Sabtu, 11 April 2009

Munajat Perdana dan Motivasi Kecemerlangan PMRAM 12 April ini

Pihak Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa dan Unit Pendidikan dan Komunikasi Bahasa HEWI Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (BPKB & UPKB PMRAM) 2009, akan menganjurkan Munajat Perdana dan Motivasi Kecemerlangan pada 12 April 2009 bersamaan dengan 16 Rabi'ul Akhir 1430H bertempat di Rumah Johor Baharu di Rabaa'ah.

Majlis akan dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, kemudian bacaan Yaasin serta solat hajat, kemudian solat Isyak berjemaah dan akhir sekali ialah slot motivasi kecemerlangan yang akan disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Hanif bin Haji Naim selaku Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Mesir (BKPJM).

Program tersebut dianjurkan semata-mata untuk menghadapi musim peperiksaan dan pengarah program, Saudara Mohd Yazid bin Pardi merangakap Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa mengharapkan agar semua pihak dapat hadir ke majlis tersebut bagi mengambil seberapa banyak input tentang persediaan menghadapi peperiksaan kelak. Bagi sesiapa yang masih belum mengetahui lokasi Rumah Johor Baru, bolehlah berkumpul terlebih dahulu di Azhar Conference Centre (ACC). Para Mahasiswa dan Mahasiswi dijemput datang beramai-ramai. -www.pmram.org

Ahad, 22 Mac 2009

BAZAR SELAT TEBRAU

Sabtu,20 Mac-Bazaria Johor menjelma kembali dengan beraneka juadah yang baru tersedia, bermula pada 15 mac yang lalu. Kali ini ia diberi nama Bazar Selat Tebrau yang pasti menjanjikan pelbagai juadah enak masakan Selat Tebrau. Sebanyak 13 buah gerai telah dibuka,.4 daripada gerai tersebut merupakan gerai akhawat manakala yang selebihnya dari kalangan ikhwah.Bazar yang selamat dijalankan selama 4 hari berturut-turut itu telah mendapat keuntungan yang besar bagi menjana ekonomi BKPJM. Ia bermula pada jam 1.00 petang dan berakhir pada jam 11.00 malam.

Pelbagai juadah telah dijual antaranya Satey, Nasi Ayam, Nasi Lemak, Roti Canai dan sebagainya termasuk Kuew Teaw yang paling banyak mendapat sambutan. Sementara itu pertandingan juga telah diadakan seperti teka gula-gula, makan buah epal, cabutan bertuah dan pertandingan gerai terbaik. Pada kali ini, gerai terbaik telah dimenangi oleh gerai A & A kitchen dibawah kelolaan Ustaz Roslan Hamim dan Ustaz Azrin Saion manakala pertandingan lain pula seperti teka gula-gula telah dimenangi ustazah Siti Amaliatun Solehah dan makan buah epal telah dimenangi oleh Ustazah Farah Atikah.

Walaupun pada hari pertama bazar kurang mendapat sambutan, namun kedatangan coster daripada muhafazah Iskandariah pada hari kedua telah menghangatkan lagi suasana Bazar Selat Tebrau. Kemeriahan bazar ini diceriakan lagi dengan kehadiran mahasiswa-mahasiswi Mesir dari seluruh negeri termasuk juga sebahagiannya daripada muhafazah yang berdekatan. Pemilihan lagu juga dibuat dikalangan ikhwah mahupun akhawat. Ramai yang mengambil kesempatan ini dengan membuat pemilihan lagu sambil memberi ucapan kepada rakan -rakan mereka.

"Semoga ukhuwah kita terjalin hingga ke akhir hayat." inilah harapan daripada salah seorang ahli jawatan kuasa bazar iaitu Ustazah Syarifah Masykurah. Semoga dengan harapan ini dapatlah kita mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita tanpa perlu ada persengketaan. Program ini berakhir dengan membersihkan kawasan tersebut sebelum pulang ke rumah mereka.