MADINAT NASR, 4 Mac 2010: Kedua-dua pasukan futsal BKPJM yang terdiri dari pada Johor A dan Johor B tidak mencapai sasaran pada tahun ini. Ini kerana kedua-kedua pasukan ini terkeluar untuk ke pusingan kalah mati.Gambar: Perlawanan di antara Johor A dan Dumyat A
Pasukan Johor A yang diketuai oleh saudara Abul Hussin Al Hadi Asyaari mendapat dua kemenangan dan dua kekalahan. Manakala pasukan Johor B yang diketuai oleh saudara Firdaus Ahmad pula dua kali seri dan 2 kali menerima kekalahan.
Perlawanan terakhir pasukan Johor A tadi menentang pasukan Sabah sedikit menimbulkan kekecohan dari sebahagian pemain, sehinggakan salah seorang pengadil perlawanan saudara Rosdi dari Kelantan mengalami kecederaan ringan. Bagaimanapun ianya cepat ditenangkan oleh pemain lain, pengadil perlawanan, pihak urusetia pertandingan dan para pengurus pasukan.
Pihak Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Sukan BKPJM mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ahli BKPJM yang dapat mewakili Johor ke pertandingan Futsal Piala Presiden ini. Semoga dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan ini dapat diterjemahkan kepada aspek lain sebagai seorang mahasiswa Islam.
Keputusan adalah seperti berikut:
Perlawanan Johor A
Kemboja (1) lwn Johor A (0)
Johor A (2) lwn Penang (0)
Dumyat A (0) lwn Johor A (1)
Johor A (1) lwn Sabah (3)
Perlawanan Johor B
K.Lumpur B (1) lwn Johor B (0)
Johor B (0) lwn Shoubra A (0)
Johor B (0) lwn Singapura B (0)
Selangor A (1) lwn Johor B (0)
-aljauhar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan