Kaherah,10
Ogos 2013-Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir telah melaksanakan satu
program mega pada hari raya aidilfitri iaitu MEKAR ’13 singakatan bagi Mesra
Kasih di Aidilfitri. Antara objektif utama MEKAR ’13 yang dilaksanakan oleh
BKPJM ialah menanamkan sifat kasih sayang di antara semua mahasiswa dan
mahasiswi yang berada di Mesir samada pengajian islam mahupun sains.
Majlis
ini bermula seawal pada jam 6.30 dan dimulai dengan solat fardhu maghrib berjemaah
dan alunan ayat suci al-quran yang disampaikan oleh Ustaz Yassarudin Bin
Samsul, disusuli dengan ucapan pengarah MEKAR ’13 iaitu saudara Ainuddin Bin
Abu Jamil dan ucapan Yang di Pertua BKPJM saudara Mohamad Syakirin Bin Mohd
Khalid. Seterusnya ucapan perasmian dari Presiden PMRAM Ustaz Abdul Aziz Bin
Ali dengan ini sekaligus melaksanakan gimik perasmian MEKAR ’13.
Program
diteruskan dengan tayangan video promo dan sequel, serta nyanyian lagu tema
raya MEKAR ’13 beramai-ramai. MEKAR’13
ini diwarnai dengan senyum dan gelak ketawa anak Johor yang hadir lebih-lebih
lagi dengan lagak santai moderator majlis iaitu saudara Mohd Helmi bin Mohd Nor
Hisham dan saudara Seterusnya tayangan video raya yang bertajuk “Kedai Kasut” yang disampaikan oleh
Unit Teknikal dan Multimedia program memberi mesej berkaitan menghargai kedua
ibu bapa.
Program diserikan lagi dengan sajak dan sketsa
ringkas yang disampaikan oleh saudara Syed Miftahul Ulum bin Syed Kamal,
saudara Kamarul Adha dan saudara Mohd Naqib bin Mohd Nor. Kemudian, Majlis
diserikan sketsa “Abid dan syaitan” yang mendapat perhatian ramai dari penonton
yang hadir. Seterusnya gimik penyatuan anak-anak Johor bagi setiap muhafazah
dilancarkan sebagai simbolik penyatuan anak-anak Johor di Mesir di bawah wadah
kesatuan BKPJM. Kemudian, majlis memberi laluan kepada Unit Kebajikan dan
Tabung Derma untuk menyampaikan sumbangan TDEB kepada
ahli-ahli BKPJM dan juga penyampaian hadiah bagi pertandingan Bait Mithali di
bawah Unit Perumahan Hewi.
Program
berakhir dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Ustaz Aliffuddin Bin Ramlee
dan solat isya’ secara berjemaah. Pihak BKPJM mengucapkan jutaan terima kasih
kepada semua yang membantu menjayakan MEKAR’13 terutamanya adhoc-adhoc
pelaksana dan Ahli Jawatankuasa Kecil MEKAR’13. Tidak dilupakan kepada semua yang
dapat meluangkan masa walau seketika bagi memeriahkan lagi MEKAR’13 ini. Di
kesempatan ini, BKPJM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan
batin kepada semua anak-anak Johor di Mesir.
"Kepulangan Dinanti, Lebaran Dirai"
"Kepulangan Dinanti, Lebaran Dirai"



