KAHERAH, 8 Nov - Dataran Hayyu Asyir malam tadi dipenuhi hampir 1000 ahli PMRAM dari seluruh Cawangan untuk mengikuti Motivasi Perdana : Misi Mumtaz Imtihan (MMI ’10) anjuran Badan dan Unit Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2010. Program tersebut merupakan program terakhir yang dilaksanakan di peringkat PMRAM sebelum memberi laluan sepenuhnya terhadap persediaan menghadapi peperiksaan semesta 1 berkuatkuasa 8 November ini.
Motivasi : Misi Mumtaz Imtihan (MMI ‘10) ini berobjektifkan untuk meningkatkan semangat belajar dikalangan mahasiswa dan mahasiswi sama ada pengajian Islam mahupun perubatan ke arah mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan sekaligus menyahut seruan Presiden PMRAM 2010 dalam Ucapan Dasar Presiden dalam Muktamar Sanawi yang lepas di bawah subtopik “ Kecemerlangan Akademik Sebagai Senjata Utama “.
Motivasi tersebut dimulai dengan solat isyak secara berjemaah yang diimami oleh Saudara Firdauz bin Noh, Bendahari Kehormat PMRAM, kemudian diikuti dengan solat hajat dan alunan zikir munajat yang diketuai oleh Saudara Muhammad al-Hidayat bin Khalid, Ketua Badan Ekonomi PMRAM.
Tepat jam 7.45 malam program dimulakan dengan ucapan pengarah program, Saudara Ahmad Muazzam bin Mokhtar, kemudian ucapan daripada Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM, Saudara Abdul Aziz bin Ali, dan diikuti oleh ucapan perasmian oleh Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime yang merupakan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir PMRAM 2010.
Sejurus itu majlis diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid rasmi PMRAM iaitu al-Wadi dengan menyampaikan 2 buah lagu nasyid.
Selesai tamat persembahan tersebut (MMI ’10) dimulakan dengan dimoderatorkan oleh Saudara Jamal Najmuddin bin Sulaiman, Mantan Badan Pengurus PMRAM sesi 2009 dan menampilkan 3 ahli panel yang berlainan aliran iaitu saudara Muhammad Farkhan bin Md Zain, Graduan Fakulti Usuluddin (Hadis) University Al-Azhar Kaherah, saudara Tengku Fakhruddin, mahasiswa tahun 5 Fakulti Perubatan Universiti Iskandariah dan saudari Fitri Nurul Ain Nordin, MA Pendidikan Bahasa arab, Fakulti Sains Kemanusiaan University Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Forum motivasi yang berlangsung hampir 2 jam 30 minit itu sungguh menarik dengan pelbagai perkongsian pengalaman dan tip-tip yang mendorong kejayaan yang telah disampaikan oleh ahli-ahli panel ditambah lagi dengan penyampaian yang sungguh menarik.
“Tahniah dan syabas kepada PMRAM di atas penganjuran program motivasi pada malam ini, motivasi pada malam ini telah meningkatkan keazaman dan cita-cita saya dan kini saya lebih bersedia untuk memburu kejayaan dalam peperiksaan nanti ”, luah salah seorang hadirin ketika ditemuramah. - pmram.org

Tiada ulasan:
Catat Ulasan