Kaherah, 23 Februari 2010: Pada 20,21 dan 22 Februari 2010 yang lepas, AJKT dan HEWI BKPJM sesi 2009/2010 telah berjaya menjelajah bumi Mesir dalam usaha untuk berjumpa dengan ahli-ahli BKPJM seluruh Mesir. Jelajah AJKT kali ini adalah bertujuan untuk berjumpa dengan ahli-ahli seluruh Mesir bagi menjelaskan dan membincangkan beberapa perkara penting dalam BKPJM sepanjang tahun ini. Jaulah AJKT dan HEWI kali ini juga turut disertai oleh Ustaz Haji Ahmad Hanif Bin Naim, Pegawai Kebajikan Pelajar Johor Mesir. Kehadiran ahli di setiap muhafazah juga amatlah memberangsangkan.Antara perkara penting yang disampaikan dalam Jaulah AJKT kali ini ialah berkaitan perasmian Asrama Pelajar Johor Rabaah oleh Duli Yang Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang dirancangkan pada bulan April. Sehubungan dengan itu, BKPJM da Pejabat Pegawai Kebajikan Pelajar Johor Mesir meminta jasa baik semua pelajar Johor yang berada di Mesir untuk memeriahkanlai majlis tersebut. Selain itu, beberapa program terdekat juga turut diiklankan semasa perjumpaan bersama ahli, antaranya Majlis Sambutan Maulidurrasul, Hari UPB, Piala Exco BKPJM, dan lain-lain. Penekanan juga diberi terhadap beberapa perkara penting dalam hubungan ahli dengan Dewan-dewan Perwakilan Mahasiswa setiap muhafazah. Ahli diminta supaya tidak mengamalkan sikap kenegerian yang melampau di muhafazah masing-masing dan memberi komitmen sepenuhnya kepada DPM dan BKPJM apabila diperlukan.
Selain itu, sesi soaljawab juga diadakan di setiap muhafazah yang dilawati. Banya soalan telah ditanyakan dan beberapa muhasabah telah diberi. Begitu juga, beberapa cadangan telah diutarakan, senua itu adalah demi memastikan keberkesanan pentadbiran BKPJM untuk sesi ini dan sesi-sesi akan datang.
Yang pastinya, perjumpaan AJKT dan HEWI kali ini merupakan satu titik tolak ke arah perpaduan pelajar Johor seluruh Mesir dalam merealisasikan moto BKPJM, Kebajikan dan Perpaduan. Diharapkan dengan adanya pertemuan-pertemuan sebegini, ahli dan pimpinan BKPJM dapat mewujudkan persefahaman supaya kita semua dapat sama-sama mencapai tujuan utama kita hidup di bumi Allah ini. - aljauhar
jemputlah dtg ke umah pelajar3 medik johor :)
BalasPadam