KAHERAH, 14 Julai - Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) telah mengadakan satu program mengedarkan “Syantoh Ramadhan” ke rumah ahli di sekitar kaherah. Pengedaran Syantoh Ramadhan telah dikendalikan Unit Kebajikan Dan Tabung Derma (UKTD) dengan kerjasama Unit Dakwah dan Tarbiah (UDT) BKPJM sesi 2012/2013.
Buat
julung kalinya pengedaran Syantoh Ramadhan diadakan bertujuan untuk memberi sumbangan
sempena bulan Ramadhan kepada ahli - ahli yang tinggal di asrama pelajar Johor
dan juga di rumah sewa. Program seperti ini menjadi wadah dalam merapatkan
hubungan ukhuwah Islamiyah sesama ahli BKPJM itu sendiri.
Syantoh
Ramadhan yang diedarkan adalah barang keperluan masakan yang berupa beras, minyak
masak, gula, garam, susu dan kurma . Pengedaran bekalan ramadhan bermula dari Hayyu Sabi’e , Hayyu Sadis , Hayyu Asyir, Manhal ,
Abideen dan berakhir di Rumah Johor Raba’ah dan Hayyu Thamin.
BKPJM
mengharapkan dengan pengedaran Syantoh Ramadhan ini, sedikit sebanyak dapat
meringankan kos perbelanjaan ahli - ahli dalam mengharungi bulan Ramadhan yang
mulia ini. Akhir kalam, selamat menjalani ibadah puasa buat semua ahli BKPJM. Siiru ‘ala
barakatillah.
“Madrasah Ramadhan Manifestasi Tarbiah”
“Kefahaman Melahirkan Gerakan Memangkin Kesatuan”




