Rabu, 28 Julai 2010

AF '10 Ditutup Dengan Penuh Kesedaran

KAHERAH; 25 Julai 2010: Bersamaaan 13 Syaaban 1431 merupakan hari penutup The Second Annual Festival of BKPJM (AF 10) yang telah berlansung dari 18 Julai-25 Julai 2010.Dengan berbekalkan nusroh Allah swt,Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi majlis berjalan dengan tenang dan lancarnya.Majlis penutup pada malam tersebut dinamakan Malam Penyatuan.Kehadiran mahasiswa dan mahasiswi Johor dari pelbagai  fakulti hampir memenuhi dewan.

Antara agenda program yang menyentuh sanubari hadirin yang hadir pada malam itu adalah sebuah sajak yang dideklamasikan oleh ustaz Syed Miftahul Ulum bin Syed Mustafa Kamal.Kelihatan wajah mahasiswa dan mahasiswi ketika itu begitu menghayati setiap bibit - bibit yang di lontarkan.

Konklusi yang dapat di adaptasi ialah betapa pentingnya berpesatuan.Kesatuan yang terbina sudah lama utuh.Dan kesatuan ini mengharapkan lahirnya rantai-rantai penyambung generasi agar kesatuan yang terbina terus gah.Diksi yang diungkap oleh Us Syed Miftahul Ulum benar menyentuh sanubari dan ada yang menitiskan airmata.Masing-masing mendalami tanpa terlafaz di bibir.

Majlis Malam Penyatuan ini diteruskan dengan memotong kek gergasi.Pemotongan kek diketuai oleh YDP BKPJM saudara Basir bin Mohamad serta diiringi mandub disetiap cawangan.Selepas pemotongan , kek di agih-agihkan kepada mandub cawangan untuk disuap kepada semua ahli yang hadir pada malam itu.Interprestasi yang dapat diambil ialah untuk memantapkan lagi ukhwah sesama ahli BKPJM.

Semoga dengan program sebegini dapat mengukuhkan semangat berpesatuan dikalangan ahli dengan mempertingkatkan  kredibiliti Azhari dan Azhariah selaku pendokong aspirasi pejuang ummah serta memantapkan lagi thaqafah,keilmuan dan kebersamaan dilakangan  pemimpin dan ahli lantas memperkasakan keseluruh objektif yang digariskan. -aljauhar

Isnin, 26 Julai 2010

Projek Sumbangan Amal Palestin IV

KAHERAH,11 Julai - Projek Sumbangan Amal Palestin (PROSMA IV) pada tahun ini diteruskan lagi demi meneruskan misi kemanusiaan dalam mengumpul dana bagi mangsa kekejaman Zionis. projek yang diletakkan di bawah seliaan Lajnah & Unit Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM ini dengan menggunakan modus operandi jualan barangan terpakai hasil kutipan daripada sumbangan ahli.

(Klik pada gambar untuk lebih jelas)

Projek ini telah dilancarkan sejak 2007 dan tahun ini merupakan tahun keempat projek ini dilansungkan. Konsep pada tahun ini tetap diteruskan seperti sebelum ini memandangkan barangan terpakai di dalam simpanan PROSMA telah dijual pada PROSMA III.

Pengarah PROSMA IV Saudara Hafiz B Ahmad ketika ditemui menyebut bahawa gerak kerja telah dijalankan pada hari ini dan penyumbang boleh menyerahkan sumbangan masing-masing berdasarkan kriteria barang yang telah ditetapkan. Beliau juga mengharapkan kerjasama dari semua pihak dipelbagai peringkat dalam memberi sumbangan agar projek ini dapat direalisasikan.

Sebarang rujukan bolehlah menghubungi Unit Kebajikan BKAN dan DPM masing-masing bagi mendapatkan maklumat atau terus menghubungi:

Pengarah PROSMA IV Saudara Hafiz Ahmad di talian 011-1092289 dan 
Timb. Pengarah PROSMA IV Saudari Norhanizam Bt Saion 011-6417275.

Sumber: PMRAM.org