Kaherah, 25 September 2012 – Tepat jam 5.45 pagi,
kehadiran para mahasiswa/wi baru bagi sesi 2012/2013 ke perlembahan nil akhirnya
selamat tiba di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Mesir hari
ini. Bersama-sama dengan rombongan para mahasiswa/wi adalah saudara Mohd
Syafiee Musni selaku ketua rombongan yang dilantik oleh Al-Kawsar Travel serta rombongan Delegasi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan Kerajaan Negeri Johor.
Kelihatan di lokasi adalah Yang Di-Pertua BKPJM,
saudara Muhammad Yazid Hanzir, Ketua HEWI BKPJM, saudari Adibah Jamal,
barisan AJKT dan HEWI BKPJM, juga saudara Abdul
Nafi' Taqiuddin Roslan dan saudara Al-Amin Haji Salleh selaku Badan Pengurus PMRAM, Ahli Jawatankuasa Pelaksana USMB BKPJM, serta wakil daripada Pejabat Hal
Ehwal Pelajar (HEP) Johor Mesir.
Pihak BKPJM di bawah unit Urus Setia Sambutan Mahasiswa/wi
Baru (USMB) mengucapkan "Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban" kepada seluruh
mahasiswa/wi yang telah selamat tiba di Mesir untuk meneruskan pelajaran ke
Universiti Al-Azhar. Semoga kehadiran para mahasiswa/wi baru 2012 ini
memberikan semangat baru kepada abang-abang dan kakak-kakak senior di bumi
Anbiya' ini.
Tambahan : Gambar selanjutnya boleh didapati di Fanpage Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir [BKPJM]



Tiada ulasan:
Catat Ulasan