Jumaat, 9 Mac 2012

PULANGNYA SEBUTIR PERMATA


KAHERAH,8 MAC 2012: Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan jasa. Syarifah Masykurah Binti Syed Mustafa Kamal merupakan graduan dari Universiti Al-Azhar Kaherah daripada jurusan Syariah Islamiah telah pulang ke Malaysia semalam. Beliau merupakan mantan AJK HEWI  bagi Unit Pengetahuan dan Bimbingan sesi 2009/2010 dan Setiausaha HEWI sesi 2010/2011. Beliau juga merupakan aktivis BKPJM yang banyak memberikan sumbangan bagi melicinkan perjalanan BKPJM.

Kami dari pihak BKPJM mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala bantuan dan sumbangan yang telah diberikan. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan memberkati urusan beliau.Selamat menyambung perjuangan di bumi Malaysia.

Khamis, 1 Mac 2012

KONVENSYEN DPM KALI KE-4


ZAGAZIG, 29 FEBRUARI - PMRAM  telah menganjurkan Konvensyen DPM kali ke-4 (ABADI’12) di Dewan Muktamarat Kubra, Universiti Zagazig. Tema konvensyen kali ini ialah Menuju Memori 20 Tahun DPM, Bentuk Wehdah Jana Ummah. Program bermula  dengan pendaftaran pada jam 7.45 pagi dan diikuti dengan slot-slot yang membawa para perwakilan menyelusuri sejarah DPM itu sendiri. Program berakhir sekitar jam 11 malam. Perwakilan dari BKAN JOHOR seramai 17 ikhwah dan 17 akhawat, bersama 6 pemerhati ikhwah dan 7 pemerhati akhawat.

               Tujuan konvensyen ini diadakan adalah untuk menyelesaikan masalah pentauziqan pelajar pengajian Islam ke muhafazah. Sedia maklum, sudah dua tahun tiada pelajar dari pengajian Islam yang dihantar ke muhyafazah. Dengan himpunan yang menggabungkan seluruh PMRAM cawangan samada BKAN dan DPM, resolusi dapat dicapai melalui gabungan idea dan cadangan yang dilontarkan. Ini menunjukkan para mahasiswa dan mahasiswi cakna dengan permasalahan DPM yang semakin meruncing.

               Dengan harapan, pihak PMRAM dapat menangani masalah pentauziqan pelajar pengajian Islam ke muhafazah sekaligus menjayakan resolusi yang telah disepakati. -Al-Jauhar.