Rabu, 21 November 2012

KUNJUNGAN HEWI BKPJM KE MARKAZ HEWI PMRAM






KAHERAH, 21 Nov 2012 - Rombongan kunjung hormat pimpinan Hewi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dari HEWI BKPJM telah selesai pada petang tadi. Ketibaan HEWI BKPJM disambut baik oleh barisan HEWI PMRAM di Markaz HEWI PMRAM , Hayyu Sabi’pada pukul 3.30 petang.

Pertemuan itu dipengerusikan oleh HEWI angkat Johor, saudari Siti Nur Balqis binti Baharuddin. Pertemuan dimulakan dengan sesi taaruf dari barisan HEWI BKPJM dan seterusnya barisan HEWI PMRAM. Kemudian, slot dua hala antara berkaitan permasalahan dan soalan yang berkaitan dengan cawangan Johor dan PMRAM. Slot ini telah menambahkan lagi jalinan yang telah dibina semakin utuh dengan sifat saling faham-memahami dan saling membantu antara satu sama lain.

“ Penyakit manusia kini ada dua. Pertama, sifat yang suka mempopulariti diri sendiri. Keduanya, sifat yang tidak menerima teguran atau nasihat,” kata Naib Pengerusi II ( Unit Dakwah dan Pembangunan Insan), saudari Siti Sarah binti Bushari. Tambahnya lagi,“ Kita semua adalah pemimpin, yang mempunyai tugas di posisi masing-masing. Sebagai pemimpin, hendaklah sentiasa bersedia menerima tugas dan teguran yang membina diri. Tingkatkan prestasi walaupun kita sering diuji dan diancam orang lain.”

Ketua Hewi BKPJM, Amira Afina binti Jamaludin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan pimpinan PMRAM yang sentiasa mendukung dan memberi sokongan sepenuhnya kepada semua PMRAM cawangan terutama cawangan Johor. Kata beliau, “ kalau PMRAM mampu memikirkan dan membantu masalah di setiap cawangan, mengapa tidak kita sedia membantu PMRAM sekiranya diminta bantuan.”

Pertemuan diakhiri dengan solat maghrib  berjemaah dan sedikit jamuan. BKPJM mengucapkan penghargaan kepada tampok kepimpinan HEWI PMRAM yang menerima kunjungan dari pihak BKPJM. Semoga ikatan ukhuwah yang dibina kerana dasar Islam ini kekal hingga ke Syurga. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan