KAHERAH, 1 Mac 2010: Badan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir memaklumkan akan pembatalan kejohanan Piala Presiden PMRAM 2010. Kejohanan tersebut yang dirancang akan dilaksanakan di Iskan Tullab, Universiti Al Azhar, Seksyen 6 tergendala akibat sebab-sebab tertentu yang tidak dinyatakan pihak penganjur. Kenyataan rasmi pihak penganjur boleh di rujuk di www.bolapmram.blogspot.com.Bagaimanapun, pihak penganjur tetap berusaha agar kejohanan ini diteruskan supaya tidak menghampakan para peserta. Setelah berusaha untuk mendapat venue yang lain gagal, akhirnya pihak penganjur menggantikan kejohanan piala presiden ini dengan pertandingan Futsal 7 sebelah di Nadi Madinat Nasr Ar Riadhi. Perlawanan akan bermula pada esok hari bermula pada 2 hingga 4 Mac 2010.
Pasukan Johor, melakukan menyuarat tergempar semalam bagi membincangkan situasi pasukan. Keputusan mesyuarat memutuskan pasukan Johor yang mewakili BKPJM akan menghantar 2 pasukan ke kejohanan tersebut. Saudara Mohd Nur Ahmad selaku Ketua Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Sukan dilantik sebagai pengurus pasukan menggantikan saudara Firdaus Ahmad, manakala Ungku Nabil Ungku Rahman dilantik sebagai Ketua Jurulatih menggantikan Abdul Rahsyid Ali.

Rata-rata para pemain menunjukan rasa hampa dan kecewa dengan pembatalan ini. Namun dengan semangat 'satu fikrah satu amal' para pemain tetap menghantar pasukan ke kejohanan futsal ini.-aljauhar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan