APJ4, 1 DIS 2014 - Badan Kebajikan Pelajar-pelajar
Johor Mesir (BKPJM) telah mengadakan motivasi sempena imtihan di Dewan Kutub Sittah, APJ4. Program yang
bermula selepas Maghrib ini telah dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Nur Syaza
Bin Mohd Jamal dan menampilkan panel-panel yang tidak asing lagi di kalangan
anak-anak Johor ini sendiri iaitu Ustaz Muhammad Yahya Bin Syamsul, Ustaz Mohd
Syafiee Bin Musni serta Ustazah Amira Afina Binti Jamaludin.
Motivasi
sempena imtihan ini adalah antara usaha yang dilakukan oleh BKPJM bagi
menyuntik semangat untuk meningkatkan persediaan anak-anak Johor supaya lebih
menjaga masa dan peka akan kewajipan menuntut ilmu pada diri masing-masing.
Antara
nasihat yang dikongsikan adalah perlunya
kebijaksaan dalam menyelenggara urusan diri dan persatuan dengan membahagikan
masa dengan betul. Berpesatuan bukanlah batu penghalang bagi sesebuah kejayaan,
bahkan ia adalah satu batu loncatan ke gerbang kejayaan.
Semoga
motivasi sempena imtihan ini sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi kepada
anak-anak Johor bagi meneruskan ekspidisi hidup di Perlembahan Nil ini.

