NADI
SYABAB, 26 April 2013 – Riadah Fatayat merupakan aktiviti penutup bagi
muzakarah berkelompok gabungan akhawat sebelum imtihan. Riadah Fatayat ini
dianjurkan oleh Unit Dakwah dan Tarbiah HEWI BKPJM dengan kerjasama Lajnah
Kesenian , Kebudayaan dan Sukan HEWI
yang bertempat di Nadi Syabab
Hayyu Hadis, Kaherah.
Tujuan
riadah ini diadakan bukan hanya untuk mengeratkan tali persaudaraan antara
adik-beradik akhawat BKPJM, bahkan mengadaptasikan kata-kata Rasulullah SAW, “
Allah lebih menyukai mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah.” Disamping,
menjadikan minda lebih cerdas dalam proses kefahaman dan hafazan untuk menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.
Riadah
Fatayat dimulakan dengan bacaan pembuka majlis dan senaman ringan, serta pembahagian
kumpulan. Acara diteruskan dengan
permainan “ Giant Skipping”. Permainan ini merupakan permainan yang menguji keberanian
dan kekuatan fizikal setiap peserta. Setelah ketiga-tiga kumpulan berentap, dan
akhirnya dijuarai oleh kumpulan pertama. Acara diteruskan dengan permainan “
Timber Ball”. Permainan kedua ini dimulakan dengan persaingan antara kumpulan
kedua dan ketiga. Akhirnya, permainan ini juga dimenangi oleh kumpulan pertama.
Riadah
ini telah mendapat sambutan dengan baik yang ditunjukkan oleh setiap peserta.
Tambahan pula, kehadiran 3 orang HEWI PMRAM, termasuk 2 orang HEWI angkat Johor
iaitu saudari Siti Hajar Aisyah binti Sakdon dan saudari Nazuha binti Mohd Suhimi turut memeriahkan lagi suasana Riadah Fatayat
ini. Riadah ini akhirnya berakhir pada jam 1 petang.
BKPJM
mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh setiap peserta.
Pihak BKPJM mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menghadapi imtihan
buat seluruh anak Johor baik ikhwah mahupun akhawat. Semoga kejayaan itu menjadi
milik kita bersama. Jika kita jaga hubungan dengan Allah Taala, maka Allah akan
jaga hubungan kita dengan manusia.
