KAHERAH, 7 JANUARI 2010: Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Di Mesir (BKPJM) telah menyalurkan sumbangan kewangan kepada beberapa orang pelajar Johor yang telah ditimpa musibah baru-baru ini. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Basir Bin Mohamed, Yang DiPertua BKPM 09/10 kepada beberapa orang pelajar terbabit.Beberapa kutipan derma juga telah dilancarkan oleh pihak UKTD BKPJM untuk membantu meringankan beban mangsa. Antara tabung yang dilancarkan untuk meringankan beban ahli ialah tabung derma kilat untuk Ustaz Muhammad Al-Hidayat Bin Khalid, Ustazah Mahfuzah Bte Saidina Abu Bakar, Ustaz Yasaruddin Bin Samsul, dan Ustaz Fakhrurrazi Bin Ahmad Affandi yang ditimpa kemalangan jalanraya. Begitu juga wang Tabung Khairat BKPJM telah disalurkan kepada beberapa pelajar yang ditimpa musibah seperti Ustaz Ahmad Rafiuddin Syahidullah, Ustaz Syafiee Bin Musni, Ustaz Mohd Akhmal Bin Ali, dan lain-lain.
Selain itu, sumbangan duit khairat dan sumbangan dari PMRAM telah diagihkan kepada mangsa-mangsa kes kecurian baru-baru ini. Sumbangan dari PMRAM telah disampaikan sendiri oleh Presiden PMRAM, Ustaz Abdul Muizz Bin Muhammad yang diiringi oleh beberapa Anggota Badan Pengurus PMRAM sejurus selepas kejadian. Beliau juga turut menyampaikan sumbangan kepada BKPJM untuk disampaikan kepada keluarga Al-Marhum Ustaz Muhammad Hidayatussaufi Bin Mohd Khalid semasa Majlis Tahlil Arwah di Asrama Pelajar Johor Rabaah baru-baru ini.
Sumbangan-sumbangan ini membuktikan PMRAM dan BKPJM prihatin terhadap ahli, selaras dengan motto BKPJM, "Kebajikan dan Perpaduan". -aljauhar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan