KAHERAH, 20 JAN 2013- Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKPJM
telah mengadakan Program Erat Muslimah ( PERMATA) . Program PERMATA kali ini
diteruskan lagi selepas musim peperiksaan di teratak Ustaz Rozlan dan Ustazah
Azamimi sekeluarga. Program ini tidak lain tidak bukan bertujuan untuk
merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama saudara Islam baik pelajar baru
mahupun pelajar lama.
Majlis bermula pada pukul 2.00 petang dan dimulakan dengan
bacaan qasidah. Bacaan qasidah diselang-selikan dengan kisah-kisah menarik
berkaitan sirah nabawiyah yang disampaikan oleh Ustaz Rozlan. Diserikan lagi,
dengan perkongsian yang menarik berkaitan sejarah burdah dan kelebihan bulan
Rabiul Awwal sempena bulan kelahiran kekasih Allah Muhammad SAW.
“ Terima kasih diatas kesudian kalian mengunjungi kami. Kami berbesar hati menerima lagi kunjungan
daripada sesiapa. Doakan agar rezeki ke atas keluarga ini melimpah ruah”, kata
Ustaz Rozlan di dalam ucapannya sebagai tuan rumah.
Kata Ketua HEWI BKPJM, Ustazah Amira Afina binti Jamaludin, “
terima kasih diucapkan kepada tuan rumah sekeluarga kerana sudi menerima
kunjunagn kami. Tidak dilupakan kepada adik-beradik semua yang sudi meluangkan
masa bagi sama-sama menjayakan PERMATA ini. Semoga hubungan antara kita
dieratkan lagi dengan sifat mawaddah dan rahmah dari Allah Taala.”
Majlis diakhiri dengan bacaan doa dari tuan rumah dan jamuan
serta solat Asar berjemaah. PERMATA ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan
kehadiran yang ramai dan komitmen yang baik daripada adik-beradik HEWI BKPJM.
Pihak BKPJM mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli yang
terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan PERMATA kali ini. Semoga
kunjung-mengunjung seperti ini tidaklah bergantung pada program semata, kerana
ia merupakan kewajipan setiap muslim kepada saudaranya yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan