Pada Isnin dan Selasa, 13 dan 14 Mac 2006 bersamaan dengan 13 dan 14 Safar 1427 yang lalu telah diadakan sebuah Muktamar Sanawi PMRAM buat kali yang ke-73 bertempat di Nadi Riadhi, Madinat Nasr. Pada hari pertama muktamar tersebut hanyalah khusus untuk Hal Ehwal Wanita (HEWI) PMRAM manakala pada hari kedua lebih umum untuk Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) meliputi kedua-duanya. Setiap BKAN dan DPM dikehendaki untuk menghantar 20 orang ahlinya sebagai perwakilan untuk menyuarakan sebarang pendapat, cadangan mahupun kritikan terhadap sebuah persatuan yang selama ini banyak berjasa dalam memberikan khidmat kebajikan kepada seluruh mahasiswa/wi yang berada di Bumi Mesir ini. BKPJM turut meghantar seramai 20 orang ahli sebagai perwakilan. Perwakilan BKPJM dengan temanya ‘Memampan Ekonomi Ummah’ seperti yang disyaratkan pada setiap BKAN dan DPM sebagai satu wadah. Namun, BKPJM tidak pulang dengan tangan kosong kerana berjaya merangkul Perwakilan Terbaik dalam Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke-73 itu. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Badan Kebajikan Pelajar Johor Di Mesir.
Isnin, 3 April 2006
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan