KAHERAH, 23 JUN – Barisan kepimpinan Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir akan mengadakan program “Jaulah Mahabbah” ke beberapa Muhafazah bermula hari Rabu, 24 Jun 2009 sehingga Ahad, 28 Jun 2009.
Program tahunan ini bertujuan bagi mengeratkan lagi silaturrahmi antara saf kepimpinan BKPJM dengan ahli-ahli BKPJM terutamanya di muhafazah di samping memberi ruang bagi ahli-ahli di muhafazah untuk berkongsi masalah serta bertukar pandangan dengan barisan kepimpinan.
“Kami berharap agar jaulah ini dapat dijadikan sebagai satu medan untuk saling memperkasakan ukhuwwah dan kesatuan antara kita. Harapan saya agar ahli-ahli dapat memanfaatkan peluang ini dan mengambil bahagian bagi memastikan visi dan misi kita tercapai. ” ujar Yang Dipertua BKPJM, Ustaz Fidauz Noh selepas sahaja mempengerusikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tadbir BKPJM kali ke 8 sebentar tadi di Maktabah, Asrama Pelajar Johor.
Berikut merupakan agenda perjalanan “Jaulah Mahabbah” BKPJM kali ini :
| HARI / TARIKH | MUHAFAZAH | MASA |
| RABU, 24 JUN 2009 | DAMANHUR | SELEPAS ZOHOR |
| KHAMIS, 25 JUN 2009 | ISKANDARIAH DUMYAT | SELEPAS ZOHOR SELEPAS MAGHRIB |
| AHAD, 28 JUN 2009 | SYIBN EL-KOM | SELEPAS ZOHOR |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan