Selasa, 27 November 2012

TAUTAN KASIH TAAKHI ZON C DI BUMI ZAGAZIG



25 NOV 2012, ZAGAZIG - Demi menjayakan resolusi konvensyen DPM kali ke-4, iaitu menghidupkan suasana DPM serta menyahut Kempen Jom Jelajah DPM,  BKAN dan DPM Taakhi ZON C yang diwakili oleh DPMZ (Zagazig), DPMDM (Damanhur), BKPJM (Johor), KPIPM (Perak) dan KPP (Perlis)  mengambil inisiatif dengan menganjurkan Ribat Taakhi ZON C yang bertempat di Masjid Salam, Zagazig.


     Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) bersama rombongan 16 orang  ikhwah dan 13 orang akhawat ke bumi Zagazig untuk sama-sama menjayakan program anjuran bersama Taakhi ZON C ini. Program seperti ini bukan sahaja menghidupkan suasana di DPM bahkan turut mengeratkan lagi ukhuwah diantara pelajar pengajian Islam dan pelajar perubatan sekaligus menjayakan salah satu usul PMRAM iaitu menjalinkan hubungan baik diantara pelajar Pengajian Islam dan Sains Kesihatan.



     Majlis dimulakan dengan slot motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Sarwaqi  Bin Mohd Salleh, Penasihat BKPPM dan Ustaz Zulfadli Bin Zakariah, Yang Di-Pertua BKMIP. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan setiap Yang Di-Pertua dan Pengerusi ZON C. Seterusnya ucapan penutup yang disampaikan oleh Ustaz Nur Ahmad Wafiy Bin Noor Azri, selaku Naib Presiden II merangkap Ketua Lajnah Muhafazah PMRAM 2012.


     Majlis diteruskan dengan pelancaran Unit Biah Solehah peringkat DPM Zagazig yang dirasmikan oleh Ustaz Huzaifah Bin Ahmad Fauzi dan tayangan dua buah video untuk tontonan para hadirin. Majlis berakhir jam 10.00 malam dan hadirin turut dihidangkan dengan jamuan yang telah disediakan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan