Sabtu, 24 Januari 2015

KEMPEN PELANCARAN JOM MUSYRIF


KAHERAH,6 NOV- Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di  Mesir (BKPJM) 14/15  dibawah Unit Kebajikan dan Kemanusiaan  telah menganjurkan satu program yang diberi nama ‘JOM MUSYRIF’. Antara objektifnya ialah membantu  dan juga menjaga keselamatan dalam  kalangan ahli. ‘KEMPEN JOM MUSYRIF’ telah dirasmikan oleh Yang diPertua BKPJM, saudara Usamah Bin Aris.
                  Antara pengisian yang disusun oleh pihak penganjur ialah penerangan etika musyrif yang disampaikan oleh saudara  Wan Mohd Aniq Azizi Fitri Bin Zainudin dan Ustaz Muhammad  Arif Bin Haron  dan sesi soal jawab mengenai masalah musyrif dalam kalangan ahli serta jualan button ‘JOM MUSYRIF’.

            Akhirnya, majlis melabuhkan tirai dengan penyerahan watikah perlantikan kepada barisan musyrif yang telah dilantik. Diharapkan dengan berlangsungnya program ini, dapat membina satu sifat kerjasama dan  toleransi dalam kalangan ahli serta  dapat menjaga kebajikan ahli di Ardhu Kinanah ini.

Rabu, 3 Disember 2014

BKPJM KOMITED DALAM MENYELESAIKAN PERMASALAHAN ANAK-ANAK JOHOR DI MESIR







Johor Bahru, Johor -Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir membuat pertemuan dengan pihak Majlis Agama Negeri Johor Bahagian Zakat dalam menyuarakan permasalahan 8 orang pelajar-pelajar Johor di Mesir berkaitan dengan Zakat. Wakil Rasmi BKPJM Ustaz Mohd Helmi Bin Norisham (Penasihat BKPJM sesi 2014/2015) telah mengadakan pertemuan dengan Ustaz Azlan bin Abdullah pada 26 Nov 2014  dan juga dihadiri daripada Ahli Keluarga pelajar ke Majlis Agama Negeri Johor dalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku.Dengan pertemuan sebegini, menggambarkan peranan BKPJM berusaha dalam memperjuangkan hak anak-anak Johor di Mesir bertepatan dengan Usul Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM kali ke 32 yang telah disepakati bersama iaitu MEMPERTAHANKAN HAK ANAK_ANAK JOHOR DIMESIR ANTARA TINDAKAN MENJADIKAN BKPJM SEBAGAI SUARA RASMI ANAK-ANAK JOHOR  KEPADA PIHAK BERWAJIB. Selain itu, dalam Pembawaan BKPJM pada sesi ini meletakkan Subtopik pertama iaitu SETIA BERSAMAMU BKPJM dibawah pecahan ke 3 PERANAN BKPJM PERTAHANKAN HAK ANAK-ANAK JOHOR DI MESIR.
BKPJM sentiasa komited dalam menyelesaikan masalah dikalangan anak-anak Johor di Mesir.