Isnin, 3 April 2006

NYAH HUBUNGAN TIDAK SYAR’IE

Abdeen 23 Mac –Unit Dakwah &Tarbiah telah melancarkan kempen Nyah Hubungan Tak Syar'ie dengan kerjasama pihak Bait Muslim pada awal Mac yang lalu. Kempen ini bertujuan mencegah mahasiswa/wi daripada terjebak ke kancah maksiat. Menurut Ustaz Yohanaz Misuan, pengerusi Bait Muslim BKPJM, kempen ini perlu dipandang serius oleh semua ahli.Ia dirasakan penting lantaran isu-isu yang timbul akibat hubungan tidak syar'ie dikalangan azhari/rat semakin menjadi-jadi.Tambahan pula ada yang memandang enteng hubungan tak syar'ie ini, sehingga terdapat mereka yang diberkas ketika berdua-duaan di dalam sebuah rumah. Tidak dinafikan, setiap manusia mempunyai naluri untuk berkasih dan dikasihi, sepatutnya sebagai azhari/rat memandu diri dengan panduan Ilahi demi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku lagi.Disamping itu, ustaz Azman Shaari, Ketua UDT menasihati agar ahli tidak melayari laman-laman web yang tidak syar'ie.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan