Khamis, 13 Februari 2014

Ziarah Mutazawwijin di bumi Tanta

11 FEBUARI, TANTA – Saudara Mohamad Syakirin B. Mohd Khalid, Yang DiPertua BKPJM  telah  berkunjung menzirahi 2 pasangan ahli Johor yang berkahwin di muhafazah Tanta. Ziarah tersebut adalah dengan kerjasama Ketua Bait Muslim cawangan Johor, saudara Syed Miftahul Ulum B. Syed Mustafa Kamal dan pasangan.  Turut serta dalam ziarah tersebut Ketua Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKPJM, saudari Amira Afina Bte. Jamaludin, seorang wakil dikalangan Ahli Jawatan Kuasa Tadbir (AJKT) BKPJM dan juga Ahli Jawatan Kuasa HEWI.

 Ziarah dan kunjungan tersebut bertujuan menjaga kebajikan ahli mahupun sudah berkahwin dan mengeratkan lagi hubungan sesama ahli dan juga sesama pasangan yang  berkahwin.

Wakil BKPJM telah selamat tiba di Tanta pada jam 12.30 tengahari. Destinasi pertama yang diziarahi adalah rumah saudara Al-Azmie B. Rosdiyanto dan juga pasangan. Seterusnya pada jam 2 petang, wakil BKPJM telah menziarahi ke rumah saudara Abul Hussin Al-Hadi B. Ashaari juga pasangan. Menambah serikan lagi ziarah tersebut dengan kehadiran cahaya mata baru pasangan saudara Abul Hussin Al-Hadi. Dalam ziarah tersebut, BKPJM telah menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan masakan kepada setiap pasangan.

BKPJM mengucapakan jutaan terima kasih di atas kesudian tuan rumah menerima kunjungan dan ziarah dari kami. Semoga dengan ziarah sebegini dapat menambah eratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama ahli BKPJM.

"KEBAJIKAN & PERPADUAN"
"BKPJM KELUARGA KITA"






Ahad, 2 Februari 2014

REHLAH KE BUMI DAMIETA




DUMYAT, 3 FEBUARI- Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Di Mesir di bawah Unit Sambutan dan Rehlah telah menganjurkan rehlah ke muhafazah Dumyat. Seramai 45 peserta dan seorang musyrif telah menyertai dalam program rehlah tersebut. Program rehlah merupakan antara salah satu wasilah tarbiyah. Sehubungan dengan itu, rehlah ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli, melihat suasana di luar muhafazah kaherah ,menghayati setiap ciptaan Allah sepanjang perjalanan, secara tidak langsung ianya dapat menjayakan  resolusi konvensyen PMRAM  iaitu kempen “Jom Jelajah DPM (Dewan Pewakilan Muhafazah)”.

Semua ahli rombongan telah berkumpul di Rumah Johor Hayyu Thamin pada waktu yang ditentukan. Ketua Unit Sambutan dan Rehlah BKPJM, saudara Ainuddin bin Abu Jamil telah memberi taklimat ringkas dan bacaan doa sebelum perjalanan bermula ke destinasi yang ingin dituju. Perjalanan menuju ke destinasi pantai Dumyat mengambil masa selama tiga jam setengah dari Kaherah. Setibanya di sana,  para ahli rombongan terus melakukan solat jama’ takdim, makan tengahari dan terus melakukan aktiviti bebas mengutip kerang. Selama 4 jam  berada di pantai Dumyat dan diakhiri dengan persiapan mengemas barang-barang bagi berangkat pulang ke kaherah pada jam 4.30 petang.


Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir mengucapkan  ribuan terima kasih kepada adik-beradik BKPJM  kerana telah menjayakan program rehlah pada kali ini sekaligus menjayakan tema  pada tahun ini “BKPJM KELUARGA KITA”.

“KEFAHAMAN MELAHIRKAN GERAKAN MEMANGKIN KESATUAN”
“MENYEMAT IZZAH MERIBAT UKHUWWAH”