“Katakanlah :Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?.Sesungguhnya orang yang berakal lah yang dapat menerima pelajaran.”[Surah Az Zumar :9.]
“Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.Dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”[Surah Al Mujadilah :11]
Dua ayat diatas cukup menerangkan akan kelebihan penuntut-penuntut Ilmu.Martabat penuntut ilmu cukup tinggi disisi Allah taala dan juga disisi manusia itu sendiri.Antara tujuan ilmu ini untuk memberi petunjuk kepada manusia serta mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada kebenaran.Kebenaran ini tidak dapat tidak mestilah berpandukan kepada Al Quran dan Sunnah itu sendiri.
Namun beberapa peringatan diberikan oleh Ulama terdahulu kepada penuntut Ilmu sebagaimana yang terdapat di dalam Matan Sofwatul Zubad Karangan Imam Ibnu Araslan Ar-romli atau dikenali Ibnu Roslan:
“Orang yang alim dengan ilmunya akan tetapi tidak beramal dengannya # Akan diazab sebelum daripada penyembah berhala”
Hadis Nabi juga ada menyebutkan:
(( لا تزول قدما عبد يوم القيامة حتى يسأل عن أربع : عن عمره فيما أفناه، وعن علمه ماذا عمل فيه، وعن ماله من أين اكتسبه وفيما أنفقه، وعن جسمه فيما أبلاه ))
“Tidak akan bergeser dua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sampai dia ditanya tentang empat hal : Tentang umurnya untuk apa ia habiskan? Tentang ilmunya, apa yang telah ia amalkan? Tentang hartanya, dari mana ia memperolehnya dan kemana ia belanjakan? Dan tentang jasmaninya, untuk apa ia gunakan?”
Bagaimana kita hari ini?
Adakah dengan dengan ilmu yang kita ada mampu untuk menegah kita daripada perbuatan yang tidak sepatutnya?
Adakah kita tahu bahawa maksiat itu haram untuk diri kita?
Berapa banyak lagi maksiat yang harus kita lakukan lagi untuk mendapat kemurkaan Allah?
Tinggalkan lah maksiat wahai sahabat-sahabat ku!.Ingatlah setiap perbuatan itu ada balasannya.
Ingatlah wahai sahabat-sahabat ku! senantiasa kita waspada dari berbagai macam kemaksiatan kerana kemaksiatan akan menghalangi datangnya ilmu pada kita.
Al-Imam As-Syafi’i suatu ketika pernah berkata kepada gurunya iaitu Al-Imam Waqi’ Ibnu Jarrah;
شكوت إلى وكيع سوء حفظي … فأرشدني إلى ترك المعاصي
“Aku pernah mengadukan pada Waqi’ tentang buruknya hafalanku, maka beliau membimbingku untuk meninggalkan kemaksiatan."
وقال اعلم بأن العلم نور … ونور الله لا يؤتاه عاصي
Beliau berkata : sesungguhnya ilmu ini adalah cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada orang yang bermaksiat.”
Untuk akhirnya marilah sama-sama untuk kita menambahkan ketaqwaan kepada Allah Taala.Daripadanya kita datang dan kepadanya kita kembali.
وَاتَّقُوا اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ [البقرة/282]
“Dan bertaqwalah kalian kepada Allah, niscaya Allah akan ajarkan kepada kalian ilmu.” [Al-Baqarah : 282]
INGAT!!..TINGALKANLAH MAKSIAT INSYALLAH KAMU AKAN BERJAYA!.SELAMAT BERIMTIHAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan