembali ke rahmatullah jam 10 pagi waktu Malaysia. Allahyarham juga merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Negeri Johor, dan Ketua Urusan Ulama, Batu Pahat meninggal seorang balu Hjh Maimunah binti Ramli dan tiga orang anak perempuan dan 3 orang anak lelaki.

Pihak BKPJM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga allahyarham dan mendoakan agar di tempatkan di kalangan para Nabi, syuhada dan para solihin. -al jauhar

Khamis, 24 Jun 2010

Mohd Yazid kemalangan

PONTIAN - 21 JUN 2010: Mantan Yang DiPertua BKPJM juga mantan Badan Pengurus PMRAM telah mengalami kemalangan. Kejadian berlaku di kilometer 3.2 di Jalan Benut, Simpang Renggam.

Kemalangan ini melibatkan beliau yang menunggang motorsikal dan sebuah kereta selepas pulang dari mengajar di Sekolah Menengah Agama Arab Bugisiah. Beliau dipercayai gagal memotong kereta yang secara tiba-tiba belok ke kanan, lalu beliau gagal mengelak dan terus merempuh kereta tersebut.

Ustaz Mohd Yazid Pardi terus di bawa ke Hospital Pontian, Johor. Kemudian beliau di tempatkan di wad selama 3 hari. Pihak YDP BKPJM dan AJKT dan HEWI mendoakan agar beliau cepat sembuh dan dapat menyambung kembali tugas seperti sediakala dan terus dapat berkhidmat kepada masyarakat. - aljauhar