Rabu, 28 Januari 2015

MOTIVASI KECEMERLANGAN : Kearah mahasiswa cemerlang

APJ4, 1 DIS 2014 - Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Mesir (BKPJM) telah mengadakan motivasi sempena imtihan  di Dewan Kutub Sittah, APJ4. Program yang bermula selepas Maghrib ini telah dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Nur Syaza Bin Mohd Jamal dan menampilkan panel-panel yang tidak asing lagi di kalangan anak-anak Johor ini sendiri iaitu Ustaz Muhammad Yahya Bin Syamsul, Ustaz Mohd Syafiee Bin Musni serta Ustazah Amira Afina Binti Jamaludin.
          
              Motivasi sempena imtihan ini adalah antara usaha yang dilakukan oleh BKPJM bagi menyuntik semangat untuk meningkatkan persediaan anak-anak Johor supaya lebih menjaga masa dan peka akan kewajipan menuntut ilmu pada diri masing-masing.

            Antara nasihat yang dikongsikan adalah  perlunya kebijaksaan dalam menyelenggara urusan diri dan persatuan dengan membahagikan masa dengan betul. Berpesatuan bukanlah batu penghalang bagi sesebuah kejayaan, bahkan ia adalah satu batu loncatan ke gerbang kejayaan.

          Semoga motivasi sempena imtihan ini sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak Johor bagi meneruskan ekspidisi hidup di Perlembahan Nil ini. 



Sabtu, 24 Januari 2015

MAWAR 14' : Meraikan pasangan pengantin berlandaskan syariat



KAHERAH, 18 November- Badan Kebajikan Pelajar- Pelajar Johor di Mesir telah mengadakan program Majlis Walimatul Urus (MAWAR ’14). Objektif program ini adalah memberi pendedahan berkaitan perkahwinan berlandaskan syariat, menerangkan etika musyrif dan hisbah serta meraikan pengantin yang baru berkahwin.
Tentatif bermula dengan majlis perasmian oleh Ustaz Haniful Fuad bin Hussin, Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2014. Kemudian, diteruskan lagi dengan pembentangan kitab Hidayatul Arus & Kafa’ah Finnikah yang disampaikan oleh Saudara Mohd Faiz bin Khalid dan Saudari Amira Afina binti Jamaludin. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan forum Unit Bait Muslim (UBM). Tambahan pula, majlis mempersembahkan silat dari Seni Waja Diri  PMRAM dan diteruskan dengan slot taaruf bersama 5 pasangan pengantin. Justeru itu, majlis diakhiri dengan persembahan nasyid PMRAM Cawanagn Johor dari kumpulan Al-Jauhar dan jamuan makan serta bersurai.

Program MAWAR ’14 pada kali ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari semua ahli Johor serta ahli-ahli PMRAM yang lain dan BKPJM mengharapkan objektif MAWAR ’14 ini tercapai dengan jayanya.