Isnin, 3 Disember 2012

KUNJUNG HORMAT BKPJM KE PEJABAT PMRAM



KAHERAH, 2 DIS 2012 – Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) telah mengadakan satu kunjung hormat ke pejabat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang mana ini merupakan kunjungan pertama pihak BKPJM ke pejabat PMRAM selepas kenaikan baru kepimpinan BKPJM bagi sesi 2012/2013.

Ketibaan Yang di-Pertua BKPJM, saudara Mohamad Syakirin Bin Mohd Khalid bersama seluruh Ahli Jawatankuasa BKPJM telah disambut oleh saudara Zulhafeez Bin Ahmad Zahidi, selaku pemangku Presiden PMRAM dan beberapa Badan Pengurus  PMRAM kira-kira jam 6.00 malam.

Pertemuan yang diaturkan dan disusun ini telah dipengerusikan oleh Setiausaha Agung BKPJM, saudara Muhammad Arif Bin Hamzah. Perjumpaan dimulai dengan sesi ta’aruf kepimpinan BKPJM bersama beberapa Badan Pengurus yang hadir, diikuti ucapan YDP BKPJM dan ucapan pemangku Presiden serta sesi bertukar-tukar pendapat dan pandangan.

Saudara Mohammad Syakirin Bin Mohd Khalid, mengucapkan terima kasih di atas kesudian menerima kunjungan dari pihak BKPJM. Diharapkan agar pertemuan ini menjadi satu kesempatan untuk  berbincang dalam menyelaraskan gerak kerja dan secara tidak langsung dapat memperkasakan hubungan baik antara BKPJM dan PMRAM.

 “Pertemuan seperti ini merupakan agenda yang cukup baik untuk merapatkan hubungan antara pimpinan pusat dengan pimpinan cawangan. Jadikan pertemuan ini sebagai tempat untuk membincangkan  serta berkongsi maklumat bagi melicinkan gerak kerja di peringkat cawangan mahupun di peringkat PMRAM pusat”, ujar saudara Zulhafeez Bin Ahmad Zahidi dalam ucapannya.

BKPJM berbesar hati kerana pihak PMRAM sudi untuk menerima kunjungan dan BKPJM juga berharap agar hubungan di antara BKPJM dan PMRAM akan terus diperkukuhkan dengan adanya kunjung hormat sebegini.

Pertemuan berakhir dengan penyampaian cenderahati daripada pihak BKPJM kepada pihak PMRAM dan sesi bergambar serta sedikit jamuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan