KAHERAH, 25 April - Ahli Jawatankuasa Tertinggi Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir sesi 2009/2010 (AJKT BKPJM 09/10) yang diketuai oleh YDP, Saudara Basir Mohamed telah mengadakan kunjungan hormat kepada barisan Badan Pengurus PMRAM yang baru kelmarin untuk mengeratkan lagi kebersamaan antara PMRAM Pusat dan PMRAM Cawangan Johor. Kunjungan rasmi tersebut adalah bertujuan untuk mengucapkan tahniah kepada pimpinan PMRAM sesi 2010 selepas kenaikan pentadbiran PMRAM yang baru pada Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-77. Kunjungan tersebut merupakan kunjungan sulung AJKT PMRAM Cawangan kepada Badan Pengurus PMRAM Pusat.
Anggota Badan Pengurus yang hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Saudara Shahrizan Mohd Hazime, Presiden PMRAM 2010, Saudara Muhammad Zuhaili Saiman (Timbalan Presiden), Saudara Azlan Hj Alias (Naib Presiden 2), Saudara Mohd Farkhan Mat Zain (Naib Presiden 3), Saudara Ahmad Taufiq Dahlan (Setiausaha Agung), Saudara Firdauz Noh (Bendahari Kehormat), Saudara Muhammad Al-Hidayat Khalid (BEKON) dan Saudara Mohd Solehuddin Safien (BKKS).
Dalam ucapannya, Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazime menyampaikan ucapan terima kasih kepada BKPJM kerana mengadakan lawatan ini dan beliau berharap AJKT BKPJM akan sentiasa bersemangat dalam menyelesaikan masalah dan cabaran yang dihadapi. Beliau juga turut mengingatkan AJKT PMRAM Cawangan Johor untuk lebih memperkasakan hubungan dengan Taakhi.
Sesi pertemuan dimulakan dengan sesi taaruf antara BP dan AJKT PMRAM Pusat dan Cawangan Johor dengan dimoderatorkan oleh Saudara Syed Miftahul Ulum. Seterusnya, sedikit kalam taujihat telah disampaikan oleh Saudara Shahrizan Mohd Hazime selaku Presiden PMRAM 2010. Selepas itu, telah diadakan sesi perbincangan antara BP Pusat dan AJKT Cawangan Johor dalam menyelesaikan beberapa masalah di peringkat Pusat dan Cawangan. Hasil daripada perbincangan tersebut, PMRAM Pusat dan PMRAM Cawangan Johor telah dapat mencambahkan beberapa idea yang bernas untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.
Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut ialah berkaitan masalah yang dihadapi PMRAM Cawangan Johor. YDP, Saudara Basir Mohamed menjelaskan bahawa terdapat beberapa masalah yang berlaku, namun semuanya masih lagi boleh diatasi oleh AJKT. Terdapat beberapa masalah yang berkaitan tentang pengurusan organisasi dan pendidikan dikemukakan ketika pertemuan tersebut. Pihak PMRAM Pusat difahamkan, kekuatan ahli Cawangan Johor yang memberi komitmen terhadap PMRAM semakin bertambah dari sehari ke sehari, kesan daripada kesedaran yang diberikan oleh AJKT terhadap ahli-ahlinya.
Dengan pertemuan ini, PMRAM Cawangan Johor mengharapkan supaya PMRAM Pusat dapat terus menaungi seluruh mahasiswa Malaysia di Mesir, khususnya pelajar Johor, supaya kesatuan dan kekuatan mahasiswa Malaysia di Mesir gah di mata dunia.
Semoga Allah terus memberkati dan meletakkan PMRAM di bawah naungan Rahmat-Nya. Amin.
Kita PMRAM!
Ahad, 2 Mei 2010
Kunjungan Hormat AJKT BKPJM Kepada PMRAM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan