Rabu, 10 Februari 2010

Sekilas Pandang Pesta Buku Antarabangsa

KAHERAH, 3 Februari 2010: Pesta Buku Antarabangsa Kaherah yang merupakan tentatf penting negara Mesir kini kembali lagi buat kali ke-40. Acara penting kali ini akan berlangsung bermula dari 23 Januari 2010 hingga 14 Februari 2010 berlokasi di tempat yang sama seperti yang sudah.

Sehubungan dengan itu, Unit Pengetahuan dan Pendidikan (UPP) BKPJM telah mengadakan program “Sekilas Pandang Pesta Buku Antarabangsa” yang mengupas tentang pengenalan judul-judul kitab yang digalakkan untuk dibeli dan sesuai untuk dijadikan rujukan. Program ini juga bertujuaan menerangkan nilai tambah yang perlu ada pada seorang mahasiswa Al-Azhar agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan university-universiti lain.

Seramai 4 ahli panel yang diundang iaitu saudara Khairul Anuar bin Tajuddin mahasiswa tahun akhir Kuliah Syariah Islamiah yang juga Timbalan Yang DiPertua BKPJM, saudara Azrin bin Mohd Saion mahasiswa kuliah Bahasa Arab AM, saudara Syafiq Safwan bin Harith mahasiswa Kuliah Usuluddin Hadith dan Ustaz Syafiq bin Elias graduan Kuliah Bahasa Arab juga masih menuntut di tahun dua Kuliah Usuluddin. Forum ini dikendalikan oleh saudara Ahmad Daniel Mohmad Hassan mahasiswa tahun dua Kuliah Bahasa Arab yang juga Ahli Jawatankuasa Tadbir, Ketua Unit Pengetahuan dan Bimbingan. Semua yang hadir masing-masing puas dengan keterangan yang diberikan. -aljauhar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan