Isnin, 26 April 2010

Tahniah Kepada Ustaz Mohd Zamzaini Bin Mad Dahlan

KAHERAH: Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) dan Ahli Jawatankuasa Hal-Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKPJM 09/10 mewakili ahli BKPJM mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Ustaz Mohd Zamzaini Bin Mad Dahlan atas kejayaan beliau dalam tesis Pengajian Syariah Islamiah peringkat Master.

Dalam perbahasan tesis beliau yang bertajuk 'Hukum-hukum Muallaf dalam Islam' pada 21 April 2010 di dewan berhampiran American Open University, beliau berjaya mendapat pangkat MUMTAZ.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan ahli-ahli BKPJM yang lain dalam menggapai kecemerlangan tertinggi dalam bidang-bidang masing-masing, khususnya dalam musim peperiksaan yang sedang berlangsung ini. - aljauhar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan